14 April 2013

Budaya Pembelajaran Pelajar Universiti di Jepun

Yang ok!

*    Setiap kelas bermula dan berakhir pada masa yang tepat! Pelajar dan pensyarah juga tidak lewat menghadiri kelas.
*    Sistem punchcard terdapat di setiap kelas sebagai bukti kehadiran setiap pelajar
*    Kelewatan hadir ke kelas 10 minit setelah kelas bermula tidak akan dikira kehadiran tersebut 
*    Tiada pergerakan keluar masuk kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung 
*    Tiada pelajar yang makan atau minum ketika kelas berlansung
*    Jika kelas berturutan, ‘gap’ masa selama 10 minit untuk pelajar pergi ke tandas, minum air dan bergerak  ke kelas seterusnya.
*    Pada waktu rehat tengah hari, kebanyakan pelajar membawa ‘bento’ iaitu bekalan makanan dan makan di dalam kelas bersama-sama (dapat menjimatkan duit kerana harga makanan di cafeteria yang mahal).
*    Penghantaran tugasan atau ‘assigment’ kepada pensyarah kebanyakannya adalah melalui emel (dapat menjimatkan kertas). Walaubagaimanapun, markah tidak akan diberikan kepada pelajar yang lewat menghantar tepat pada masa yang ditetapkan.
*    Kebanyakan pelajar membuat ‘part time job’ selepas waktu kelas atau pada masa cuti kerana hendak menampung sendiri kos pengajian dan tidak terlalu mengharapkan wang tajaan atau ibu bapa.


Yang kureng~ 

  o  Yuran pengajian yang terlalu mahal membebankan pelajar serta ibu bapa.
  o   Biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar terlalu sedikit
  o   Pelajar datang ke kelas dengan pelbagai jenis fesyen pakaian dan rambut. Pelajar wanita kebanyakannya memakai pakaian yang sangat menjolok mata dan bermekap tenal.
  o   Tiada kemudahan asrama di kawasan sekitar universiti. Pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk berulang-alik dari rumah atau dormitori yang terletak jauh dari universiti.
  o   Sudut merokok disediakan untuk pelajar lelaki dan wanita merokok di dalam kawasan universiti. Pelajar bebas merokok manakala pelajar lain dan staff yang lalu-lalang di kawasan tersebut terpaksa menahan kesesakan bernafas disebabkan asap rokok yang begitu banyak.
  o   Di dalam kelas, tiada komunikasi dua hala. Pensyarah tidak tegas terhadap pelajar dan para pelajar sangat bersikap pasif di dalam kelas.
  o   Sistem peperiksaan dan penilaian matapelajaran yang sangat mudah. Pelajar hanya perlu menghantar satu tugasan mudah atau menjawab soalan peperiksaan akhir tahun yang berbentuk objektif dan soalan yang sangat sedikit.
  o   Kurang budaya menghormati dan menegur guru ketika di luar kelas. Kebanyakan pelajar tidak mengendahkan atau menegur guru di luar sesi pembelajaran.
  o   Oleh kerana jenis tempat belajar atau universiti akan menentukan jenis pekerjaan dan bukannya gred pencapaian, pelajar akan belajar bersungguh-sungguh ketika di peringkat sekolah untuk kemasukan ke universiti yang tergolong  dalam ‘ranking’ terbaik.   Setelah masuk ke universiti, kebanyakannya hanya belajar sambil lewa kerana merasakan telah berada di dalam ‘zon selesa’.

Perkara di atas adalah pemerhatian dan pengalaman saya selama belajar di universiti di sini. Saya harapkan segala perkara yang baik dapat kita amalkan di negara kita, Malaysia, manakala perkara yang kurang baik tidak perlu kita ikuti. Semoga bermanfaat ..InsyaAllah..

Tiada ulasan: