29 Mei 2012

Falsafah Telur

artikel ini diubah suai daripada karya dakwatuna.com

Situasi A
Sebiji telur ayam yang pecah kerana faktor luaran, seperti terhempap dan terjatuh pasti tidak akan menyebabkan lahirnya seekor anak ayam

Situasi B
Manakala sebiji telur yang pecah kerana faktor dalam iaitu kerana seekor anak ayam telah siap untuk ditetaskan pastinya menghasilkan anak ayam.

Situasi A ibarat seseorang yang mengalami keterpaksaan dalam melakukan pekerjaan. Pasti hasil kerjanya tidak berkualiti, kerana ia melakukannya secara sambil lewa sahaja

Situasi B pula, ibarat seseorang yang berilmu melakukan pekerjaan. Dia memahami faedah yang akan dinikmati bila melakukan pekerjaan itu. Dia juga berkemahiran dalam bidang yang dia kerjakan. Pasti hasil kerjanya berkualiti dan berfaedah pada orang lain


Kebaikan mungkin boleh lahir dari keterpaksaan, meskipun sebaiknya kebaikan itu hadir bersama kesedaran. Dari sebutir telur kita boleh mengambil falsafah untuk menterjemahkan kalimat di atas.
Di dalam telur tersimpan benih kehidupan, maka ia dilindungi cangkang yang keras. Jika sedikit saja kulit kerasnya retak atau pecah yang disebabkan faktor dari luar, akan membuat telur gagal menetas. Tidak ada kehidupan yang muncul. 
Sebaliknya jika cangkang itu pecah karena faktor dari dalam, karena memang waktunya menetas, akan melahirkan satu makhluk hidup baru yang siap berkembang.
Sahabat, begitu juga hal ini dengan diri kita. Jika nilai-nilai kebaikan universal seperti kejujuran, disiplin, kerja keras, cinta kebersihan dan lainnya kita lakukan karena keterpaksaan atau rasa takut dari pihak luar. Dari guru atau orang tua, misalnya. Maka kebaikan-kebaikan itu akan terasa berat untuk dilakukan, dan mudah terhenti bila tidak ada lagi kontrol dari orang lain. Tidak memberi kesan dalam diri.
Berbeza jika kebaikan itu lahir dari kesedaran diri. Mengingat manfaat-manfaat yang dapat kita peroleh. Besar kemungkinan, kebiasaan baik itu akan tetap terjaga secara konsisten. Akan melahirkan ‘kehidupan baru’ yang semakin mendekatkan diri kita kepada kesuksesan.
“Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Asy Syuura [42]: 23)
Memunculkan kesedaran dari dalam diri untuk melakukan kebaikan memang tidak mudah. Ia memerlukan ilmu, keyakinan dan ikhtiar secara terus-menerus. 
Ilmu yang membuat seorang tahu kemanfaatan dari amal yang dilakukan. 
Keyakinan akan membentuk jiwa yang percaya kepada diri sendiri. Tidak mudah tergerus oleh pergaulan yang mengajak kepada kerusakan.
Sedang ikhtiar yang konsisten akan mengubah kebiasaan menjadi akhlak. Sebab memang ada kalanya pembentukan akhlak harus dipaksa.
Duhai sahabat, hari ini kita telah belajar falsafah dari sebutir telur. Semoga membukakan hati kita untuk lebih bersemangat dalam melakukan kebaikan yang lahir dari kesadaran diri. Allah telah berjanji, setiap kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan.
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).” (Ar Rahmaan [55]: 60)


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/05/20718/falsafah-telur/#ixzz1wEMiNDRp

19 Mei 2012

10 KECEMERLANGAN HAMBA ALLAH

  1. Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat
  2. Memelihara penglihatan.
  3. Memelihara Lidah
  4. Bersifat Pemalu.
  5. Bersifat Lembut dan Sabar
  6. Bersifat Benar dan Jujur.
  7. Bersifat rendah diri
  8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
  9. Bersifat pemurah.
  10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)



Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : 

“Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” 
(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat

"Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Memelihara penglihatan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.”
 
(Hadis Riwayat At Tabrani)


Memelihara Lidah

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya”
(Hadis Riwayat Tarmizi)




Bersifat Pemalu.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. 
(Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Image Detail

Bersifat Lembut dan Sabar

Firman-Nya lagi yang bermaksud : 
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(Surah an-Nur ayat 22)

Image Detail

Bersifat Benar dan Jujur.

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaihi)


Bersifat rendah diri

Baginda bersabda maksudnya :

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Image Detail

Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud

Image Detail

Bersifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya  “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”.
(Surah al-Baqarah ayat 272)

Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: 
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " 

( Surah al-Ahzab Ayat 21

18 Mei 2012

TAUTAN UKHWAH BERSAMA ADIK-ADIK KKR


   Dalam mengharungi minggu-minggu akhir semester ini dengan timbunan pelbagai jenis assignment di kampus, Alhamdulillah Allah memberikan sedikit ruang dan peluang kepada kami untuk menziarahi adik-adik di kompleks kebajikan rukaiyah pada 13 Mei 2012 yang lalu. Berkat usaha saudara Illiyas B. Abdul Aziz , Exco Latihan dan Pembangunan telah menjadikan ziarah ini suatu kenyataan.


   Kunjungan kami pada kali ini adalah untuk mengeratkan kembali ukhwah antara kami dengan adik-adik di sana.
menurut salah seorang sahabat KBMUPM,
saat ini ada dalam kalangan adik-adik comel ini menitis air mata kesedaran
kenangan dicoret, andai perpisahan tiada pertemuan di dunia...
pasti ketemu di syurgawi

sesi muhasabah
sekelumit cetusan kesedaran, pencetus keredhaan Illahi

mengukir senyuman di wajah adik-adik yang murni lagi suci


sekilas pandangan,seribu harapan, moga ukhwah ini diredhai Illahi

   Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan dengan harapan dapat membuka hati adik-adik untuk menerima kami sebagai abang dan kakak yang bersedia untuk mendengar keluh kesah permasalahan yang dihadapi. Mudah-mudahan adik-adik yang kami sayangi tidak akan segan silu dengan kami selepas ini.

   Terdapat sebahagian daripada adik-adik ini yang kurang selesa sepanjang berada di kompleks ini. Namun begitu, apa yang kami harapkan dari pertemuan kami pada kali ini juga agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama adik-adik di sini. Mudah-mudahan dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan rasa seronok dan selesa di dalam diri adik-adik ini untuk tinggal di kompleks ini sebagai satu keluarga yang besar.

moga benih ukhwah ditanam membuahkan redha Illahi


   Secara jujurnya keadaan adik-adik di sini amat memerlukan perhatian dan bimbingan daripada abang dan kakak KBM semua. Terutamanya dari sudut tarbiah dalam diri adik-adik ini. Mungkin dari sudut akademiknya sudah ada pihak yang datang membantu, namun dari sudut tarbiahnya masih wujud kelompangan yang mungkin dapat ditampung oleh abang dan kakak KBM.

   Walaupun pertemuan kami pada hari ini agak singkat, namun begitu kami berharap agar pertemuan kami pada kali bukanlah pertemuan yang terakhir untuk tahun ini. Mudah-mudahan akan wujud lagi kesinambungan pertemuan bagi mengukuhkan lagi ukhwah yang mula terjalin ini.


Disediakan oleh:

Antara Berkuasa Dan Berjasa




Assalammualaikum.




Buah tangan pertama dari saya, memang berat jari jemari untuk menulis bukan tidak mahu tetapi mungkin kerana ilmu yang masih terlalu cetek untuk untuk dikongsikan, tapi tidak mengapa perjalanan masih panjang, 
semoga ini permulaannya ^^ usaha untuk memanjangkan dakwah Rasullullah s.a.w  walau dengan sepotong ayat cuma. 
Oleh itu, jangan risau tiada yang berat dalam nukilan ini, cuma untuk ingat-mengingatkan sesame kita ^^.

‘Jangan Tunggu Kuasa Untuk Berjasa’

Ini yang ingin saya bicarakan ^^ 
mengapa kita perlu tunggu kuasa untuk kita berjasa atau dalam erti lainnya untuk kita berbakti kepada manusia lain??

Sebelum kita ke sudut yang agak rumit, kita pergi ke sudut yg sesimple mungkin untuk kita faham erti kata ‘berjasa’ itu sendiri ^^

Sebagai contoh, mengajak rakan untuk melakukan kebaikan atau berkongsi ilmu.. adakah perlu untuk kita menjadi ustaz atau ustazah terlebih dahulu??

Untuk menegur anak-anak muda berpeleseran di jalanan adakah kita perlu kita menjadi polis berpangkat koperal terlebih dahulu??

Atau untuk menegur pemimpin yg khilaf adakah perlu untuk kita menjadi setiausaha sulitnya terlebih dahulu?? 

Isunya bukan kita perlukan kuasa semata-mata tapi niat yg murni untuk menjadi saluran Allah bagi menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang dan keadilan-NYA kepada manusia. 
Jadi dimudahkan bahasanya ‘Hanya orang yang hatinya benar-benar yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain’

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,

Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya."


Susah ka untuk paham??^^ xpa sikit lagi.

Sebagai contoh, kita adalah sebuah persatuan atau pertubuhan yang secara dasarnya adalah untuk menabur bakti kepada masyarakat, 
menolong yang miskin, 
menasihati yang mereka yg jauh tersasar .

Tetapi ingat! 
Di mana Allah dalam pertubuhan atau hati kita sendiri?? 
Jika tiada Allah dalam hati kita maka berhati-hatilah kemungkinan besar kita hanya berpura-pura atau hanya MENGEJAR KUASA.

Adakah salah memiliki kuasa??^^ 
Sudah tentu TIDAK...
ia medium yang sangat bagus untuk kamu sampaikan kebaikan..
tetapi jangan sesekali mendabik dada apabila kamu berkuasa,
 kerana ingat dengan kuasa yang kamu ada, ia akan menarik ramai orang  untuk menjatuhkan kamu semata-mata untuk memilik kuasa yang kamu ada, 
dan secara tidak lansungnya kamu akan lupa untuk siapa kamu perlu berjasa, pada manusia dan agama Allah atau hanya berjasa untuk mempertahankan ‘KUASA’. 

Dan jika kamu berkuasa jangan sesekali kamu  memandang enteng pada mereka yg tidak berkuasa tetapi berniat murni untuk menjadi saluran Allah.
Singkap semula sejarah para rasul,nabi,sahabat-sahabat dan ‘salafussoleh’ yang telah banyak menabur bakti kepada manusia. Bukan kuasa yang dikejar mereka tetapi kerana mereka yakin dan percaya akan janji-janji Allah iaitu balasan yang baik di akhirat kelak ^^
 ‘Mereka adalah insan  yang telah berjasa kepada manusia lalu Allah kurniakan mereka kuasa.’ Jadi  Kuasa bukanlah syarat semata-mata untuk menabur jasa.

 Sultan Muhammad Al-Fateh, Tokoh Sejarah Islam yg perlu dicontohi pimpinannya
'Dia sebaik-baik Sultan, dan tenteranya sebaik-baik tentera'



Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."(Riwayat Muslim)



                                                                                                                                               
 Nukilan ini adalah hasil dari bacaan dan pahaman saya dari sebuah artikel majalah GEN-Q  yang ditulis oleh Ustaz Pahrol mohammad Juoi.




Bendahari  KBMUPM
Fatin  Zahidah Abdul Aziz


                                                                                                                      

17 Mei 2012

Mei Istimewa?


   Bulan Mei adalah bulan kelima daripada dalam kalender Gregorian. Saya semua yang terbaca kata-kata saya sudah mengetahui hal ini. 

   Di bulan Mei ini, terdapat beberapa hari yang signifikant untuk disambut oleh kebanyakan daripada kalangan kita.

anda sambut?


Hari IBU
   Hari ibu di Malaysia di sambut pada hari ahad kedua pada bulan Mei, iaitu ia jatuh pada 13 Mei lepas. Walaupun kebanyakan negara di dunia menyambut hari ibu pada tarikh ini. Hakikatnya tidak semua negara di dunia menyambut hari ibu pada tarikh ini.
   
 Kenapa 13 Mei ?

   Menurut sumber wikipedia, sambutan pada ini adalah sempana menyambut kelahiran "Virgin Mary" atau dalam konteks dunia islam Mariam ibu Isa a.s. . Sememangnya Mariam merupakan adalah dianggap mulia dalam kalangan masyarakat Kristian.

13 Mei?

   Nampaknya sambutan hari ibu tahun ini, telah membuat rakyat Malaysia lupa dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Selalu saja, membangkitkan rasa semangat perkauman. Ia juga titik refleksi kepada rakyat Malaysia, tentang peri penting menjaga keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.

   Pada sudut pandang saya, saya melihat 13 Mei harus dilihat oleh umat islam di Malaysia menyampaikan imej islam yang positif kepada penganut agama lain. Sayanglah kekuatan umat islam di Malaysia hanya dilihat pada kekuatan politik yang di pegang oleh institusi diraja dan kerajaan memerintah sahaja.

   Hakikatnya ketika Rasulullah s.a.w. bersama sahabat-sahabat r.a. kekuatan islam hadir dalam keadaan yang syumul. Umat islam tampil dalam masyarakat sebagai model insan terbaik dalam masyarakat yang terdiri dalam pelbagai puak dan agama. 

   Islam menjadi titik penyatuan masyarakat yang asalnya berpecah belah dan porak peranda. Para pemuda Islam menjadi sosok harapan dalam masyarakat ketika itu. Mereka hadir sebagai kekuatan umat ketika itu.

   Sosok  ini dikagumi kawan dan digeruni lawan. Ramai intelektual dan pahlawan mula diangkat pada usia sangat-sangat muda. Mereka menjadi sumber rujukan pada yang lain. Mereka menjadi pembela agama dan negara.

  Contoh yang paling mudah kita lihat adalah  sosok Usamah bin Zaid ketika usia 20tahun yang mengetuai peperangan  menentang  tentera rom timur, yang mana di bawah kepimpinan terdapat sahabat-sahabat yang lebih tua, seperti Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua. 

   Legasi ini diteruskan dari zaman berzaman hinggalah ke zaman empayar Otmaniah di Turki. Selepas kejatuhan khilafah islam itu,sosok pemuda islam secara keseluruhannya semakin lesu dan sering kali dilecehkan.

   Kehadiran sosok tokoh kebangkitan islam bagaikan tidak mampu membina kembali kegemilangan islam yang dahulu megah. Namunsosok hebat pemimpin islam tak mampu kita dinafikan. Namun sangat kritikal sekarang ini di Malaysia, majoriti anak muda islam lemah dari segi intektual dan kerohanian dalam menjayakan islamisasi di Malaysia.

Adakah sambutan seperti hari Ibu menyumbang kepada faktor ini?

 Jawapan ada diri kalian sebenarnya. sebenarnya bukanlah hak saya menilai diri kalian yang membaca atau sesiapapun. Apa yang tulis ini, tidak lebih dari pencetus kesedaran diri saya dan sahabat-sahabat yang terbaca penulisan saya ini.

Nakbah?

Peristiwa yang diluar bayangan anak muda di Malaysia
gambar ini cukup mencerita kan bagaimana israel melayan rakyat palestine seperti binatang.
Rampasan yang tidak boleh di maafkan







FORLOT "Palestine May 1948: Yom Ha'atzmaut vs. NAKBA"
memastikan diri sentiasa menghadiri program Ilmu sebegini ,
meletakkan diri bersama hati dan jiwa bersama rakyat palestin





Tidak lebih dari sebuah titik peringatan dari Unit Media Editorial KBMUPM
Mohd Faris bin Ab Rashid

14 Mei 2012

SELAMATKANLAH IBU BUKAN…….


Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita hampir memasuki separuh tahun 2012. Entah kita masih ingat ataupun tidak kenangan lepas yang telah kita lalui. Dari kecil hingga menjengah dewasa kini. Dari menangis hingga boleh ketawa. Dari bercakap hingga boleh berdebat. Dari menggenggam hingga boleh mencapai. Itulah lipatan sejarah kita. Semua orang dapat merasainya. Semua itu satu rahmat yang tidak terhingga untuk kita syukuri.

            Dalam tidak sedar, saya pun rasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit perkongsian dengan sahabat semua, bukan untuk berpujangga tetapi untuk berkongsi rasa. Kebiasaan qiyadah Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) bersatu hati untuk duduk bertakafur bersama dengan mengadakan “usrah Qiyadah” setiap minggu. Melalui bedah hadis 40 imam Nawawi , kami para ‘abid telah membuat  kupasan tentang tajuk  “kejadian manusia”.

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. ………….”  ( bersambung..)

            Hadis panjang lebar ini banyak menceritakan kepada kita tentang kejadian manusia, ketentuan manusia melalui kepercayaan kepada qada’ dan qadar, perbahasan tentang amalan menuju ke syurga ataupun neraka. Untuk lebih mendapat kefahaman bolehlah kita duduk bersama untuk menghayati hadis ini. 

               Di sini saya tidak menyentuh penuh tentang perbahasan hadis ini, kerana kecetekan ilmu agama saya, hendak bertatih pun tiada mungkin, inikan pula untuk berlari. Jadi saya hanya sekadar berkongsi rasa untuk saya luah apa yang bergerak di minda.

            Bagi umat Islam, kejadian yang pertama manusia bermula daripada bapa kita, Nabi Adam A.S yang mana sangat bertentangan dengan teori barat ciptaan Charles Darwin yang menyatakan manusia bermula dari seekor beruk. 

               Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam A.S daripada turab ataupun tanah. Rentetan daripada itulah ibu kita yang pertama iaitu Siti Hawa tercipta untuk Nabi Adam AS untuk mengisi kasih sayang antara individu yang melahirkan sebuah  keluarga hinggalah tercipta pula kemajmukan masyarakat.

              Jasa ibu pertama inilah yang banyak menurunkan sifat keibuan kepada ibu kita. Sambil kita renungkan raup ceria wajah ibu kita. Hati kita mungkin membawa arus ketenangan. Jiwa pula membawa roh kerinduan, Maka setiap tahun riuh rendahlah pasal Hari Ibu. Dan tahun ini jatuh kepada 13Mei. Dengan Hari Ibu ini mungkin untuk kita zahirkan kasih sayang kita kepada ibu kita, tetapi adakah ia bertepatan dengan agama kita. Di sini saya cuba kongsikan  2 hujah tokoh besar ulamak kita.


Ustaz Azhar mengatakan haram sambut Hari Ibu kerana sejarah Hari Ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Church iaitu ketua segala gereja berdasarkan hadis:

Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.

Para sahabat nabi bertanya:

Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?

Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

Manakala  Syeikh Faisal Mawlawi berpendapat:

Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i.  Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada Hari Ibu.



 Melalui hujah 2 orang tokoh kita ini, jadi kita ambillah yang mana terbaik untuk diri kita, segala-galanya di tangan kita. Tetapi bagi saya kita jangan lupa. Perumpamaan paling dekat,  walaupun anjing tidak diharamkan  untuk disentuh, tetapi takut-takutlah nanti anjing itu akan menggigit kita. 

               Lebih baik kita merenung pengorbanan ibu daripada memikirkan Hari Ibu, kerana sesungguhnya hari ibu biarlah sentiasa terpahat dalam jiwa kita. Jadikan ia lebih manis daripada itu. Pengorbanan ibu sangat besar untuk kita balas. Tidak cukup untuk Hari Ibu semata-mata. 

               Biarlah kita sentiasa dalam kalangan yang taat kepada ibu jika tuntutannya menuju kebenaran. Janganlah kita angkuh seperti Wail, Qomah dan Tanggang. Saya bawa sejarah Islam untuk tatapan kita sebagai anak.. jasa ibu tiada balas tiada tandingannya.

Wail yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia sering mengutuk dan mencaci ibunya kerana terlalu cinta kepada isterinya. Segala apa yang diceritakan oleh isterinya, Wail akan mempercayai secara bulat-bulat tanpa ada soal selidik ibaratkan tempayan menganga mulut  untuk menerima air hujan. Ini menyebabkan kasih sayangnya semakin jauh terhadap ibunya. 

   Kehidupannya ibaratkan “ kasih sayang ibu semakin tersekat, kasih sayang isteri semakin terpahat” akibat dibius prasangka oleh isteri sendiri. Semakin hari semakin parah hinggakan telah menjadi barah. 

   Masa berlalu dengan keadaan sebegitu, badan pula terus dimakan bubuk senja. Wail jatuh sakit, tenat menunggu ‘malaikat maut’. Kesakitan bukan kepalang, sungguh mengerikan. Ibaratkan kubur memanggilnya, bumi pula tidak mahu melepaskannya. Semakin menderitalah dirinya.

            Ketika Wail bin Khattab sedang berjuang menghadapi maut di atas ‘tilamnya’, dia menggelepar mengeluarkan keringat dingin yang membasahi tubuhnya. Tidak tertanggung dia merasai, tidak termampu juga orang sekeliling membantunya.

            Tatkala itu kubur pula semakin berkecamuk memanggilnya, semakin terasa bahang penderitaan yang perlu dia tanggung. Matanya meliar kesakitan hingga terkadang mengeluarkan air mata parah. Mulutnya membuka lebar, bibirnya bergerak seperti mulut ikan. Kerongkongnya pula tersumbat sehingga jeritannya tidak kedengaran. Kekadang suara meraung seperti bunyi kerbau dan angsa. Tangan dan kakinya merenggang tegang menghadapi sakaratul maut.

            Para sahabat pula bertungkus-lumus membantu Wail yang sedang nazak, bergilir-gilir mereka mengajar kalimah syahadat kepada Wail. Berkerumun para sahabat di sisi Wail, setia menunggu sahabat.

Namun usaha itu ternyata sia-sia. Wail tidak dapat melafazkan kalimah syahadah walaupun jenuh para sahabat mengajarnya...


 Si wail cuba untuk menyebutnya, tetapi  hanya kedengaran suara ah…. Ih…. Aduh… sahaja yang meniti di bibir Wail yang menggeletar. Usahanya sia-sia. Bagaikan orang sedang lemas. Wajahnya semakin pucat. Matanya terpejam,. Mulutnya terkacip dan kadang-kadang seakan-akan berteriak. Situasi ini telah merisaukan para sahabat yang menemaninya.

            Perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW dan Baginda SAW memerintahkan sayidina Ali bin Abi Talib supaya mengajar Si wail kalimah syahadat tetapi tetap menemui jalan yang buntu. Dengan itu, Sayidina Ali telah melaporkan perkara ini kepada Rasulullah. 

               Maka Rasulullah SAW bertanya “ Adakah Wail mempunyai orang tua? 

               Jawab sahabat para sahabat: “Tinggal ibunya ya Rasulallah!" 

               Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “ Suruh datang ke mari ibunya Wail itu!”

         Setelah ibu Wail menemui Rasulullah SAW, Baginda SAW bertanya kepada ibu Wail. “ Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia mempunyai perbuatan atau melakukan dosa-dosa besar yang ibu lihat?”

            “ Dia derhaka kepada saya, wahai Rasulallah! Dia sering mencaci saya kerana isterinya. Dia sangat cintakan kepada isterinya bila dibandingkan cinta kepada saya, dia selalu mempercayai kata-kata isterinya daripada mempercayai kata-kata saya ya Rasulallah.

“ Tidak! Tidak! Ya Rasulallah, air  mataku belum kering kerana dia.”

“ Namun Wail adalah anak ibu, kasihanilah dia.”

“ Tidak, ya Rasulallah! Dia sering menyakiti hati saya.” Jawab ibu Wail dengan hati yang keras dan tiada tanda untuk mengalah.

Rasulullah SAW termenung memikirkan jalan yang terbaik. Kemudiannya Rasulullah SAW memerintahkan kepada sahabat supaya mengumpulkan kayu untuk dinyalakan, dan membakar Wail hidup-hidup.

Dengan terbatuk dan tersekat-sekat orang tua itu menjerit: “ wahai rasulallah! Jangan dibakar anakku…. Jangan dibakar anakku.. sekarang telah kuampuni dia, dan kesalahan dia telah ku maafkan.”


Setelah itu’ wajah Wail beransur-ansur berubah menjadi ceria. Akhirnya dia dapat mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dengan diiringi keredaan ibunya.


Rentetan kisah kita rasai bahawa keberkatan daripada ibu sentiasa kita dambakan untuk menuju syurga. Itu zaman Rasulullah, sekarang zaman alaf baru yang kita banggakan, Tetapi kita terlupa, anak derhaka yang bernasib baik seperti Wail dan Qomah sudah kesukaran untuk kita temui. Yang ada anak seperti Tanggang merata-rata meninggal dunia tanpa keampunan ibunya.  Jadi berfikirlah dengan hati kita, dimanakah kita? Bahagia ataupun sengsara?


Hadis daripada Mu’awiyah bin Haidah Al- Qusyairi bahawa rasulullah bersabda:


“ aku bertanya kepada rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik? 


Rasulullah SAW menjawab: Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW: : Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW: : Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? 
Rasulullah SAW menjawab bapamu kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.

Maka jelaslah kepada kita, Lahirnya ibu kerana kita, hidupnya kita kerana ibu, bahagianya kita kerana ibu, sempurnanya ibu kerana kita, semuanya berkongsi rasa, jadi janganlah kita derhaka kepada ibu. Kenanglah saat manis bersamanya dan hayatilah kebersamaan, usahlah kita berusaha menyelamatkan Hari ibu, tetapi yang penting “ Selamatkanlah ibu” dari terjatuh air matanya ke bumi

Sesungguhnya Hari Ibu sentiasa ada bersama dengan  kita. Kita harapkan kasih sayang sentiasa bersemi tiada lagi tragis yang menguasai hingga menyebabkan tragedi 13 Mei yang banyak meragut nyawa ibu, anak-anak kerana pemikiran sempit.

Pasaklah rukun Islam, teguhkan Rukun Iman, tinggikan rukun Negara.  Biarlah hati kita sentiasa bertaut dengan  roh kerinduan menuju jannah kerana ianya terletak di bawah telapak kaki ibu.


Mohd zulkifli alfikry
Presiden KBMUPM

07 Mei 2012

SEDAMAI BUMI PANDIWAN, SECEKAL PENGHUNINYA MENCARI ILMU TUHAN

http://ctsaba.blogspot.com/
Assalamualaikum.w.b.t.
 ( Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih syg Allah)

Keningau .---> Nabawan   

 ALHAMDULILLAH, pujian yang melimpah ruah pd penciptaku, akhirnya Allah memberi peluang aku menjejak kedamaian bumi bawah bayu. 

27 april 2012 :  Kami bermusafir menuju ke Kg. Pandiwan Nabawan, Sabah bersama 8 sahabat dari Universiti Malaysia Sabah dan SISMA Sabah memenuhi amanah untuk KEM IQRA siri 3. Perjalanan yang memakan masa selama 4jam dari Kota Kinabalu, aku langsung tak mampu memejamkan mata dek kerna ditemani pemandangan yang sungguh indah sepanjang pengembaraan terutamanya ketika berada di kemuncak Banjaran Crocker. Ketibaan kami di surau kg. Pandiwan disambut bintang yang bertebaran merata-rata jauh nun di langit yang gelap , jua wajah ibu-ibu , bapak-bapak dan adik-adik yang sangat ramah mesra. Indahnya tautan ukhwah kerna Islam.

Pemandangan di pertengahan Banjaran Crocker




Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama adik-adik serta kaum ibu  yang memfokuskan pada perkara-perkara asas seperti bacaan dan  pergerakan solat, serta bacaan iqra. Ya, ilmu-ilmu sebegini asas dan mudah kita dapati di sini, namun tidak di tempat mereka. Mereka bukannya baru memeluk islam (hanya segelintir mualaf..alhamdulillah, moga bertambah ramai lagi), tapi tiada sumber yang boleh ajari mereka tentang islam. Alhamdulillah kehadiran Ustaz Hafiz dan Ustazah Wahidah yang menginfaqkan kehidupan mereka di sana menjadi sumber cahaya yang tak ternilai buat mereka. 

Amali solat jemaah di tengah padang


Terimbau kisah Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khatab. Jika tidak kita sendiri turun ke lapangan manakan kita dapat tahu ,masih ramai di luar sana yang sangat membututi saudara-saudara seagama yang mengajari mereka tentang Islam. Bukan mereka tidak mahu mencari, namun mereka tidak mampu, tidak salah kiranya kita yang mempunyai sedikit kmampuan untuk turun berkongsi bersama mereka.

Surau Kg. pandiwa ; dewan utama Kem IQRA


Hidup perlu sentisa bersedia untuk memberi dan mempelajari, sangat banyak muhasabah diri yg kubawa dari sini. Satu coretan komen dari peserta yang sangat mencuit hatiku, “ kehadiran abang2 dan kakak2 di sini membawa 1001 cahaya ilmu yang sangat kami perlu pelajari”. Allahuakhbar, itu mereka, sentiasa mencari ilmu agama, kita ??..mungkin sudah lupa bila ‘last update’ ilmu asas fardhu ain yang dipelajari 10 tahun lepas.

Ketika sesi bacaan iqra, majoriti mereka masih mempelajari iqra 3, 4 dan 5. Belum mampu membaca ayat quran dgn lancar, tapi sudah menghafal bacaan2 dlm solat. Aku kagum. Kegigihan mereka minta untuk diterjemah dalam tulisan rumi untuk mudah hafal bacaan solatnya.  

Menanti tasmiq bacaan solat
                       

Satu persoalan yang aku sengaja bangkitkan kepada salah seorng peserta. ‘ Kita tak nampak Allah, tapi macam mana kita nak yakin Allah itu wujud ?’.tanpa mengharapkan jwpn yang berat2, namun jawpn si kecil ni sangat tulus, menggambarkn ,jiwanya…`Jika Allah tiada ,maka tak adalah kita’. `Simple!’ tapi ikhlas dari sekeping hati suci itu.

Belumku kongsikan lagi, kisah salah seorang peserta mualaf yang berusia 18 tahun, hidup dalam keluarga yang besar ; ibu bapa serta 9 lagi adik beradik yang lain belum memeluk Islam. Subhanallah!! Hebatnya jiwa srikandi ini, belum tentu kita mampu menggantikan tempatnya, menjadi sekuat itu.





Sungguh aku hanya berkongsi ilmu sedikit dengan mereka namun aku mengangkut seguni ilmu, kecekalan, ketabahan dan kegigihan semangat mereka dari sana. Moga Allah sentiasa melindungi serta memanyungi mereka dalam dakapan rahmatnya. Kembara 5 hari di Sabah yang sangat bermakna, kembara mencari diri lebih dekat dgn Sang Pencipta. Moga aku  brpeluang mnjejakkan kaki di sini lagi.
 ASIGA AURA AGAMA ISLAM!!! ( versi Murut).


*~( coretan ringkas : ctsaba 050512 10.42am )~*
 pengalaman bukan utk dsimpang tp dikongsi kan? ;
moga mampu dijadikan iktibaran mana yg   bermanfaat.
 Sejuta penghargaan buat shbtku yg Allah kirimkn utk mmberikan ak pluang sgt brharga ini.
Wallahua`lam….


Penulis adalah mantan Bendahari KBMUPM 2010/12