18 Mei 2012

TAUTAN UKHWAH BERSAMA ADIK-ADIK KKR


   Dalam mengharungi minggu-minggu akhir semester ini dengan timbunan pelbagai jenis assignment di kampus, Alhamdulillah Allah memberikan sedikit ruang dan peluang kepada kami untuk menziarahi adik-adik di kompleks kebajikan rukaiyah pada 13 Mei 2012 yang lalu. Berkat usaha saudara Illiyas B. Abdul Aziz , Exco Latihan dan Pembangunan telah menjadikan ziarah ini suatu kenyataan.


   Kunjungan kami pada kali ini adalah untuk mengeratkan kembali ukhwah antara kami dengan adik-adik di sana.
menurut salah seorang sahabat KBMUPM,
saat ini ada dalam kalangan adik-adik comel ini menitis air mata kesedaran
kenangan dicoret, andai perpisahan tiada pertemuan di dunia...
pasti ketemu di syurgawi

sesi muhasabah
sekelumit cetusan kesedaran, pencetus keredhaan Illahi

mengukir senyuman di wajah adik-adik yang murni lagi suci


sekilas pandangan,seribu harapan, moga ukhwah ini diredhai Illahi

   Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan dengan harapan dapat membuka hati adik-adik untuk menerima kami sebagai abang dan kakak yang bersedia untuk mendengar keluh kesah permasalahan yang dihadapi. Mudah-mudahan adik-adik yang kami sayangi tidak akan segan silu dengan kami selepas ini.

   Terdapat sebahagian daripada adik-adik ini yang kurang selesa sepanjang berada di kompleks ini. Namun begitu, apa yang kami harapkan dari pertemuan kami pada kali ini juga agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama adik-adik di sini. Mudah-mudahan dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan rasa seronok dan selesa di dalam diri adik-adik ini untuk tinggal di kompleks ini sebagai satu keluarga yang besar.

moga benih ukhwah ditanam membuahkan redha Illahi


   Secara jujurnya keadaan adik-adik di sini amat memerlukan perhatian dan bimbingan daripada abang dan kakak KBM semua. Terutamanya dari sudut tarbiah dalam diri adik-adik ini. Mungkin dari sudut akademiknya sudah ada pihak yang datang membantu, namun dari sudut tarbiahnya masih wujud kelompangan yang mungkin dapat ditampung oleh abang dan kakak KBM.

   Walaupun pertemuan kami pada hari ini agak singkat, namun begitu kami berharap agar pertemuan kami pada kali bukanlah pertemuan yang terakhir untuk tahun ini. Mudah-mudahan akan wujud lagi kesinambungan pertemuan bagi mengukuhkan lagi ukhwah yang mula terjalin ini.


Disediakan oleh:

Tiada ulasan: