13 Januari 2012

Jom Sertai “Bengkel Penulisan Islami”



Monolog  1 :-

“Cuti semester sebulan je, sempat ke aku nak keje? Hmm, camne nak cari duit poket ni. Malu la nak mintak kat mak ayah.
Dah beso gini mestilah nak ada saving sendiri kan…Huhu.. tension2..”

Monolog 2 :-

“Tengok ramai orang menulis, terasa ingin menulis gak. Tapi, tak tahu cara nak menulis? Dan tertanya-tanya, adake orang nak baca karya aku nanti? Confuse2


Anda terperangkap dalam situasi di atas?
Anda punya dilema sedemikian?
Maka, andalah yang kami cari.
Jom sertai,  “Bengkel Penulisan Islami”J
Anjuran Seksyen Kaunseling Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Putra Malaysia.
Anjuran bersama
Kelab BimbinganMahasiswa, UPM.

Tarikh           : 16 Januari 2012
Hari                : Isnin
Tempat         :  Kompleks Mahasiswa, Tingkat  1, Ruang Perbincangan.
(Di luar Bilik Mesyuarat)

Tentatif Program :-


8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan 
8. 30 pagi: Perasmian Bengkel Penulisan & Program Kepimpinan Putra
9.00 pagi : Modul 1 : Kaedah Penulisan Artikel & Etika Penulisan Islam 
(Memahami modal diri sebagai modal kerja) 

10.30pagi : Minum pagi
11.00pagi : Modul 2 : Penulisan – Membangunkan karya menggunakan topi 
Kreativiti

1.00 tgh : Makan Tengahari & Solat Zohor
2.30 ptg : Modul 3 : Sesi Penulisan artikel
3.30 ptg : Bedah siasat artikel & Pelan tindakan selepas bengkel
5.00 ptg : Rumusan & Penutup
5.15ptg : Minumpetang&SolatAsar


Kenapa kita menulis?
Bagaimana untuk menulis?
Menulis mampu menjana pendapatan sampingan?

Segalanya akan dihuraikan dengan pencerahan secerah mungkin oleh
Penceramah Jemputan iaitu Tuan Zamri Mohamad - Penulis buku Tips Penulis Bestseller.

***************
Pengisian bengkel ini akan lebih berfokus pada penulisan artikel untuk majalah dan akhbar berimpak. Insya-Allah.J


Berminat? Apa tunggu lagi, silalah daftar segera…

Hantarkan maklumat diri di mesej                     pesanan ringkas atau hubungi nombor talian tertera :
Hazlina = 013-4042281

Pendaftaran masih dibuka.
Jom, manfaatkan peluang keemasan ini.
Jumpa di sana…siapa tahu?  Peluang kerjaya sebagai “Penulis” anda bermula di sini.Ayuh, tambah ilmu menulis! J

Tiada ulasan: