25 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA....
SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH LEBIH BERMAKANA..
REBUTLAH RAHMAT ALLAH PADA 1O HARI PERTAMA INI..
INSYA ALLAH...

06 Ogos 2009

Ibadah Itu Cinta....

kr www.saujanautama3.com
“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.



Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

Ibadah, taat dan patuh?

Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.

Ibadah adalah Cinta

Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta.

Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang

seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama

Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak. Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indah kan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci

Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata

Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah

Kan kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani

Hanyalah untuk Alloh

Kan kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu

Hanya Pada Allah kusandarkan

Hanya Pada Allah kudoakan

Hanya Pada Allah kuharapkan

Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas.

Menyerang-nyerang.

Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

* Azree Hanifiah merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com dan juga merupakan pemilik blog StudioMuslim. Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Artikel dipetik daripada blog beliau.

Mungkin ana lebih suka post entri yang diambil dari blog orang lain... Tapi itulah ana... Ermmm.. Setuju benar dengan Akhi Azree nih....

Ibadah tu cinta.... Tak kenal maka tak cinta kan.....

Bila ibadah kita penuh dengan rasa cinta.... Terasa dekat........ Sangat....... dengan Khaliq kita....

Macam orang bercinta... Sehari tak jumpa macam setahun.....

Tak dapat jumpe tuannya, nampak bumbung kereta pun jadilah.....

Dan lagi.... apa tujuan penciptaan manusia itu sendiri.....

Untuk menyembah dan mentaati Allah kan... Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud...

“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”

( Surah Az-Zaariyat 51 : Ayat 56-58 )

Dan lagi.... Allah berfirman.....

“ Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. “

( Surah Al-An’am 6 : Ayat 162 )

Nah... itu dia.... Jika kita rujuk hadith 40 iaitu hadith ke 2.. Rasulullah di datangi oleh malaikatul Jibrail yang menyerupai manusia, mengajarkan Rasulullah dan para sahabat tentang iman... dan perkara pertama disentuh ialah Ruku Islam.... Disitu menunjukkan kepentingan ibadat dalam membuktikan keimanan wa ketaqwaan kita pada Allah.....

Wallahualam....

“ Pupuklah Cinta Yang Sejati Iaitu Cinta Yang Hakiki ”

Bolehkah 'kapel' ??

Seringkali singgah pertanyaan dari teman dan adik-adik junior tentang hukum bercinta atau istileh remaja hari ini adalah ‘kapel’. Kalau ketika masih di alam sekolah di mana saya bersekolah agama dengan peraturan dan batasan yang jelas pasti tanpa banyak bicara saya pantas menjawab, ‘tidak boleh’. Namun, ketika berada di alam kampus yang penuh dengan kejutan budaya, saya sendiri pada awal menjadi terkejut dan menukar pantas jawapan bagi persoalan sama yang ditanyakan di atas.





Seakan saya ini lalang yang lemah, hanya mengikut angin menghembus. Namun, dengan dikelilingi golongan yang hampir semuanya mengamalkan gaya hidup ‘kapel’ ini, bagaimana saya dapat menjatuhkan kesalahan pada setiap individu? Maka dalam kejutan yang saya hadapi itu saya tidak dapat memberi sebarang jawapan bagi persoalan itu. Sungguh, bukan saya orangnya untuk membuat konklusi sebelum jelas permasalahan yang berlaku.





Namun, saya kini sudah menginjak tahun ketiga pengajian di universiti. Sudah terlalu banyak kejutan budaya yang sudah lali untuk saya hadapi. Bukan bermakna saya mengikut arus, kerana saya tetap teguh bahawa harimau yang masuk ke kandang kambing tetap juga adalah harimau. Namun, harimau itu barangkali tidak mungkin dapat memakan kambing-kambing di situ. Maka saya mengambil pendekatan menulis artikel ini. Sempena dua tahun saya bergelar mahasiswa, saya menulis tentang cinta khas untuk semua pelajar baharu yang baru mahu mengenal dunia universiti dan amnya seluruh warga universiti.





Di atas sekali saya buatkan 4 kotak yang terisi 4 perkataan berbeza yang menunjukkan rutin harian kita sebagai pelajar. Gambarajah ini saya perolehi semasa mengikuti salah satu program di universiti dan saya kira sangat menarik untuk menggambarkan permasalahan kita kali ini. Cinta, belajar, tidur dan ibadat diletakkan dalam kotak-kotak berbeza. Saya mahu bertanya, mungkinkah untuk anda menjalani sebuah kehidupan di mana anda dapat membahagikan waktu, emosi, tenaga dan perhatian dengan jelas dan jitu bagi keempat-empat aspek terbabit?





Baiklah, saya bagi contoh di sini, katakan anda meluangkan waktu pagi untuk ‘dating’, kemudian anda bergaduh dengan pasangan anda atau pasangan anda memberikan hadiah istimewa untuk anda, mampukah anda untuk tumpukan perhatian untuk melaksanakan solat atau belajar pada sebelah malam tanpa memikirkan kejadian yang telah berlaku pada waktu pagi? Saya tidak tahu anda, namun daripada pemerhatian saya kebanyakan kes begini akan berjalan seperti ini; pertama jika anda bergaduh, anda akan menangis sepanjang hari dan kedua, jika anda menerima hadiah anda akan habiskan malam anda dengan berbalas mesej atau membuat panggilan bersama pasangan anda. Apa yang jelas di sini, anda akan hadapi krisis pembahagian waktu di mana ia akan mengganggu-gugat proses pembelajaran anda.





Seakan saya memang mahu ‘mengharamkan’ ‘kapel’ ini. Namun, saya bukan lagi pelajar sekolah atau pelajar baharu yang terkejut dengan budaya kampus, saya menulis sebagai panduan dan persediaan untuk anda melalui kehidupan kampus yang sama sekali berbeza.





Sebagai pelajar baharu, anda juga datang dari pelbagai aliran dan latar belakang. Maka saya mencadangkan untuk anda kekal menjadi diri sendiri dan terus berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik. Namun, tentunya anda akan berdepan dilema dan kekeliruan untuk menentukan nilai yang baik. Saya hanya mahu berpesan bahawa tidak semua perkara yang biasa anda lihat itu sesuatu yang baik. Sebagai contoh isu ‘kapel’ ini. Mungkin dari sudut pelajar sekolah agama saya akan memberikan beberapa dalil-dalil naqli dari Al-Quran dan hadis tentang bahayanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun, saya tidak akan nyatakan di sini. Bukan mahu membelakangkan hukum Tuhan, tapi siapalah saya untuk memberikan hukuman. Baiknya biarlah orang yang lebih arif tentang ilmu agama berbicara tentangnya.





Sebaliknya sebagai mahasiswa universiti yang sentiasa berpandangan jauh dengan visi dan misi yang jelas, saya sendiri bersetuju dengan ‘kapel’ jika ia memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Tiada pertemuan di tempat sunyi mahupun terbuka yang boleh menimbulkan fitnah dan menjerumus ke lembah maksiat

2. Tiada pembaziran masa dan wang ringgit semata-mata untuk keluar berpeleseran dan membeli ‘top up’ sekadar untuk mengirim mesej atau panggilan ‘apa khabar’,’sudah makan’ dan sebagainya.

3. Tidak menggunakan duit ibu bapa dan biasiswa/pinjaman yang diperuntukkan untuk proses pembelajaran sebagai modal aktiviti ‘kapel’ anda.





Sekali lagi anda pasti memberi label bahawa saya adalah ‘anti kapel’. Saya cuma menggariskan tiga syarat. Pasti banyak lagi yang anda boleh lakukan ketika ‘kapel’. Saya tidak pasti apakah ia, namun selagi ia tidak melanggar tiga syarat di atas, silakan untuk ‘kapel’. Jika tidak, saya minta untuk anda fikir lagi dan pertimbangkan semula keinginan anda untuk ‘kapel’.




Sebarang masalah boleh hubungi saya; mirrormina@yahoo.com



03 Ogos 2009

Anda Rasa Puas Dengan Solat Anda??

17 Kesalahan Berkaitan Solat
"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."


Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meniggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)


ASSALAMUALAIKUM, sekadar berkongsi apa yg diperolehi dengan m'jadi fasilitator untuk Kem Bestari Solat yg dilaksanakan di SMK Presint 16 pada 1 Ogos lalu. Terasa diri ini kerdil tatkala berhadapan dengan mata2 harapan adik2 tingkatan 1 ini. seperti ade suara yg membisikkan 'kak, tunjukkan kami cara solat yg betul...' lalu saye terfikir, apa sempurna solat yg saya laksanakan selama ini?? jadi saye khabarkan semula pada adik2 ini yg kehadiran insan ini hanyalah untuk memudahcara. Mujur Ustaz wan dari smap Kajang mengendalikan slot teori dan praktikal diserahkan pada saya. Disinilah budaya belajar,Mengajar dan diajar dapat diorentasikan. Kerana bagi saye, saye juga mempelajari dari adik2 ini. Sebelum Bengkel ini berakhir, lalu seorang kaunselor sekolah terbabit memaklumkan saya supaya mencari mahasiswa2 yg sanggup untuk meluangkan masa bersama adik2 tingkatan 5 bagi Kem Pembinaan Sahsiah mereka. ringkas saya maklumkan pada cikgu tersebut.. "saya cuba" (walaupun jauh di sudut hati saya mengukir kata.. "ada ke yg nak??" huhu.. InsyaALLAH, akan dikuatkan bibir ini utk memaklum & m'ajak.

Akhir kata, Agik idup Agik Ngelaban. semoga artikel di atas menjadi renungan sahabat2 dan diri jua.Teringat pesan Sheikh Fuad Al-Maliki " kita mengaku kita daie, tapi kita gagal utk mendekati ILAHI. Kita mengaku kita khalifah, tapi kita gagal utk hayati sunnah"

wallahualam

‘INNASOLATI WANUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI LILLAHITAALA’