21 Oktober 2010

Aisha Asrar : Ayatul Husna

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com

'Atiqah Syairah : Belajar dari Kura-kura

                           
Baru-baru ini saya tertanya-tanya apakah persamaan antara kura-kura dan batu. lalu atas faktor perasaan ingin tahu, saya pun menonton kartun Teenage Mutant Ninja Turtle. Selepas habis, saya masih tak dapat bayangkan apa yg menyebabkan kedua-dua objek ini boleh disamakan. Lalu saya terfikir, iye! kedua-duanya memiliki sifat yang sama. Sangat protektif. Batu itu sangat teguh dalam memelihara dirinya dan tidak mudah pecah apatah lagi rosak. Ianya juga tidak berkarat dan boleh dipijak-pijak sesuka hati oleh makhluk lain. Sama juga dengan kura-kura. Beliau ada cengkerang yang berfungsi untuk melindungi kulitnya yang lembut dan kerang itu sangat besar sehingga beliau boleh masuk secara keseluruhan di dalamnya.

Tapi! yang membezakan antara batu dan kura-kura adalah== Batu itu objek yang tidak bernyawa, manakala Kura-kura itu bernyawa. Hm.. Dua sifat yang sama tetapi ditakdirkan memiliki fungsi yang berbeza. Saya tidak tahu apa kalian rasa, tapi, suka untuk disinonimkan dengan kondisi hati. Ape bezanya hati yang hidup dengan hati yang mati?

Semua orang mahu memiliki jiwa yang besar dan hati yang kuat. Terkadang ramai juga yang tersalah memilih sama ada menjadikan hati kuat dengan berevolusi jadi batu, atau kura-kura? Hasilnya sama, kita sangat tabah dalam menjalani kehidupan harian. Tidak kira disakiti oleh cuaca, keadaan, mahupun manusia, kita tetap kuat. Bezanya, hati itu hidup ataupun mati?


"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin BasyƮr).
Jadinya, pentingkah sama ada ianya menjadi batu atau kura-kura? Bukankah jadi batu itu lebih selamat?? sekurang-kurangnya ia tak pernah luka. Dan bila dipecahkan berketul-ketul sekalipun, ia tak kan mati! huhu... owh.. Hidup ini sangat komplikated. Rupa-rupanya kita perlu memilih. Rupa- rupanya dengan menjadikan hati kita kuat tidak semestinya dengan jalan mematikan hati kita. Mungkin kita boleh berusaha menjadi seperti kura-kura.

Ya, mungkin kura-kura ini dikategorikan sangat lambat, kakinya kontot, kerangnya besar. Tapi ia stabil. Ia juga sangat protektif, dan yang paling penting, kura-kura itu HIDUP. kura-kura ini bergerak, mengawan dan bertebaran ke seluruh alam dengan penuh rasa rendah diri. Dia melindungi dirinya dengan bersungguh-sungguh, dan tatkala ia terluka sekalipun, ia masih teguh berjalan.

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya."
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi ninja turtle! mwahaha..(tak larat wat ayat skema). Ninja turtle ni pun ada kerang dan boleh melawan. hait2! kita semua kena ada hati yang kuat, lagi-lagi nak musim final ni. Masa-masa macam ni lagi banyak ujian. Jadi, nak pastikan ilmu tu senang meresap, kena jaga hati. Ilmu tu kan cahaya, jadi cahaya susah nak masuk kalau hati gelap. huhu..




kita ada satu je hati,jika gembira hati itulah,jika bertakwa hati itulah,jika beriman hati yang satu itulah, jika bercinta hati itulah, jika terluka sekalipun hati itu jualah. Terlalu SATU untuk banyak perkara. Maka jagalah hatimu dan hati orang-orang yang menyayangimu ^_^


 diceduk dari  ~~UnIVeRSaL SiGht~~