27 Januari 2011

Adab Berorganisasi ♥



“Mengasingkan diri, atau bercampur gaul tanpa batasan, kedua-duanya adalah ekstrim. Islam adalah cara hidup yang seimbang. Ia menyuruh kita bergaul seluas mungkin, dan pergaulan itu pula ada garis panduannya” saya menjawab soalan pertama yang diajukan oleh moderator.
Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya menganjurkan Forum Dari Mata Turun ke Hati sempena kempen Biah Solehah di kampus PJ tersebut.
“Antara input, proses dan output, apakah status pergaulan?” saya melontarkan soalan kepada peserta.

26 Januari 2011

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani - MENGELAMUN VS AMAL ILMU




‎"Diriwayatkan dari Hasan al-Basri rah.a., dia berkata: 'Nasihatilah manusia dengan ilmu dan ucapanmu.' Wahai pemberi nasihat, nasihatilah manusia dengan kesucian nuranimu dan kekuatan hatimu. Jangan kamu nasihati mereka dengan kebaikan lahirmu, sedangkan hatimu buruk."

"Duhai anak, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hatimu. Kamu hanya senang bercerita tentang keadaan orang soleh dan berangan-angan mendapatkannya. Kamu seperti orang yang menadah air, kemudian membukanya; maka kamu tidak akan menemui sesuatupun yang tertinggal di tanganmu. Celaka kamu, melamun itu lembah kebodohan. Nabi s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu hanya mengelamun, kerana itu adalah lembah kejahilan.' "

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]


‎"Wahai orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya, ada antara kamu telah pandai bersyair, merangkainya dengan fasih dan lancar, tetapi tidak disertai amal dan ikhlas. Jika hatimu hilang maka hilang pula anggota tubuhmu. Sesungguhnya hati ad...alah raja bagi anggota tubuh. Jika raja hilang, maka hilang pula rakyatnya."


"Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

TQ Anuar Manaf...

21 Januari 2011

Islamophobia


(sumber gambar dari lanunsepat.blogspot.com)

Perkataan itu pertama kali saya baca pada satu cetakan ketika menumpang kereta seorang sahabat. Sahabat saya itu menceritakan sedikit tentang bapanya yang menyertai persidangan tentan Islamophobia di Eropah. Saya sekadar memasang telinga kerana saat itu saya kurang sekali informasi tentangnya.

Seiring dengan peredaran masa, saya semakin memiliki sedikit pengetahuan tentang perkataan yang pada mulanya agak berbelit lidah untuk saya menyebutnya. Satu isu yang timbul oleh propaganda barat dalam melabelkan negara-negara yang majoritinya mengamalkan agama Islam sebagai sarang pengganas. Sehingga Islam digeruni dan ditakuti sebagai satu agama yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Perkataan Islam menjadi fobia kepada masyarakat atas angin di atas propaganda-propaganda yang di bawa barat.

Anehnya saya sering pula menerima informasi tentang peningkatan masyarakat Amerika dan Eropah yang memeluk Islam dari semasa ke semasa. Dan yang paling terbaru adalah tentang Michael Jackson, penghibur Amerika yang sangat terkenal yang meninggal dunia sebagai seorang muslim. Sungguh, islamophobia ternyata hanya propaganda dan masyarakat dunia semakin terbuka untuk menerima agama suci ini.

Isunya di sini ialah apakah pandangan kalian jika islamophobia berlaku dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama

16 Januari 2011

Indahnya Matematik....


Indahnya ciptaan allah...


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321




1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111




9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888



Hebat bukan??!! Lihat yang seterusnya....

12 Januari 2011

Bersyukurlah Anda Diberi Peluang Belajar Di UPM

UPM Tempat Keenam GreenMetric World University Ranking 2010
SERDANG, 3 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tangga keenam antara 95 universiti di dunia yang menyertai penarafan GreenMetric World University Ranking 2010 (Green Metric) anjuran Universitas Indonesia baru-baru ini.