27 Ogos 2010

Andai Ini Ramadhan Terakhir



Salam sahabat-sahabat sekalian. Semoga kalian berada dalam rahmat dan redha Allah dalam bulan penuh barakah ini.

Sedar tak sedar ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan aidilfitri bakal menjelma. Hmm... apakah perasaan sahabat-sahabat sekalian? Gembira, teruja dengan hari lebaran yang bakal tiba atau sedih, berduka dengan ramadhan yang akan pergi?

Sebelum ramadhan ini berakhir, suka saya ingin sahabt-sahabat bertanya buat kesekian kalinya pada diri sendiri satu persoalan ini; andai ini ramadhan ku yang terakhir?

Andai ini merupakan kali terakhir kita berpeluang bertemu ramadhan, merebut setiap rahmat dan fadhilatnya. Andai ini kali terakhir kita bisa solat terawih dan memburu lailatul qadar. Andai ini ramadhan terakhir untuk kita korbankan masa dan waktu dalam melaksanakan amal ibadah.

Andai ini yang terakhir?

Saya mahu kita sama-sama muhasabah dalam kurang seminggu lagi kita menikmati malam-malam terakhir ramadhan kali ini. Andai kita tahu ini adalah yang terakhir, apakah yang akan kita laksanakan dan apakah yang pasti akan kita tinggalka?

Sekali lagi, tanya pada diri; andai ini ramadhan yang terakhir........

20 Ogos 2010

Program Iftar Perdana Kelab Bimbingan Mahasiswa bersama Anak-anak Yatim



Pada 19 Ogos 2010, Khamis, Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) telah mengadakan Program Iftar Perdana KBM bersama Anak-anak Yatim. Program ini turut disertai oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Sekretariat Kerohanian Kolej 12 selain pelajar-pelajar UPM. Sejumlah 13 orang anak yatim telah hadir dari Kompleks Kebajikan Darul Ruqayyah, Sungai Merab. Seramai lebih kurang 80 orang hadirin telah memenuhkan Sanggar 12 bagi menjayakan program ini. Pengasas Kelab Bimbingan Mahasiswa, Dr. Abdul Rahman Kuraish turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan lagi majlis.

Program bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para hadirin dari kalangan pelajar-pelajar UPM. Sesi taaruf atau perkenalan di antara pelajar diadakan sementara menunggu ketibaan semua hadirin. Pada jam 6.30 petang, diadakan pula sesi tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Saparudin Yusup dengan tajuk niat.

Apabila azan maghrib berkumandang, jamuan berbuka puasa bermula. Para hadirin makan beramai-ramai di dalam talam bersama-sama dengan anak-anak yatim. Aktiviti ini bukan saja mengeratkan hubungan di kalangan hadirin yang hadir tetapi juga melatih para pelajar untuk berkomunikasi dan melayan kerenah adik-adik yang kurang bernasib baik ini.

Program tamat dengan solat maghrib berjemaah di surau Kolej Serumpun. Para hadirin kemudiannya beramai-ramai menunaikan solat isya’ dan terawih di Dewan Putra 2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penglibatan dan kerjasama anda akan berterusan bagi program-program KBM akan datang.

17 Ogos 2010

PUASA lah dengan PUAS! ^_^


Kegembiraan Orang Berpuasa
Ditulis Oleh rizki al banna
Friday, 13 August 2010
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”“[1]
Betapa istimewanya hadits ini. Di dalamnya diterangkan amalan secara umum dan puasa secara khusus. Diuraikan pula tentang keutamaan, keistimewaan, pahala (sekarang atau kemudian hari), hikmah dan tujuan puasa. Inilah salah satu contoh betapa luas karunia dan kebaikan Allah ‘Azza wa Jalla kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.