27 Januari 2012

Kisah Syeikh Ibrahim Adham & 10 Tanda Hati Mati...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

23 Januari 2012

Menyingkap Makna Subsidi



Apakah pemberian 'Subsidi' oleh pemerintah adalah sesuatu yang benar dan telus..?


Pada hari ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh pemerintah:


Mari mulakan.......
Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.
Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.
Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.


Meningkatkan Kualiti Ladang


Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Ah Jib, datang untuk meneruskan operasi ladang.
Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.
Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.
Seperti biasa, Ah Jib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.


Penswastaan


Sekarang, dengan kenaikan harga barang, Ah Jib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Ah Jib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.
Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Ijat.

13 Januari 2012

Jom Sertai “Bengkel Penulisan Islami”



Monolog  1 :-

“Cuti semester sebulan je, sempat ke aku nak keje? Hmm, camne nak cari duit poket ni. Malu la nak mintak kat mak ayah.
Dah beso gini mestilah nak ada saving sendiri kan…Huhu.. tension2..”

Monolog 2 :-

“Tengok ramai orang menulis, terasa ingin menulis gak. Tapi, tak tahu cara nak menulis? Dan tertanya-tanya, adake orang nak baca karya aku nanti? Confuse2


Anda terperangkap dalam situasi di atas?
Anda punya dilema sedemikian?
Maka, andalah yang kami cari.
Jom sertai,  “Bengkel Penulisan Islami”J
Anjuran Seksyen Kaunseling Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Putra Malaysia.
Anjuran bersama
Kelab BimbinganMahasiswa, UPM.

Tarikh           : 16 Januari 2012
Hari                : Isnin
Tempat         :  Kompleks Mahasiswa, Tingkat  1, Ruang Perbincangan.
(Di luar Bilik Mesyuarat)

Tentatif Program :-