07 Mei 2012

SEDAMAI BUMI PANDIWAN, SECEKAL PENGHUNINYA MENCARI ILMU TUHAN

http://ctsaba.blogspot.com/
Assalamualaikum.w.b.t.
 ( Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih syg Allah)

Keningau .---> Nabawan   

 ALHAMDULILLAH, pujian yang melimpah ruah pd penciptaku, akhirnya Allah memberi peluang aku menjejak kedamaian bumi bawah bayu. 

27 april 2012 :  Kami bermusafir menuju ke Kg. Pandiwan Nabawan, Sabah bersama 8 sahabat dari Universiti Malaysia Sabah dan SISMA Sabah memenuhi amanah untuk KEM IQRA siri 3. Perjalanan yang memakan masa selama 4jam dari Kota Kinabalu, aku langsung tak mampu memejamkan mata dek kerna ditemani pemandangan yang sungguh indah sepanjang pengembaraan terutamanya ketika berada di kemuncak Banjaran Crocker. Ketibaan kami di surau kg. Pandiwan disambut bintang yang bertebaran merata-rata jauh nun di langit yang gelap , jua wajah ibu-ibu , bapak-bapak dan adik-adik yang sangat ramah mesra. Indahnya tautan ukhwah kerna Islam.

Pemandangan di pertengahan Banjaran Crocker




Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama adik-adik serta kaum ibu  yang memfokuskan pada perkara-perkara asas seperti bacaan dan  pergerakan solat, serta bacaan iqra. Ya, ilmu-ilmu sebegini asas dan mudah kita dapati di sini, namun tidak di tempat mereka. Mereka bukannya baru memeluk islam (hanya segelintir mualaf..alhamdulillah, moga bertambah ramai lagi), tapi tiada sumber yang boleh ajari mereka tentang islam. Alhamdulillah kehadiran Ustaz Hafiz dan Ustazah Wahidah yang menginfaqkan kehidupan mereka di sana menjadi sumber cahaya yang tak ternilai buat mereka. 

Amali solat jemaah di tengah padang


Terimbau kisah Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khatab. Jika tidak kita sendiri turun ke lapangan manakan kita dapat tahu ,masih ramai di luar sana yang sangat membututi saudara-saudara seagama yang mengajari mereka tentang Islam. Bukan mereka tidak mahu mencari, namun mereka tidak mampu, tidak salah kiranya kita yang mempunyai sedikit kmampuan untuk turun berkongsi bersama mereka.

Surau Kg. pandiwa ; dewan utama Kem IQRA


Hidup perlu sentisa bersedia untuk memberi dan mempelajari, sangat banyak muhasabah diri yg kubawa dari sini. Satu coretan komen dari peserta yang sangat mencuit hatiku, “ kehadiran abang2 dan kakak2 di sini membawa 1001 cahaya ilmu yang sangat kami perlu pelajari”. Allahuakhbar, itu mereka, sentiasa mencari ilmu agama, kita ??..mungkin sudah lupa bila ‘last update’ ilmu asas fardhu ain yang dipelajari 10 tahun lepas.

Ketika sesi bacaan iqra, majoriti mereka masih mempelajari iqra 3, 4 dan 5. Belum mampu membaca ayat quran dgn lancar, tapi sudah menghafal bacaan2 dlm solat. Aku kagum. Kegigihan mereka minta untuk diterjemah dalam tulisan rumi untuk mudah hafal bacaan solatnya.  

Menanti tasmiq bacaan solat
                       

Satu persoalan yang aku sengaja bangkitkan kepada salah seorng peserta. ‘ Kita tak nampak Allah, tapi macam mana kita nak yakin Allah itu wujud ?’.tanpa mengharapkan jwpn yang berat2, namun jawpn si kecil ni sangat tulus, menggambarkn ,jiwanya…`Jika Allah tiada ,maka tak adalah kita’. `Simple!’ tapi ikhlas dari sekeping hati suci itu.

Belumku kongsikan lagi, kisah salah seorang peserta mualaf yang berusia 18 tahun, hidup dalam keluarga yang besar ; ibu bapa serta 9 lagi adik beradik yang lain belum memeluk Islam. Subhanallah!! Hebatnya jiwa srikandi ini, belum tentu kita mampu menggantikan tempatnya, menjadi sekuat itu.





Sungguh aku hanya berkongsi ilmu sedikit dengan mereka namun aku mengangkut seguni ilmu, kecekalan, ketabahan dan kegigihan semangat mereka dari sana. Moga Allah sentiasa melindungi serta memanyungi mereka dalam dakapan rahmatnya. Kembara 5 hari di Sabah yang sangat bermakna, kembara mencari diri lebih dekat dgn Sang Pencipta. Moga aku  brpeluang mnjejakkan kaki di sini lagi.
 ASIGA AURA AGAMA ISLAM!!! ( versi Murut).


*~( coretan ringkas : ctsaba 050512 10.42am )~*
 pengalaman bukan utk dsimpang tp dikongsi kan? ;
moga mampu dijadikan iktibaran mana yg   bermanfaat.
 Sejuta penghargaan buat shbtku yg Allah kirimkn utk mmberikan ak pluang sgt brharga ini.
Wallahua`lam….


Penulis adalah mantan Bendahari KBMUPM 2010/12

Tiada ulasan: