23 Februari 2009

MengiMejkan AkiDah AtaU MengAkiDahkan ImeJ??





بسم الله الرحمن الرحيم

Ana rasa terpanggil untuk mengupas tentang isu di atas. sebagai seorang muslim yang mengimpikan untuk menjadi dalam kalangan orang mukmin, apakah kita perlu mengimejkan akidah atau mengakidahkan imej?? terlebih dahulu, moleklah kiranye saya definisikan imej sebagai sesuatu yang boleh dilihat dengan deria penglihatan kita. atau dalam bahasa jawanye: phisycal appearance. Manakala akidah pula lebih sesuai diintrepetasikan sebagai kepercayaan atau keyakinan yang akhirnya mempengaruhi keatas perbuatan atau akhlak seseorang. masih kurang jelas lagi?? mari kita terokai satu persatu...

MENGIMEJKAN AKIDAH

Dua patah perkataan di atas jelas memberi maksud bahawa imej sesorang itu dipengaruhi oleh akidahnya. hal ini bermaksud seseorang yang mempunyai akidak yang baik akan menunjukkan imej yang baik,manakala seseorang yang mempunyai akidah yang buruk akan memberikan imej yang buruk pula. setuju?? bagi yang setuju, jangan terlalu yakin dengan pendirian anda dan bagi mereka yang tidak setuju, sabar! huraian saya belum selesai. bagi insan yang inginkan kebahagiaan dalam kehidupannaya yang singkat, tentu saja kita mahu mereka yang di sekitar kita melihat imej kita yang baik dan tidak menjengkelkan orang lain. persoalannya, nak cantikkan imej dulu ke, akidah??

MENGAKIDAHKAN IMEJ

Nah, mengakidahkan imej. cuma bawa perkataan di belakang ke depan dan vice versa adakah membawa maksud yang berbeza? Ya! ayat dia atas menunjukkan seseorang yang menaruh sepenuh kepercayaan terhadap imej semata. insan seperti ini menganggap imej adalah segala-galanya. akidah? belakang kira. kata mereka " ah, orang bukannye boleh baca hati dan fikiran kita, diorang tak tau akidah kita camne. yang penting, diorang nak kawan ngan budak baik je. so, kene pakai tudung, kalau nak orang dengar cakap kite, pakai tudung labuh pakai stokin. sudey!!"
Bagaimana sahabat2?? apakah ayat2 saya ini masih complicated untuk dimengerti?? biar saya ulang semula, sebagai seorang insan apakah saya perlu mengutamakan akidah atau imej? pendapat saya adalah kecantikan akidah adalah lebih penting berbanding kecantikan imej semata2. hal ini kerana, seseorang yang berusaha untuk memperbaiki akidahnya, akan juga berusaha untuk membaiki imejnya. ALLAH tidak melihat sejauh mana kecantikan imej kita dalam membawa islam, tetapi ALLAH melihat ketinggian taqwa dan akidah yang akhirnya membentuk akhlah yang baik bahkan imej yang suci dari hambaNYA. saya tidak bermaksud bahawa imej tidak penting kerana sudah jeas terbukti ketika zaman Rasulullah S.W.T, faktor yang menyebabkan ramai orang tertarik pada islam adalah kerana akhlak dan imej yang di bawa oleh rasul junjungan.

Sebelum menutup tirai perbincangan kita, suka untuk saya ingatkan tentang kaedah pembentukan akidah rabbaniyah(ketuhanan)


  • ALLAH mengasihi mereka dan mereka mengasihi ALLAH.

  • Bersikap lemah-lembut terhadap orang mukmin.

  • Yang berjihad pada jalan ALLAH dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
    oleh itu, ketepikanpandangan manusia dan rebutlah pandanganNYA.
Oleh itu..... Utamakan akidah kita dan baikilah imej kita, semoga hidup di dunia ini tidak dipenuhi dengan pendustaansemata-mata. Wallahualam....

22 Februari 2009

Penyembelihan Mahasiswa???

Abul A’la Maududi ada menyebut bahawa adalah tempat penyembelihan pemuda-pemuda Islam. Pemuda-pemuda yang yang telah ditarbiyah dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. semakin luntur dan pudar imannya bila menjejak kaki ke universiti. Persoalannya, bagaimanakah penyembelihan ini dilakukan?


Antara ciri penyembelihan ini ialah;


1.Sekularisasi (pemisahan dunia dan akhirat)
2.Liberalisasi (kebebasan tanpa batasan dan berfikir mengikut logik akal sahaja)
3.Rasionalisasi (menggunakan akal semata-mata)
4.Hendonisasi (kehidupan hanya untuk keseronokan duniawi)
5.Materialisasi (mengagungkan kebendaan)


Sistem pendidikan acuan barat ini telah menyembelih mahasiswa Islam. Kita lebih berkiblatkan duniawi dan hidup dengan kesenangan yang fana. Dan sering terlupa ada dunia akhirat yang sedang menanti.


Akibat daripada ini, lahirlah generasi-generasi muda yang rendah nilai moral dan pincang jati diri. Pemuda-pemudi yang hanya berpaksikan diri sendiri dan mencari keuntungan duniawi dalam setiap urusan. Sungguh, universiti tempat idaman setiap insan ini adalah medan yang penuh jahiliyah walau dipenuhi begitu ramai cendekiawan dari pelbagai bidang.


Jahiliyah yang dimaksudkan ini ialah akal yang lalai dan tiadanya keimanan yang benar kepada Allah serta menurut hawa nafsu dan menolak syariat Allah. Inilah jahiliyah yang melanda universiti-universiti hari ini. Tugas kita ialah menjaga dan mengelakkan diri daripada unsur-unsur jahiliyah tersebut melalui penetapan matlamat hidup yang jelas dan proses tarbiyah yang berterusan.


Tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mentadbir alam ini. Maka itulah matlamat itu setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Sebagai mahasiswa, kita perlu jelas, kita hidup adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba juga pentadbir alam. Maka, dalam usaha yang tidak mengenal penat lelah mereguk ilmu pengetahuan di universiti, kita jangan terlupa bahawa kita juga hamba, oleh itu jadikanlah setiap langkah dan gerak kerja kita satu khidmat kepada Sang Pencipta.


Seterusnya, kita hendaklah melalui satu proses tarbiyah yang berterusan. Sesungguhnya, manusia itu seringkali lupa, maka hendaklah kita selalu diingatkan. Juga manusia itu imannya sentiasa berubah-ubah, maka proses meningkatkan keimanan perlu bila iman semakin merudum.


Terdapat tujuh asas kejayaan sesebuah proses tarbiyah itu;

1.Ada murabbi yang membimbing
2.Ada sistem tarbiyah yang komprehensif
3.Ada suasana yang membentuk diri ke arah positif
4.Ada proses merawat keaiban diri
5.Bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang soleh secara konsisten
6.Tarbiyah dalam jamaah
7.Berdakwah dengan platform jamaah


Kepada barisan mahasiswa, biarpun sudah sejauh mana anda tersembelih oleh universiti acuan barat ini. Jangan putus asa, luka itu masih ada penawarnya. Bukankah Tuhan telah berjanji setiap sakit ada ubatnya kecuali mati dan tua? Mulakanlah dengan menetapkan matlamat hidup yang jelas dan carilah di tengah kejahilan universiti itu, sedikit ruang yang terisi tarbiyah yang bermanfaat.

19 Februari 2009

SULTAN ABDUL HAMID II:Dari Istana Yildiz ke Pembuangan di Salonika

ikincihamid1.jpg

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

09 Februari 2009

Valentine Day????


Tanggal 14 Februari semakin hampir menjengah. Pasti ramai yang maklum apa yang ada pada tarikh istimewa ini. Namun, selain dari tarikh ini, adakah anda tahu apa yang berlaku pada 28 September? Fikir-fikirkan..

Islam ialah agama Allah yang diwahyukan kepada PesuruhNya , Rasulullah SAW yang nyata buktinya dan kebenarannya. Dan Islam sebagai Ad-Deen yang menjamin keselamatan hidup setiap penganutnya, yang menegaskan janji kepada balasan baik dan jahat setiap orang yang melakukannya. Islam sebagai Ad-Deen yang syumul, waqi’ dan murunah telah menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Darsawarsa ini, dengan pertembungan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tidak berkaitan dengan Islam. Apatah lagi di dalam suasana kepelbagaian kaum dan agama seperti dalam masyarakat majmuk negara kita.

Kini, Hari Valentine atau disebut kini ‘Hari Kekasih’ mulai bercambah menjadi trend anak-anak muda zaman ini, malahan mungkin juga menular kepada orang dewasa. Setiap tahun mereka menanti apakah kejutan yang disediakan oleh insan tersayang pada 14 Febuari. ‘Hari Kekasih’ yang dirayakan oleh orang Barat ini, kini semakin popular dan merebak di Malaysia.

Apabila menjelangnya Februari, banyak kita temui iklan-iklan yang tidak Islamik dan hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine.

APA SEBENARNYA VALENTINE??

Menurut sejarah Valentine sebenarnya adalah seorang individu yang mengorbankan nyawanya kerana kepercayaan agamanya.

14 Februari 270M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Menerusi teori lain, "Valentine" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah zalim! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.Terdapat juga beberapa teori lain tetapi semuanya menunjukkan bahawa perayaan ini bukan berasal dari agama Islam.




MENURUT PANDANGAN ISLAM

Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut TAQLID.

“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. ( Hadith Rasulullah saw )

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia semata-mata. Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam.

Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT.

Kesimpulannya, sambutan valentine day ini sebenarnya lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.


Cintakan Manusia, Manusia Kan Mati, Cintakan Bunga, Bungakan Layu, Cinta Allah Sahaja Yang Hakiki



Nor Farhana Nordin
Setiausaha
Kelab Bimbingan Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
http://ruhulsyaheedah.blogspot.com