08 Disember 2009

PROGRAM JEMPUTAN SEPANJANG DISEMBER



SEMINAR SEHARI PENGUKUHAN PANDANGAN ALAM ISLAM (WORLDVIEW OF ISLAM) DAN SYARAHAN PERDANA PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.


Yuran Seminar DAN Syarahan Perdana:

Umum : RM100

seorangPelajar : RM35 seorang


Yuran Syarahan Perdana SAHAJA:

Umum : RM50 seorang

Pelajar : RM20 seorang


Aturcara Program (tentatif):


9.00 – 10.30 pagi:- Perasmian oleh Tetamu Kehormat- Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKMTajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan

11.00 – 1.00 ptg: Sidang Pertama- Pembentang:1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIMTajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAMTajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam

2.00 – 3.30 ptg: Sidang Kedua- Pembentang:1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIMTajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAMTajuk: Islam dan Falsafah Sains

3.45 - 5.30 ptg: Sidang Tiga- Pembentang:1. Dr. Khalif Muammar, UKMTajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIMTajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan

5.30 - 8.30: Rehat8.00 – 11.00 mlm:- Syarahan PerdanaOleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas"Reviving The Worldview of Islam: Internal and External Challenges"


Untuk urusan pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung terus dengan:Abdul Muntaqim (019-8285019)atau,hantarkan e-mail ke alamat:seminar.hakim@gmail.com
JEMPUTAN KE PROGRAM PERKHEMAHAN NASIONAL SANTUN 2009

Didoakan semoga saudara/saudari berada dalam lindungan dan rahmat Allah Ta’ala hendaknya.

Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) menjemput PKPIM ke Program Perkhemahan Nasional Santun 2009 yang akan diadakan mulai 15-20 Disember 2009 (Selasa- Ahad). Program ini akan melibatkan mahasiswa di bawah Kelab Santun. Kelab ini dianggotai oleh pelajar yang ditaja oleh YaPIEM.

Antara objektif program ini ialah membentuk jati diri seorang mahasiswa yang mempunyai sahsiah mulia dan menyumbang bakti kepada masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, PKPIM Pusat berpandangan bahawa penyertaan dari seluruh pimpinan kampus dan badan gabungan negeri amat penting dalam program ini bagi menambah jaringan dan kemahiran.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tempat : Kem PLKN Desa Rimba Sauk, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh : Selasa, 15 Disember 2009 hingga Ahad, 20 Disember 2009.
Bayaran : PERCUMA
Pengangkutan : Disediakan

PKPIM Pusat berbesar hati menjemput pimpinan kampus dan badan gabungan negeri atau menghantar wakil untuk menyertai program ini. Sebarang masalah atau maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Saudari Sharifah Sumayyah (013-2028643) atau sh_sumay@yahoo.com.my. Bersama-sama surat ini juga disertakan lampiran berkenaan dengan maklumat program.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

~ kemuliaan & kecemerlangan mahasiswa ~

30 November 2009

Pengorbanan??? Islam??? Aidiladha???

Erti pgrbnan pd diri anda?
Kenapa anda sanggup berkorban jiwa demi grk kerja islam?
Apa erti aidiladha pd anda?


Jawab presiden, rauf aka shbt saya…

Baik, bila sebut pasal pgrbnn, ia mesti r sesuatu yang dasyat, yangg teruk. Kalau x, kita xpanggil pengorbanan. Betul x? Merujuk surah at-taubah ayt 24, Allah sebut tentang nilai pengorbanan manusia dalam membina potensi ke arah pembangunan diri dan masyarakat seluruhnya. Dalam tafsir Muhammad Ali as-Syaibuni, disebut manusia mesti buat pilihan, nak hidup selesa je or tinggalkan sume itu seketika untuk berjihad di jalanNya. Kalau kita pilih nak duduk selesa , maka kata Allah, fatarabbasu hatta ta'tiallahu biamrih. Kamu tunggu lah keputusan Allah. Muhd Ali as-Syaibuni kata keputusan Allah itu bermaksud azab Allah. Azab dunia atau akhirat. Aidiladha perlu dihayati roh dan maknanya. Kita tidak boleh cakap ini raye utk orang yangg baru lepas tahlul awal sahaja. Diorang dah haji, raye r diorang. Kita yang tidak perga haji lagi ni xde benda r. Sepatutnya, kita hayati apa falsafah pengorbanan yang sebenarnya. Wallahu'alam.

Jawab setiausaha, amalina…

1.Pengorbanan adalah kesanggupan untuk memberikan sesuatu yang sangat kite sayang dan penting dlm diri kite,

2.dalam melaksanakan gerak kerja islam saya tidak merasakn sangat tentang pengorbanan, barangkali masih baharu, tapi bagi sy melaksanakan gerakan dakwah adalah keperluan dalam diri saya, di mana saya merasakan ada yang kurang jika ia tidak dilaksanakan



Jawab bendahari, sabariah...

everything, lillahitaala,try da best 4 da hard work...keredaan Allah yang dicari smata..share wif othrs pe yg Allah bg kt kte




11 November 2009

mereka ingin musnahkan kita...

Al-Qaeda dakwa Syiah lebih bahaya


DUBAI: Seorang komander sebuah kumpulan berkaitan al-Qaeda memberi amaran kepada masyarakat Islam Sunnah bahawa golongan Syiah dan Iran adalah lebih ‘berbahaya’ ’kepada agama daripada Yahudi atau Kristian.

“Kami menyeru kepada seluruh negara supaya mempertahankan Sunnah dengan cara apa sekali pun, daripada bahaya Iran dan mereka yang mengikuti fahaman Syiah di rantau ini,” kata Mohammed bin Abdul Rahman al-Rashid daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab, dalam rakaman suara yang disiarkan oleh kumpulan perisikan Amerika, SITE.

29 Oktober 2009

Tinta Presiden KBM Sesi 2010/2011

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah swt atas limpahan kurniaan dan nikmat kebaikan yang terlalu banyak yang kita perolehi. Setelah mana benar kita menjadi hamba yang terbaik, atas nikmat kita bersyukur, dengan ujian kita bersabar.

Sahabat-sahabat seaqidah sekalian,

Sememangnya dalam hidup ini perlu-memerlu. Kita adalah manusia yang tidak boleh hidup bersendirian. Walau sehebat mana pun kita, kita perlukan manusia yang lain kerana kita adalah manusia yang hidup bermasyarakat. Dan sahabat yang kita inginkan dalam hidup adalah sahabat yang bersama dengan kita waktu kita senang, waktu kita ketawa dan sahabat ini jugalah yang boleh berkongsi air mata. Oleh sebab itu, dalam hidup kita, binalah jambatan, jangan bina tembok. Dalam erti kata lain, carilah sahabat seramai mungkin walau seribu dan jangan bermusuh walau seorang.

Renungkan cara Rasulullah saw membangunkan Islam. Baginda tidak membangunkannya secara berseorangan dan nama yang bersama dengan baginda adalah para sahabat Nabi. Tidak dinamakan para pekerja Nabi. Tidak dinamakan Nabi sebagai majikan kepada kuli-kulinya. Tidak dinamakan juga dengan nama-nama yang lain. Sebaliknya, diletakkan satu nama yang sangat hebat pengertiannya iaitu persahabatan. Sahabat-sahabat Nabi ini adalah mereka yang Allah puji dalam al-Quran sebagai manusia yang ruhama’ (sangat saling menyayangi sesama mereka).

Rakan-rakan dalam wadah KBM,

Taklifan sebagai ahli KBM itu seharusnya tidak disempitkan ruangnya. Jadikan ianya langkah pertama dalam perjuangan dalam merawat luka di dada ummah yang sedang parah dimamah kejahilan. Islam rindukan zaman kegemilangan yang mana anak-anak muda harapan ummah kembali memimpin dunia. Andalah iftitah atau pemula wacana dalam membebaskan ummah daripada gelapnya titik mungkar dan noda. Bersatu di bawah satu aqidah yang sama dan turunlah ke lapangan ummah sebagai pemburu syurga dan reda Allah. Tiada amanah yang dilaksanakan kerana manusia atau menjaga hati sesiapa.

Bersama-samalah kita belajar menerima sesuatu amanah atau tugasan sebagai tanggungjawab dan bukannya bebanan. Mengikut ukuran Nabi saw, kalau kita diberi banyak tugasan, yakinlah kita adalah orang berkualiti. “Khoirunnas man yan fa’ulinnas.” Maksudnya, orang yang baik (berkualiti) adalah orang yang sangat diperlukan oleh orang lain. Justeru, marilah kita sama-sama memberikan komitmen penuh dalam menjayakan setiap perancangan yang direncana demi manfaat ummah seluruhnya.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pimpinan KBM terdahulu yang telah berjaya membawa KBM ke tahap sekarang. Saya juga mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap kualiti kepimpinan saya sebagai presiden. Saya serahkan segala gerak kerja ini kepada Allah dan diharapkan menjadi saksi kecintaan saya terhadap dunia dakwah. Sekian, selamat maju jaya.

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

26 Oktober 2009

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.





SALAM PERJUANGAN FISABILILLAH, SALAM UKHWAH, SALAM TAHNIAH BUAT PIMPINAN BAHARU KELAB BIMBINGAN MAHASISWA DAN JUGA TIDAK LUPA BUAT PIMPINAN YANG BAHARU SAHAJA MELABUHKAN TIRAI "PEMERINTAHAN".

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
SUBHANALLAH...SUBHANALLAH...SUBHANALLAH...
ALLAHU AKHBAR...ALLAHU AKHBAR...ALLAHU AKHBAR...

BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI, MAHA SUCI ALLAH DAN DIA YANG MAHA BESAR KEAGUNGANNYA...

DISINI, ANA HANYA INGIN BERPESAN SEBAGAI INSAN YANG LEMAH, KERDIL, DAN HINA DISISINYA. MARILAH KITA KEMBALI KEPADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN AGAR DIRI KITA SENTISA BERADA DIBAWAH NAUNGAN KEREDHOAN ILAHI.

KEPADA PIMPINAN YANG LAMA, ANDA SEMUA TERBAIK...SELAMA HAMPIR 3 TAHUN KITA BERSAMA DALAM UKHWAH FISABILILLAH INI, DEMI ISLAM YANG KITA CINTAI DAN SAYANGI...BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG KITA HADAPI BERSAMA. SEMUANYA ADALAH KETENTUAN ILAHI JUA..

MAKA, HARUSLAH KITA SENTIASA INGAT " KITA MERANCANG, ALLAH JUA MERANCANG, NAMUN RANCANGAN ALLAH JUA YANG MAHA HEBAT." SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN WADAH KBM INI TELAH MENYUBURKAN HATI DAN JIWA KITA UNTUK BEKERJA KERANA ALLAH. TERUSKAN USAHA ANTUM.

KEPADA ADIK-ADIK YANG BAHARU "DIMANAHKAN" TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT KAMPUS INI, MALAH MASYARAKAT LUAR JUA. MAKA, LAKSANAKANLAH AMANAH YANG DITAKLIFKAN ITU DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KESABARAN. BERSATULAH ANTUM DALAM APA JUA KEADAAN.

ADIK-ADIK, ANA TIDAK SEBAIK ABU BAKAR, TIDAK SEBERANI UMAR, TIDAK SELEMBUT UTHMAN, TIDAK SEKENTAL ALI, TIDAK SELICIK SALMAN AL-FARISI, TIDAK SEGAGAH KHALID...NAMUN, ISLAM TETAP JUA DIHATI...JALAN DAKWAH FISABILILLAH JUA MENJADI IDAMAN HATI.

JADILAH DIRI SENDIRI, BUKAN BERTOPENGKAN PERWATAKAN DUNIAWI YANG PENUH TIPU DAYA UNTUK MENGGAPAI UKHRAWI...KERANA DI SANA MENANTI SEGALA APA YANG KITA CAGARKAN DI DUNIA YANG FANA INI...

KEPADA RAUF, JADILAH AMIR YANG LAGI BAGUS BERBANDING ABANG YANG TIADA APA-APA INI. PANDULAH WADAH KBM INI KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG DAN BERJAYA UNTUK UMMAT ISLAM. RAUF ADA KEBOLEHAN ITU.

KEPADA FARIS, TAHNIAH DAN SYUKRAN SANGAT...ABANG BANGGA DENGAN FARIS. FARIS MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN DAN ILMU BERBANDING ABANG. INGAT, TIADA JUARA DALAM ISLAM DAN DAKWAH...HANYALAH NIAT DAN USAHA UNTUK KEREDHOAN ALLAH JUA.

KEPADA 'ATIQAH SYAIRAH, SELAMA HAMPIR TIGA TAHUN KITA DALAM KBM. ABANG UCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH. BANYAK YANG ABANG BELAJAR DARI KAMU DIK. SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIUDPMU DAN FAMILI DI DUNIA DAN AKHIRAT. HANYA KEMAAFAN YANG ABANG POHONKAN

KEPADA AMALINA, SELAMAT MENEMPUH CABARAN DALAM MENEJALANKAN AMANAH SEBAGAI PIMPINAN KBM. SEMOGA BUKAN UNTUK KBM SAHAJA, MALAH UNTUK UMMAT. AMAL LEBIH BANYAK ILMU DARIPADA ABANG, GUNAKAN IA UNTUK DAKWAH FISABILILLAH DAN WADAH KBM SEBAGAI JALANNYA.

KEPADA SITI SABARIAH, SABARLAH DALAM BERJUANG...:) SABAR JUGA ADA KELEBIHANNYA...GUNAKANNYA UNTUK ISLAM TERCINTA. PERTINGKATKAN ILMU UNTUK SENTIASA BERSEDIA DALAM MEDAN DAKWAH.

SETERUSNYA UNTUK NOR FARHANA, SYUKRAN...JAZAKALLAHU KHOIRAN KATHIRA...SELAMA KITA KENAL DALAM WADAH KBM INI, BANYAK YANG MENGAJAR KITA ERTI PERSAHABATAN DAN HIDUP. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK JUGA KERANA BANYAK MEMBANTU ANA DALAM KBM.

AKHIR SEKALI UNTUK SEMUA ADIK-ADIK KBM YANG BAHARU DAN LAMA, SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU SEMUA DAN UKHWAH KITA HINGGA KE AKHIRAT SANA. TIDAK LUPA KEPADA MANTAN-MANTAN KBM YANG BANYAK MEMBANTU DARI SEGI SOKONGAN DAN WANG RINGGIT...ANA DOA'KAN ANTUM DALAM KERDHOAN ILAHI JUA.

ALAHAMDULILLAH...SUBHANALLAH...ALLAHU AKHBAR...JALAN DAKWAH MEMPERTEMUKAN KITA...KEMATIAN DIJALAN DAKWAH FISABILILLAH JUA MEMISAHKAN KITA...DOA'KAN ANA SENTISA ISTIQOMAH DALAM JALAN FISABILILLAH INI DAN MENDAPAT KEAMPUNAN SERTA KEREDHOAN-NYA JUA.

JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU AMM WA ANTUM BIKHOIR...

ABUJIHADFISABILILLAH...AKHI MUHAMMAD FUAD HILMI ZAKARIA.

21 Oktober 2009

Bangun...! Bangun....!

apa yang aku bagaikan benar dalam perancangan dan ramalanku...
sungguh aku redho semua ini berlaku...
hidup ini menuntut pengorbanan...

aku ingin jadi lilin buat sahabt sekalian...
batin ku redho semua ini...
tapi nafsu ku???
aku tak tahu...

duhai sahabat...
aku melihat hidup ini bagaikan sifir yang boleh diulang kira...
namun sifir ini tak setulus mana...

setiap kali kita diduga..
kita bagaikan ingin rebah...
namun semangat perjuangan kita tidak redha kita rebah...

biarlah tunduk kita pada Yang Esa...
bukan tunduk pada insan wahnu...
ini yang jelas pada kita...

wahai sang wahnu...
engkau kira kau boleh catur segalanya...
pada hakikatnya kamu dungu...
merebahkan sujudmu pada keindahan dunia yang sementara...
keindahan dunia yang dihiasi paluan gendang nafsu dan syaitan durjana...

wahai sahabat-sahabatku...
kamulah insan yang dinanti generasi hari muka...
yang inginkan keredaan Tuhan...
bangun ....
bangun...
berdirilah di medan mu..

medan dakhwah penuh hikmah...
teguhkan ketetapan pada tapak kakimu...

moga keredaan tuhan...
sentiasa didalam doa ketika sujud kita...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...



(wahnu= sayang kan dunia takutkan mati...)

09 Oktober 2009

Dan Sebenarnya.....


Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran!

Bismillahiraahmanirrahim...
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad..

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

~Sadaqallahul'azim~

sumber: eramuslim
iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

04 Oktober 2009

Harapan Pusat, Cita-cita Kampus ^_^

‘Gagasan Ta’dib Kepemudaan’ Cetusan PKPIM Ke Arah Selesai Krisis Generasi Muda Malaysia


Quantcast

PKPIM

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” dalam usaha menyelesaikan krisis dan masalah generasi muda Malaysia.

Majlis pelancaran “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada 6 September 2009 lalu bersempena dengan program Majlis Iftar Mahabbah (Miftah 09) yang bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

NGO tersebut juga menjelaskan bahawa faktor krisis hari ini bukan disebabkan kejahilan umat dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar meluas ke seluruh masyarakat, tetapi kekeliruan mereka dalam meletakkan Ad-din, Allah, Nabi, dan diri mereka di tempat yang sepatutnya seperti mana yang dituntut agama.

Dalam pada itu, NGO berkenaan dalam kenyataannya juga menjelaskan bahawa pelancaran gagasan berkenaan selaras dengan resolusi yang diputuskan bersama oleh pimpinan PKPIM Pusat dalam Induksi Pimpinan bertarikh 28-30 Ogos 2009 ke arah untuk membentuk suatu generasi yang ideal dan mampu menjadi suri tauladan terbaik kepada umat secara keseluruhan.

Dengan bermotokan Meneraju Generasi “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur”, gagasan ini juga akan mengambil kira perencanaaan jangka panjang yang meliputi kerangka 25 tahun. Matlamat akhir gagasan ini adalah untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu

Dalam perkembangan berkaitan, NGO tersebut dimaklumkan akan menjelmakan semula fenomena kebangkitan dakwah era 70-an tersebut untuk siri kedua sekiranya seluruh pihak berperanan dan beriltizam “merakyatkan” gagasan berkenaan kepada seluruh anak muda dan masyarakat kampus sambil mengakui masih lagi dalam proses perencanaan dan penyusunan.



28 September 2009

LAMENT

Ketika aku mencari sinar..
secebis cahaya menerangi laluan..
Adakalanya langkah aku tersasar..
tersungkur aku di lembah kegelapan..

Ya,
Telah aku lalui semalam..
jalanan kelam dan suram..
Lampaui batasan insan...
keagunganMu aku lupakan..

Dan alhamdulillah,
syukur sungguh di hati ini..
Kau kurniakan aku teman sejati..
penunjuk jalan dekati Engkau..
Doa-doa ku pohon sentiasa setiap masa..
Ampunkanlah dosa-dosa semasa laluan ku ke sana..
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana..

16 September 2009

Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai'e



"Akhi*, dulu ana* merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah* makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah* pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u* kepada murabbi*nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta* lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.



"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti*; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.



"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur*, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur* kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.




Glosari kata
akhi = saudara lelaki
ana = saya
ukhuwah = perhubungan
mad'u = murid
murabbi = guru
anta = kamu
geluti = hadapi dengan kesukaran
istiqamah = tetap
jama'ah = kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama
futur = lemah/malas
ghurur = tertipu

Artikel ni ana ambil dari
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Risk Taker
editor : IskethaykaL

11 September 2009

MIFTAH '09


Labels:

Miftah adalah Majlis iftar Tahunan PKPIM yang selalu diadakan setiap tahun merupakan program yang wajib saya sertai. Program yang banyak menekankan aspek pengisian dalaman merupakan program yang wajib disertai oleh semua lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan. Dan ini antara program yang sesuai disertai oleh semua.

Iftar bersama-sama dengan rakan seperjuangan membuatkan hati saya kembali penuh daripada kosong sebelum ini. Semangat makan bersama menambahkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin. Ukhuwan islamiah ini yang tiada di mana-mana tempat di dunia kecuali di dalam gerakan islam seperti ini.


Selain daripada iftar bersama, pengisian yang bermakna pun mengisi jiwa raga saya ini. Dua slot pagi tadi tidak dapat saya dengari tetapi ada yang merakamnya. Ia daripada Dr Abd Aziz Bari dan Cikgu Sidek Baba. Terlepas peluang keemasan bersama majlis ilmu kali ini.

Nasib baik ia dapat diganti dengan pengisian oleh Dr.Farid pada sebelah petangnya tentang Gerakan Taadib Islami. Satu tajuk yang sangat tinggi dan hebat untuk diperbincangkan. Antara kandungan ucapan beliau adalah:

Taadib adalah adab di dalam kehidupan seharian kita dan maknanya sangat luas. Ia bukan setakat beradab di depan ibu bapa kita malah ia lebih besar daripada itu. Ia merupakan satu cara untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan perbuatan yang sesuai dengan keadaan. Nilai ini yang semakin hilang dalam diri kita pada hari ini. Ini antara perkara pokok dalam ucapan beliau.

Selain itu, apabila saya berjumpa dengan sahabat-sahabat saya ini, banyak perkara baru saya dapat. Ini membuatkan saya sentiasa inginkan pengisian ilmu kerana jika tiada pengisian jiwa saya kosong sangat2. Pedoman kepada semua supaya tidak mengikuti jejak langkah saya.

Terakhir sekali, bersama kita menghitung hari mendatang adakah ia akan lebih baik daripada hari ini ataupun sebaliknya. Bersama doakan yang terbaik supaya kita menjadi orang yang beruntung lebih-lebih lagi beruntung di dalam bulan Ramadhan ini.

p/s: Saudara izat merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang sering memberikan bantuan tenaga dan buah pikiran untuk program2 yang dijalankan Kelab Bimbingan Mahasiswa. Tambahan pula, bagi saya program MIFTAH'09 ini amat terkesan dan membawa aura positif bagi mereka yg b'kobar-kobar dalam mencari erti ramadhan yg sebenar.

09 September 2009

Masih ada 10 malam lagi...



Hari ini sudah masuk hari ke 19 ramadhan. Malam ini malam ke 20. Malam pertama sepuluh malam terakhir. Pencarian Lailatul Qadar bakal bermula. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Siapa saja yang tidak mengharapkannya?

10 yang terakhir,peringkat ketiga ini adalah peringkat di mana Allah menjanjikan pelepasan dari api neraka. Setelah rahmat dan maghfirah, terlepas dari azab seksaan pedih api neraka adalah dambaan setiap hamba. Mungkinkah saya antara yang terpilih untuk memperolehinya?


Setelah 19 hari berpuasa memang terasa ‘memontum’ sedikit menurun. Saya sudah tertinggal beberapa juz bacaan al-Quran yang cuba saya istiqamahkan untuk khatam di hujung bulan. Alhamdulillah, terawih masih belum berlubang cuma ada beberakali tidak sempat sampai 8 rakaat. Qiam lebih-lebih lagi menggusarkan. Saya merasakan prestasi ibadah saya benar-benar di tahap yang lemah. Itu hanya fizikal, belum di kira rohani lagi. Soal khusyuk, ikhlas, tawaduk, tawakal, semuanya terlalu lemah dan memerlukan banyak pemurniaan.

Itu baru amar maaruf. Belum bicara soal nahi mungkar. Tidak perlu cerita panjang soal dakwah dan islah kerana hakikatnya nahi mungkar dalam diri sendiri masih sukar menjadi habit. Masih berlaku sakit hati, dengki, umpat-keji dan banyak lagi. Astaghfirullah. Bagaimana telah saya manfaatkan madrasah ramadhan tahun ini?

Saya muhasabah kembali. Sungguh, saya bukan ahli sufi, bukan juga maasum, saya benar-benar seorang hamba yang lemah, daif dan dibelenggu banyak dosa. Saya sedar, saya tidak mungkin mampu melakukan banyak perkara kerana lemahnya saya. Cukuplah sekadar keampunan dan redha Allah kepada saya.

Tempoh untuk berada dalam madrasah ini masih berbaki 10 hari. Memang tidak lama, namun cukup juga untuk terus mendidik hati dan jiwa. Untuk terus mengajar nafsu dan akal. Insya Allah, akan saya manfaatkan sebaiknya.

Dan lailatul qadar akan saya usahakan untuk diperolehi. Sungguh, saya ini manusia yang kurang amal dan penuh dosa. Mana mungkin saya melepaskan bonus yang dikurniakan Tuhan setahun sekali dalam mempertingkatkan simpanan pahala? Doanya kita sama-sama dikurniakan rezeki bertemu lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Insya Allah.

25 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA....
SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH LEBIH BERMAKANA..
REBUTLAH RAHMAT ALLAH PADA 1O HARI PERTAMA INI..
INSYA ALLAH...

06 Ogos 2009

Ibadah Itu Cinta....

kr www.saujanautama3.com
“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.



Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

Ibadah, taat dan patuh?

Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.

Ibadah adalah Cinta

Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta.

Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang

seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama

Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak. Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indah kan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci

Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata

Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah

Kan kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani

Hanyalah untuk Alloh

Kan kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu

Hanya Pada Allah kusandarkan

Hanya Pada Allah kudoakan

Hanya Pada Allah kuharapkan

Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas.

Menyerang-nyerang.

Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

* Azree Hanifiah merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com dan juga merupakan pemilik blog StudioMuslim. Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Artikel dipetik daripada blog beliau.

Mungkin ana lebih suka post entri yang diambil dari blog orang lain... Tapi itulah ana... Ermmm.. Setuju benar dengan Akhi Azree nih....

Ibadah tu cinta.... Tak kenal maka tak cinta kan.....

Bila ibadah kita penuh dengan rasa cinta.... Terasa dekat........ Sangat....... dengan Khaliq kita....

Macam orang bercinta... Sehari tak jumpa macam setahun.....

Tak dapat jumpe tuannya, nampak bumbung kereta pun jadilah.....

Dan lagi.... apa tujuan penciptaan manusia itu sendiri.....

Untuk menyembah dan mentaati Allah kan... Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud...

“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”

( Surah Az-Zaariyat 51 : Ayat 56-58 )

Dan lagi.... Allah berfirman.....

“ Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. “

( Surah Al-An’am 6 : Ayat 162 )

Nah... itu dia.... Jika kita rujuk hadith 40 iaitu hadith ke 2.. Rasulullah di datangi oleh malaikatul Jibrail yang menyerupai manusia, mengajarkan Rasulullah dan para sahabat tentang iman... dan perkara pertama disentuh ialah Ruku Islam.... Disitu menunjukkan kepentingan ibadat dalam membuktikan keimanan wa ketaqwaan kita pada Allah.....

Wallahualam....

“ Pupuklah Cinta Yang Sejati Iaitu Cinta Yang Hakiki ”

Bolehkah 'kapel' ??

Seringkali singgah pertanyaan dari teman dan adik-adik junior tentang hukum bercinta atau istileh remaja hari ini adalah ‘kapel’. Kalau ketika masih di alam sekolah di mana saya bersekolah agama dengan peraturan dan batasan yang jelas pasti tanpa banyak bicara saya pantas menjawab, ‘tidak boleh’. Namun, ketika berada di alam kampus yang penuh dengan kejutan budaya, saya sendiri pada awal menjadi terkejut dan menukar pantas jawapan bagi persoalan sama yang ditanyakan di atas.





Seakan saya ini lalang yang lemah, hanya mengikut angin menghembus. Namun, dengan dikelilingi golongan yang hampir semuanya mengamalkan gaya hidup ‘kapel’ ini, bagaimana saya dapat menjatuhkan kesalahan pada setiap individu? Maka dalam kejutan yang saya hadapi itu saya tidak dapat memberi sebarang jawapan bagi persoalan itu. Sungguh, bukan saya orangnya untuk membuat konklusi sebelum jelas permasalahan yang berlaku.





Namun, saya kini sudah menginjak tahun ketiga pengajian di universiti. Sudah terlalu banyak kejutan budaya yang sudah lali untuk saya hadapi. Bukan bermakna saya mengikut arus, kerana saya tetap teguh bahawa harimau yang masuk ke kandang kambing tetap juga adalah harimau. Namun, harimau itu barangkali tidak mungkin dapat memakan kambing-kambing di situ. Maka saya mengambil pendekatan menulis artikel ini. Sempena dua tahun saya bergelar mahasiswa, saya menulis tentang cinta khas untuk semua pelajar baharu yang baru mahu mengenal dunia universiti dan amnya seluruh warga universiti.





Di atas sekali saya buatkan 4 kotak yang terisi 4 perkataan berbeza yang menunjukkan rutin harian kita sebagai pelajar. Gambarajah ini saya perolehi semasa mengikuti salah satu program di universiti dan saya kira sangat menarik untuk menggambarkan permasalahan kita kali ini. Cinta, belajar, tidur dan ibadat diletakkan dalam kotak-kotak berbeza. Saya mahu bertanya, mungkinkah untuk anda menjalani sebuah kehidupan di mana anda dapat membahagikan waktu, emosi, tenaga dan perhatian dengan jelas dan jitu bagi keempat-empat aspek terbabit?





Baiklah, saya bagi contoh di sini, katakan anda meluangkan waktu pagi untuk ‘dating’, kemudian anda bergaduh dengan pasangan anda atau pasangan anda memberikan hadiah istimewa untuk anda, mampukah anda untuk tumpukan perhatian untuk melaksanakan solat atau belajar pada sebelah malam tanpa memikirkan kejadian yang telah berlaku pada waktu pagi? Saya tidak tahu anda, namun daripada pemerhatian saya kebanyakan kes begini akan berjalan seperti ini; pertama jika anda bergaduh, anda akan menangis sepanjang hari dan kedua, jika anda menerima hadiah anda akan habiskan malam anda dengan berbalas mesej atau membuat panggilan bersama pasangan anda. Apa yang jelas di sini, anda akan hadapi krisis pembahagian waktu di mana ia akan mengganggu-gugat proses pembelajaran anda.





Seakan saya memang mahu ‘mengharamkan’ ‘kapel’ ini. Namun, saya bukan lagi pelajar sekolah atau pelajar baharu yang terkejut dengan budaya kampus, saya menulis sebagai panduan dan persediaan untuk anda melalui kehidupan kampus yang sama sekali berbeza.





Sebagai pelajar baharu, anda juga datang dari pelbagai aliran dan latar belakang. Maka saya mencadangkan untuk anda kekal menjadi diri sendiri dan terus berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik. Namun, tentunya anda akan berdepan dilema dan kekeliruan untuk menentukan nilai yang baik. Saya hanya mahu berpesan bahawa tidak semua perkara yang biasa anda lihat itu sesuatu yang baik. Sebagai contoh isu ‘kapel’ ini. Mungkin dari sudut pelajar sekolah agama saya akan memberikan beberapa dalil-dalil naqli dari Al-Quran dan hadis tentang bahayanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun, saya tidak akan nyatakan di sini. Bukan mahu membelakangkan hukum Tuhan, tapi siapalah saya untuk memberikan hukuman. Baiknya biarlah orang yang lebih arif tentang ilmu agama berbicara tentangnya.





Sebaliknya sebagai mahasiswa universiti yang sentiasa berpandangan jauh dengan visi dan misi yang jelas, saya sendiri bersetuju dengan ‘kapel’ jika ia memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Tiada pertemuan di tempat sunyi mahupun terbuka yang boleh menimbulkan fitnah dan menjerumus ke lembah maksiat

2. Tiada pembaziran masa dan wang ringgit semata-mata untuk keluar berpeleseran dan membeli ‘top up’ sekadar untuk mengirim mesej atau panggilan ‘apa khabar’,’sudah makan’ dan sebagainya.

3. Tidak menggunakan duit ibu bapa dan biasiswa/pinjaman yang diperuntukkan untuk proses pembelajaran sebagai modal aktiviti ‘kapel’ anda.





Sekali lagi anda pasti memberi label bahawa saya adalah ‘anti kapel’. Saya cuma menggariskan tiga syarat. Pasti banyak lagi yang anda boleh lakukan ketika ‘kapel’. Saya tidak pasti apakah ia, namun selagi ia tidak melanggar tiga syarat di atas, silakan untuk ‘kapel’. Jika tidak, saya minta untuk anda fikir lagi dan pertimbangkan semula keinginan anda untuk ‘kapel’.




Sebarang masalah boleh hubungi saya; mirrormina@yahoo.com



03 Ogos 2009

Anda Rasa Puas Dengan Solat Anda??

17 Kesalahan Berkaitan Solat
"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."


Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meniggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)


ASSALAMUALAIKUM, sekadar berkongsi apa yg diperolehi dengan m'jadi fasilitator untuk Kem Bestari Solat yg dilaksanakan di SMK Presint 16 pada 1 Ogos lalu. Terasa diri ini kerdil tatkala berhadapan dengan mata2 harapan adik2 tingkatan 1 ini. seperti ade suara yg membisikkan 'kak, tunjukkan kami cara solat yg betul...' lalu saye terfikir, apa sempurna solat yg saya laksanakan selama ini?? jadi saye khabarkan semula pada adik2 ini yg kehadiran insan ini hanyalah untuk memudahcara. Mujur Ustaz wan dari smap Kajang mengendalikan slot teori dan praktikal diserahkan pada saya. Disinilah budaya belajar,Mengajar dan diajar dapat diorentasikan. Kerana bagi saye, saye juga mempelajari dari adik2 ini. Sebelum Bengkel ini berakhir, lalu seorang kaunselor sekolah terbabit memaklumkan saya supaya mencari mahasiswa2 yg sanggup untuk meluangkan masa bersama adik2 tingkatan 5 bagi Kem Pembinaan Sahsiah mereka. ringkas saya maklumkan pada cikgu tersebut.. "saya cuba" (walaupun jauh di sudut hati saya mengukir kata.. "ada ke yg nak??" huhu.. InsyaALLAH, akan dikuatkan bibir ini utk memaklum & m'ajak.

Akhir kata, Agik idup Agik Ngelaban. semoga artikel di atas menjadi renungan sahabat2 dan diri jua.Teringat pesan Sheikh Fuad Al-Maliki " kita mengaku kita daie, tapi kita gagal utk mendekati ILAHI. Kita mengaku kita khalifah, tapi kita gagal utk hayati sunnah"

wallahualam

‘INNASOLATI WANUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI LILLAHITAALA’