31 Mac 2010

Kuliah Maghrib Siri 2


Jom Datang Beramai2...
Semua Dijemput Hadir....

Moh kite imarah majlis ilmu..
Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi...
InsyaAllah...

30 Mac 2010

Dunia Ibarat Dewan Peperiksaan...


Assalamualaikum wbt.....


Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang tempoh pembelajaran.....

Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....
Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...

Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya... Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji... Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....

Yang memilih mendekatkan diri pada Allah seiring berusaha meningkatkan kefahaman serta persediaan sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan.... Namun, bagi yang semakin meninggalkan kebelakang perintah yang lebih perlu, malang dan takziah diucapkan...

26 Mac 2010

Islamisasi: Antara Retorik dan Realiti

Assalamu'alaikum kepada semua rakan-rakan mahasiswa. Apa khabar diri anda? Apa pula perkhabaran iman anda? Saya harap semuanya dalam keadaan yang menenangkan anda. Alhamdulillah, dalam kesibukan kita berputar-putar dalam roda hidup yang sudah sedia disandarkan pada sistem yang pincang matlamatnya, sempat juga saya mencelah untuk berbicara sedikit tentang perkara yang pada hemat saya, sangat penting iaitu proses penambaikan dalam kehidupan seorang muslim tulen yang disebut sebagai Islamisasi. Sebagai umat Islam, kita perlu menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok pula lebih baik dari hari ini.

Saudara, jelas pada hari ini kita dimomokkan dengan segala macam perkara yang bukan langsung disyariatkan oleh Islam. Saya mengambil contoh, perkara yang besar seperti sistem kehidupan sehinggalah perkara kecil seperti perlakuan rutin kita, hampir semuanya terpisah dengan Islam. Inilah yang disebut sebagai sekularisme. Kalimat sekularisme ini berasal daripada kalimat Latin saeculum dan kalimat Inggeris secularism. Mengikut The American Heritage Dictionary of English Language: Fourth Edition, kalimat secularism bermaksud, "religious skepticism or indifference. The view that religous considerations should be excluded from civil affairs or public education." Kenyataan ini bermaksud, "konsep sekularisme memisahkan agama daripada kehidupan dan pendidikan."


20 Mac 2010

13 Mac 2010

EVOLUSI ’10 – Modul Personaliti

SYIRIK by exco_dakwah.

EVOLUSI ’10 menutup tirai semester ini dengan madul ketiga iaitu modul personaliti. Modul ini membawa pendekatan Membetuk Personaliti Diri Sebagai Seorang Muslim : Hindari Syirik Yang Tersembunyi. Dikelolakan oleh Dr. Asmah Yahaya, Pensyarah UPM yang pernah memenangi pingat emas dalam penyelidikan di Geneva.
Menjadikan syirik sebagai kontra dalam pembentukan personaliti, Dr Asmah menjelaskan bagaimana personaliti diri dapat dibina dengan nilai-nilai Islami. Syirik yang tersembunyi umpama kotoran hitam pada batu yang hitam di malam yang gelap. Ia sangat sukar untuk dihindari. Maka adalah penting dalam pembinaan personaliti muslim untuk berhati-hati dari terjebak dengannya.



PROGRAM EVOLUSI ’10 – Modul Pengurusan Kewangan

Bukan segelintir, tapi majoriti warga Malaysia menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan mereka. Biar sebanyak mana pendapatan yang mereka peroleh, mereka masih berdepan dengan pelbagai isu kewangan yang mengugat dan mengganggu emosi dan jasmani.
Mendidik diri untuk mengurus kewangan dengan bijak juga memerlukan ilmu. Tanpa ilmu yang benar, pasti pengurusan yang tepat tidak dapat dilaksanakan. Masa yang paling sesuai untuk menuntut ilmu adalah zaman muda, zaman di mana manusia paling mudah mencerna informasi dan membentuk tabiat diri.
Mahasiswa hari ini turut tidak ketinggalan berdepan kerumitan isu kewangan. Pastinya jika tidak ditangani segera, golongan-golongan muda ini akan berdepan krisis yang lebih teruk ketika melangkah ke alam dewasa. Maka mengetahui teknik dan disiplin yang betul dalam pengurusan kewangan diri adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai mahasiswa khususnya dan manusia seluruhnya.


10 Mac 2010

Kongres SMM

SAYA TAK TAHU


nukilan Ariff Islam
"Assalamualaikum..."

Gamitan salam itu membuka semula mata Nik yg baru seketika dirapatkan.Hari itu sungguh memenatkan dengan jadual kuliah yg padat.Itulah kehidupan seorang pejuang...berjihad menimba ilmu kerana Tuhan..Allah telah berfirman dalam al-quran..kesusahan dan kepayahan itu mengajar kita agar merendah diri dan sabar..Nik tempuhi hidup-hidup di kampus dengan tenang,semoga beroleh berkat Tuhan.

"Waalaikumsalam..."

09 Mac 2010

Sungai Di Bawah Lautan!!


Kisah Air Masin & Air Tawar

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)