31 Mac 2011

bersama GRUP JIL SALAHUDDIN AL-AYUBBI : Mengangkat Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūbi Sebagai Qudwatul Hasanah



KEHEBATAN SALAHUDDIN

(http://faradilataqwa.blogspot.com/)

Salahuddin Ayyubi - Seperti namanya..dialah pembaik deen ini       
 (Petikan dari Abul Hassan ali Nadawi, Saviors of Islamic Spirit)

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

27 Mac 2011

bersama GPTD: Menjejak Tamadun Dunia

GPTD Merintis Generasi Muda Menjejak Tamadun Dunia

Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia ataupun nama asalnya Grup Penjejak Tamadun Dunia di tubuhkan di bawah Global Peace Mission untuk melahirkan sukarelawan dalam kalangan generasi muda yang bertindak sebagai penggerak sosial dan keamanan, sekaligus sebagai pengkaji tamadun dunia.


Seminar Intelek : Ketokohan Salahuddin Al-Ayyubi Dalam Memperkasa Generasi Muda


Borang Kehadiran Sint Salahuddin

Nama *



No. Telefon *



Email



Organisasi




Image Verification

captcha

Please enter the text from the image:

[Refresh Image] [What's This?]

Powered byEMF HTML Form Builder
Report Abuse

19 Mac 2011

Berinspirasikan Jepun


Assalamualaikum w.b.t.




 Jika anda berkesempatan menonton video di atas, anda melihat seorang datuk yang terselamat bersama beberapa orang ahli keluarganya yang terselamat daripada kejadian gempa bumi baru-baru ini....
Tatkala ditanya tentang rumahnya yang ranap sama sekali, pakcik ini dengan tenang berkata:
“また再建しましょう!
(Mari sama-sama bina semula!)”

Salah satu komen video ini di Youtube adalah
あぁ!再建しよう!高校生になる俺が、絶対に再建してやる! 待っててくれよ、爺さん!!"Ah! Membangun kembali! Saya memiliki sebuah sekolah tinggi, aku pasti akan kembali! Anda menunggu saya, orang tua! ! "
Sungguh bersemangat!!!

inilah semangat yang ada pada masyarat jepun yang harus dimiliki oleh masyarakat kita. 

14 Mac 2011

Gempa Bumi, Tsunami dan Letupan Logi Nuklear ~ Pencetus Kesedaran Kita



Teknologi vs Kuasa Allah
3 minit masa diambil untuk menyebarkan maklumat tentang amaran tsunami
kereta api dan loji nuklear secara automatik akan berhenti beroperasi sebaik gempa bumi berlaku

tsunami membadai pantai bolehkan dihentikan oleh teknologi?