14 Julai 2009

Dibunuh Kerana Bertudung!!

Saya seorang lelaki.

Tetapi, hari ini saya menangis lagi.

Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.

Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk "What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,

The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed.
[…]
This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!
May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate.

Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam.
[...]

Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.

*****

Ahmed esmat mempersoalkan di Twitter sebagaimana Hisham Maged di dalam blognya, sambil bermain permainan "andai katalah",
Let us play the What IF game, just imagine if the situation was reversed and the victim was a westerner who was stabbed anywhere in the world or -God Heaven- in any Middle Eastern country by Muslim extremists, or even what the media used to call `minorities' in Egypt! You definitely would have heard the world's buzzing and the internet goes down too!

Mari kita bermain "andai katalah". Bayangkan, andai katalah situasi ini diterbalikkan dan mangsa adalah seorang Barat yang ditikam di mana-mana atau di negera Timur Tengah oleh seorang Muslim, atau apa media sebutkan sebagai "minoriti" di Mesir! Pasti awak akan mendengar dunia bising dan internet juga begitu!

Bikya Masr, seorang yang blogger, mempersoalkan jika Marwa boleh dijadikan simbol atau ikon untuk menyatukan manusia. Dia menuntut tindakan diplomatik segera di semua peringkat;
Across the Middle East, anger is high. This anger, however, cannot fall into random diatribes against Germans, or Germany. It must maintain some semblance of coherence for any campaign that should be established to succeed. And it will if Sherbini truly is a symbol that can bring people together much like Neda in Iran did.
[…]
Do people believe Sherbini is a symbol? […] Egyptians should be outraged that a woman was verbally abused for wearing the veil and being Egyptian in the first place. The government should be sending a strong signal to Europe that this behavior is unacceptable, but they remain silent. That leaves it to the Egyptian population to take action.
[…]
Let us walk the streets in front of the German Embassy and demand a full investigation and report. Because if Germany cannot do this, then it once more proves that European hate for Muslims and Arabs is stronger than their so-called "freedom." Yes, Marwa is a symbol, but she should be a symbol to bring people together, not divide them.


Seorang lagi blogger, Sadafat menulis;

Jika seorang Yahudi terguris, di Jerman, walaupun dek sebutir perkataan atau jenaka, perdana menteri akan melakukan segalanya, dan memanggil Fox News dan Sky News untuk membela Semitisme dan mungkin mengisytiharkan perang terhadap antisemitisme. Tetapi, tidak ada seorang pun akan melaungkan untuk seorang wanita Mesir yang terbunuh di sana. Kerajaan Jerman sepatutnya tahu ini akan memberi kesan kepada Muslims dan sepatutnya meletakkannya di perlembagaan untuk majoriti agama kedua di negaranya, iaitu Muslim, atas haknya atas perlindungan dari kebencian terhadap Islam.

Ramai blogger Mesir melahirkan kedukacitaan mereka di Twitter.
Blogger Lasto Adri menyatakan,

Selepas Barat menyatakan pembunuh Marwa tidak mewakili Jerman, dan insiden itu adalah aksi individu, saya tidak mengharap lebih dari Barat untuk memadamkan pandangan yang Muslims adalah terrorist, dan untuk mempercayai Bin Laden dan rakan taulannya - sebagai contoh tidak mewakili Arab mahupun Muslims dalam apa-apa perkara, dalam semua perkara yang mereka lakukan sebagai aksi individu!

Ada peribahasa menyatakan; Jangan menyalahkan saya apa yang kamu lakukan juga! Kita berdua punya "ekstrimisme" yang sama!

08 Julai 2009

Kejutan Budaya



Saya mengambil keputusan untuk menyertai minggu orientasi pelajar baru sebagai urusetia. Sedikit aneh sebenarnya kerana hakikinya saya jarang-jarang sekali berminat untuk menyertai program anjuran universiti. Bila dikenangkan kembali mengapa, saya sedar kini sebabnya setelah saya melalui sendiri dua minggu ini.


Pertama, saya tak mungkin berjaya mengadaptasi diri dengan gaya dan budaya yang diamalkan dalam sebarang aktiviti dan program yang diadakan. Barangkali tidak semua namun hampir setiap daripadanya. Saya jadi terkenang minggu orientasi yang telah saya lalui dua tahun lalu ketika kali pertama saya menjejak kaki sebagai mahasiswa di institut pengajian tinggi ini. Ia menjadi titik tolak untuk saya jadi berhati-hati dalam memilih sebarang program dan aktiviti untuk disertai. Namun, akhir-akhir ini iaitu semenjak semester yang lalu saya semakin cuai dan lalai. Sungguh, saya perlu kembali berwaspada dan sentiasa waras serta berfikir sepanjang sebelum mengambil sebarang keputusan.


Sebelum mula bertugas sebagai fasilitator untuk pelajar baru, kami terlebih dahulu perlu menghadapi tiga hari kursus persediaan. Tiada apa yang menarik tentang kursus ini selain masalah penyediaan makanan pada mulanya dan isu ketepatan masa oleh pihak yang menganjurkan. Namun, saya sedikit tertarik untuk berbicara soal rancangan Suara Siswa terbitan RTM yang dirakamkan secara langsung di universiti ini ketika kami sedang menjalani kursus tiga hari.


Hakikatnya saya bukanlah penggemar rancangan ini, cuma sesekali menonton untuk menilai kemampuan mahasiswa masa kini dalam menganalisis isu-isu semasa disamping melontarkan idea serta pemikiran serta berkongsi ilmu pengetahuan. Ternyata, acapkali saya membuat konklusi betapa mahasiswa kita begitu lemah dalam soal-soal begini. Bukan saya mahu merendah atau memperkecilkan kebolehan mereka kerana hakikatnya saya sendiri lebih rendah dan kecil berbanding mereka yang tampil sebagai pemimpin mahasiswa, namun saya merasakan mahasiswa kita kurang meneliti ilmu serta membuka minda unutk berfikir secara lebih kritis dan kreatif.


Apa yang menarik tentang rancangan Suara Siswa ini bukanlah kerana hangatnya topik perbincangan kerana ternyata idea-idea yang disampaikan oleh panel-panel jemputan sama sekali bagi saya tidak sampai maklumatnya atau jika sampai sekalipun hanyalah idea-idea lapuk yang kurang relevan dan perlu penjelasan yang lebih mendalam. Namun saya begitu tertarik untuk mengupas serba sedikit tentang topik kejutan budaya yang diutarakan pengacara. Bukan mahu menunjuk pakar di sini, sekadar perkongsian idea dan wacana. Barangkali tempoh kurang 60 minit yang diperuntukan pasti terlalu singkat dan saya yakin panel-panel jemputan mempunyai luahan idea yang lebih mapan dan jitu untuk disampaikan.


Saya sentiasa mengalami kejutan budaya tiap kali memulakan kehidupan di persekitaran baru. Bagi saya ia bukan sesuatu yang asing malah normal untuk setiap individu. Namun, masalah utamanya ialah bagaimana untuk kita berdepan dengan isu ini?


Sebelum merungkai permasalahan ini dari sudut pemikiran mahasiswa yang masih hijau ini, saya kira baik rasanya saya mendefinisikan kejutan budaya itu sendiri. Saat saya menulis entri ini, saya cuma bersama komputer riba tanpa sambungan internet serta tiada sebuah kamus pun di sisi. Maka tanpa sebarang rujukan, saya memberi makna dua perkataan ini dari pemahaman akal saya yang pendek ini. Lucu sekali bukan? Namun, inilah yang berlaku pada kebanyakan mahasiswa hari ini tidak terkecuali saya yang bertindak mengikut pemikiran sendiri dan begitu mudah terpengaruh pada anasir-anasir yang mampir.


Walauapapun, dari pemahaman dan ilmu sedikit yang saya miliki, saya memaknakan kejutan budaya sebagai satu situasi di mana apabila satu individu itu berpindah dari persekitaran budaya yang biasa dialaminya kepada satu persekitaran yang mengamalkan budaya yang sedikit berbeza atau sama sekali berbeza dengan budayanya yang biasa itu. Kebiasaannya individu yang berdepan dengan situasi ini akan memiliki beberapa perasaan antaranya bimbang, takut, sedih, gembira, teruja dan sebagainya. Perasaan-perasaan inilah yang perlu diseimbangkan dalam diri masing-masing agar ia tidak menjerumuskan diri dalam kejutan budaya hingga mahasiswa menjadi individu yang terlalu terikut-ikut perasaan. Oleh itu, konsep IQ, EQ dan SQ sangat memainkan peranan yang penting untuk difahami dan dihadam oleh pelajar.


Baiklah, berbalik kepada permasalahan iaitu bagaimana caranya untuk kita menghadapi isu kejutan budaya. Setelah dua tahun di alam universiti dan bertahun-tahun di pelbagai sekolah, saya merasakan salah satu cara terbaik untuk berdepan permasalahan ini adalah dengan kembali kepada jati diri kita. Permasalahan lain pula akan timbul ialah apakah itu jati diri? Dan apakah pula jati diri kita?


Secara mudahnya saya dapat memberi di sini ialah jadilah diri sendiri. Jangan menjadi seorang mahasiswa yang begitu mudah terpesona dan mengikut apa jua tampil dan hadir. Namun, dalam isu usia kita ketika ini, kita sering mengalami konflik identiti, celaru tentang siapa diri kita dan ke mana arah tujuan hidup kita. Lantas kita sendiri tidak pasti siapakah diri kita.


Rumit sekali bukan? Namun, inilah kerumitan yang dialami oleh kita semua. Dan saya sendiri masih tidak menemui sebahagian jawapan dari kerumitan ini kerana saya sendiri sebaya dengan kalian, mengalami dan melalui konflik yang serupa.


Namun, dalam mencari identiti dan jati diri, sumber rujukan paling utama adalah agama dan sejarah. Saya tidak mahu bersikap rasis di sini sedang ketika menuju kesatuan bangsa Malaysia dengan slogan Satu Malaysia. Tapi, saya merasakan perlu kita menjadi satu bangsa yang mengenal jati diri dan identiti diri serta membentuk bangsa dengan acuan kita sendiri. Tanpa pengaruh dan pesona budaya luar.


Panjang pula perbincangan ini, maka saya mahu ringkaskan di sini agar setiap mahasiswa-mahasiswa baru mencari jati diri. Pencarian ini bukannya satu yang mudah, kadang-kala anda akan ketinggalan dan tersisih kerana pantasnya manusia terutamnya remaja dalam meneroka budaya-budaya baru dari luar. Namun, teguhlah anda dalam merempuh gelombang kejutan budaya.


Pesan saya, universiti adalah pentas di mana anda bakal membentuk diri anda sendiri dengan cara anda sendiri. Anda bebas memberi ruang dan peluang. Gunakan setiap ruang dan peluang itu sebaiknya dengan pertimbangan ilmu, iman dan amal. Carilah teman yang teguh dan kukuh jati diri dan lebih baik lagi hiduplah dalam jemaah agar anda akan sentiasa diingati dan saling tegur-menegur atas apa jua situasi.


Akhir kata, selamat menempuh alam universiti yang manis dan indah namun penuh onak duri cabaran. Selamat Berjaya!