Masih belum terlambat kiranya bagi saya mengucapkan
"Selamat Kembali ke UPM buat sahabat-sahabat KBM sekalian. :)"
Entri yang saya nukilkan kali ini adalah satu karangan motivasi untuk memastikan kita sentiasa positif dan terus bersemangat bagi melaksanakan amanah-amanah yang ada.
Saya menjadikan buku 'Minda Muslim Super' karya Dr. Danial Zainal Abidin sebagai rujukan utama bagi entri kali ini yang berkisar tentang analisis keperibadian sahabat-sahabat nabi.

Sahabat-sahabat penulis ketika masih belajar di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. |
Saya menjadikan buku 'Minda Muslim Super' karya Dr. Danial Zainal Abidin sebagai rujukan utama bagi entri kali ini yang berkisar tentang analisis keperibadian sahabat-sahabat nabi.
Sahabat-sahabat nabi adalah golongan Muslim pertama yang sanggup beriman dan berjuang bersama-sama beliau semasa dunia menentang Islam. Pengorbanan mereka bukannya sedikit malah semasa itu nyawa menjadi cagaran. Namun mereka tetap bejuang bersama-sama nabi walaupun risikonya teramat tinggi. Justeru, golongan yang mengutuk sahabat-sahabat nabi merupakan golongan yang terkutuk.
Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Abu Daud, nabi berkata,
"Janganlah kamu mencaci sahabat-sahabatku. Sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu sedekah wang emas sebesar gunung Uhud sekalipun ia tidak menyamai pahala seorang (sahabat nabi) yang sedekah harta sebanyak satu mud (iaitu satu timbangan yang ringan) atau setengah daripada itu."

Sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar sememangnya hebat.
Allah memuji mereka dalam surah at-Taubah ayat 100 yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang terdahulu dalam kalangan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan mereka, Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-selamanya; itulah kemenangan yang besar."

Muhajirin adalah sahabat-sahabat nabi yang menganut Islam semasa Islam ditentang dan ditindas dengan dasyatnya di Mekah, Mereka menyedari risiko yang perlu dipikul kerana menganut Islam semasa itu begitu tinggi. Namun mereka tetap memilih Islam. tidak cukup dengan itu, mereka diwajibkan meninggalkan tempat kelahiran mereka sehelai sepinggang bagi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Jauh perjalanannya lebih kurang 500 kilometer.
Salah satu contoh adalah Suhaib ar-Rumi. Beliau seorang pedagang yang kaya-raya. Semasa Suhaib bersiap sediabagi berhijrah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir di Mekah. Suhaib bersetuju menyerahkan segala harta kekayaannya di Mekah kepada mereka asalkan beliau dibenarkan berhijrah ke Madinah.
Apabila Nabi Muhammad mendapat tahu tentang pengorbanan Suhaib ini, beliau berkata yang bermaksud,
"Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib."
Berhubung dengan insiden inilah Allah menurunkan kenyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud,
"Dan ada dalam kalangan manusia yang menjual dirinya bagi mendapatkan keredaan Allah dan Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya."
Sememangnya pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat di Mekah merupakan satu pengorbanan yang agung. Justeru, mereka diberi gelaran Muhajirin.

Malah salah seorang sahabat Ansar pernah berkata kepada sahabatnya daripada golongan Muhajirin,
"Ambillah separuh daripada hartaku dan pilihlah salah seorang daripada dua isteriku yang kau senangi bagi aku kahwinkan denganmu selepas aku ceraikannya."
Walau bagaimanapun, sahabat Muhajirin yang berkenaan menjawab,
"Semoga Allah memberkati kamu serta keluarga dan harta kamu. (Tidak perlu) sebaliknya tunjukkan kepadaku di mana letaknya pasar."
Ayat 100 dalam surah at-Taubah ini jelas menunjukkan kepada kita kehebatan sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar terletak pada budaya 2P yang mereka amalkan iaitu perjuangan dan pengorbanan. Kedua-dua ini mereka lakukan semata-mata bagi mencari keredaan Allah.
Kesediaan berjuang dan berkorban tertonjol lagi dalam surah al-Fath ayat 18. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan Baiah ar-Ridwan di Hudaibiyah yang berlaku antara nabi dengan para sahabat pada tahun keenam Hijrah. Ketika itu, mereka dihalang oleh kafir Quraisy daripada memasuki Kota Mekah bagi melakukan tawaf.
Nabi mengutus Usman Affan bagi berbincang dengan mereka. Selepas masa berlalu dan Usman tidak kembali, timbullah kebimbangan di hati nabi akan Usman dibunuh. Justeru, termeterai Baiah ar-Ridwan dan dengan itu nabi dan para sahabat bersumpah setia supaya tidak berundur walaupun mereka terpaksa berperang ketika itu.
Berhubung dengan insiden ini, Allah menyatakan yang bermaksud,
"Demi sesungguhnya, Allah reda dengan orang-orang beriman, semasa mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon, (maka dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuinya berkaitan dengan (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu dia menurunkan ketenangan kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya."

Perjuangan dan pengorbanan (2P) menjadikan para sahabat hebat sehingga berjaya mencipta sejarah yang gilang-gemilang. semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayah untuk kita sama-sama istiqamah dalam gerakan kita menjunjung cita-cita umat, inshaAllah. :)
Disediakan oleh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan