Betapa hidup ini dimudahkan...
Selepas kembali dari cuti semester kedua 2011/2012, aku ditakdirkan untuk diuji dengan satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan aku cedera, tidak mampu solat secara normal selama kira-kira tidak kurang daripada tempoh 4 minggu
Sedang saat itu begitu banyak hal yang perlu diselesaikan, almaklumlah mahu berpraktikal. Lesen motor pun tiada, motor jauh sekali...
Saat itu, majoriti sahabat sekuliah telah memulakan praktikal, aku masih ada satu subjek tersisa, memaksa aku menangguh praktikal sehingga selesai peperiksaan akhir.
Dengan beban cuma 3 kredit perlu dihabiskan, beban akademik memang ringan... saat ini sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan kerja sambilan sebagai inisiatif memperolehi wang saku bekalan berpraktikal selama 12 minggu.
Semua yang dirancang terganggu, nak solat berjemaah pun sukar. Harapan untuk memperbaiki rohani yang bermasalah selama ini adalah tidak kesampaian.
Itulah ketentuan Allah, aku tidak bisa mengubahnya... mungkin inilah ujian penghapus dosaku yang banyak itu.
Dengan susah payah aku menyelesaikan kuliah hingga minggu akhir kuliah. Pada minggu akhir itu juga, aku mula mendapatkan lesen L motosikal. Tarikh berpraktikal semakin hampir tinggal kira-kira 3 minggu...
Saat itu, aku masih belum mempunyai lesen, motorsikal... bukan itu sahaja, aku juga berdepan masalah fobia menunggang motosikal... sungguh kemalangan yang terjadi menyebabkan aku fobia pada kelajuan. Hanya mampu menunggang selaju 40km/j sahaja. Hati bagai dibadai taufan untuk memecut lebih laju.
Dua minggu sebelum praktikal, aku pulang ke kampung... Niatnya satu sahaja, mendapatkan kelengkapan pakaian untuk praktikal dan mencari solusi kepada masalah kenderaan untuk berpraktikal...
Alhamdulillah, aku semuanya dimudahkan... dua orang kakakku sudi meminjamkan wang untuk membeli motosikal...
Tamat peperiksaan akhir, aku berjaya menyelesaikan proses mendapat lesen L dan proses membeli motosikal. Untuk orang kecil seperti aku, ini adalah pencapaian besar dalam hidup. Disebalik berdepan masalah kurang keyakinan diri, aku berjaya mengatasi nya.
Walaupun semua itu selesai, proses mendapatkan lesen dan motosikal tidak dapat diselesaikan sebelum memulakan praktikal. Bernasib baik sebab ada kawan sekuliah yang telah memulakan praktikal lebih awal sudi memberikan aku tumpangan ke sekolah praktikal.
Hari keempat praktikal proses membeli motosikal selesai, tetapi lesen masih belum diperolehi. Namun aku berkeputusan untuk bermotosikal ke sekolah walaupun tidak berlesen atas pelbagai sebab.
Sungguhpun hati fobia, tetap aku cekalkan hati. Meredah lebuh raya silk kajang untuk ke semenyih, sekali gus menumpang di rumah keluarga sahabat ku yang belajar di UIA GOMBAK.
Sememangnya hati berat untuk menyusahkan orang yang belum pernah dikenal. Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun itulah pilihan yang terbaik yang ada...
Daripada kesukaran ini, aku terus mengorak langkah dalam kehidupan yang singkat ini. Aku tak ingin menoleh ke belakang lagi...
Dari Rincing, aku berpindah ke Bangi untuk menikmati kehidupan rohani yang
lebih baik. Surau dan majlis ilmu di sana sentiasa dirindui hati ini.
Dari seorang guru praktikal, aku menjadi seorang guru ganti di Semuksin. Alhamdulillah jasa baik guru-guru disana banyak membantu aku. Hanya Allah sahajalah bisa membalas...
Sahabat Abim bangi akan sentiasa dikenang sebagai sahabat ilmu dan kehidupan. Sentiasa menjadi role model yang terbaik bagaimana memberi komitmen pada kerjaya yang sibuk dan perjuangan Agama yang tidak pernah selesai.
Ahli keluarga yang sentiasa bersama walaupun dipisahkan dengan jarak dan masa... siapalah aku tanpa sokong mereka. Wang ringgit, kritikan dan semangat yang diberikan sentiasa menjadikan aku insan yang bersyukur.
Walaupun fobia dengan kelajuan dan motosikal... dengan motosikal itulah aku meneruskan kehidupan.... dari upm ke semenyih ke bangi ke kelantan. Kemudian kembali ke klang. Kemudian dari klang aku meredah banjaran titiwangsa ke tempat aku sekarang chenor pahang...
Buat semua yang hadir ke dalam hidupku, aku cuma mampu melafazkan terima kasih yang tiada taranya. Hanya Allah yang memberi sebaik-baik balasan. Moga aku mampu membalas dengan sekelumit jasa sebelum rohku dicabut dari tubuh yang lemah ini...
#Apoint2Thanks #luv2share #mogaBERMANFAAT
2 ulasan:
cerita lama yang ditulis kembali.. hehe
saya suka cerita ini
Catat Ulasan