Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita hampir memasuki separuh
tahun 2012. Entah kita masih ingat ataupun tidak kenangan lepas yang telah kita
lalui. Dari kecil hingga menjengah dewasa kini. Dari menangis hingga boleh
ketawa. Dari bercakap hingga boleh berdebat. Dari menggenggam hingga boleh
mencapai. Itulah lipatan sejarah kita. Semua orang dapat merasainya. Semua itu
satu rahmat yang tidak terhingga untuk kita syukuri.
Dalam tidak sedar,
saya pun rasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit perkongsian dengan sahabat
semua, bukan untuk berpujangga tetapi untuk berkongsi rasa. Kebiasaan qiyadah
Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) bersatu hati untuk duduk bertakafur
bersama dengan mengadakan “usrah Qiyadah” setiap minggu. Melalui bedah
hadis 40 imam Nawawi , kami para ‘abid telah membuat kupasan tentang tajuk “kejadian manusia”.
Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin
Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang
benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air
mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging
seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. ………….” (
bersambung..)
Hadis panjang lebar ini banyak menceritakan kepada kita tentang
kejadian manusia, ketentuan manusia melalui kepercayaan kepada qada’ dan qadar,
perbahasan tentang amalan menuju ke syurga ataupun neraka. Untuk lebih mendapat
kefahaman bolehlah kita duduk bersama untuk menghayati hadis ini.
Di sini saya tidak menyentuh penuh tentang perbahasan hadis ini, kerana kecetekan ilmu agama saya, hendak bertatih pun tiada mungkin, inikan pula untuk berlari. Jadi saya hanya sekadar berkongsi rasa untuk saya luah apa yang bergerak di minda.

Bagi umat Islam, kejadian
yang pertama manusia bermula daripada bapa kita, Nabi Adam A.S yang mana sangat
bertentangan dengan teori barat ciptaan Charles Darwin yang
menyatakan manusia bermula dari seekor beruk.
Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam A.S daripada turab ataupun tanah. Rentetan daripada itulah ibu kita yang pertama iaitu Siti Hawa tercipta untuk Nabi Adam AS untuk mengisi kasih sayang antara individu yang melahirkan sebuah keluarga hinggalah tercipta pula kemajmukan masyarakat.
Jasa ibu pertama inilah yang banyak menurunkan sifat keibuan kepada ibu kita. Sambil kita renungkan raup ceria wajah ibu kita. Hati kita mungkin membawa arus ketenangan. Jiwa pula membawa roh kerinduan, Maka setiap tahun riuh rendahlah pasal Hari Ibu. Dan tahun ini jatuh kepada 13Mei. Dengan Hari Ibu ini mungkin untuk kita zahirkan kasih sayang kita kepada ibu kita, tetapi adakah ia bertepatan dengan agama kita. Di sini saya cuba kongsikan 2 hujah tokoh besar ulamak kita.

Ustaz Azhar mengatakan haram sambut Hari Ibu kerana sejarah Hari Ibu disambut itu berasal dari sambutan
kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Church iaitu ketua segala
gereja berdasarkan
hadis:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi
sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam
lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )
Manakala Syeikh Faisal Mawlawi berpendapat:
Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya.
Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan
kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang
termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah
diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap
sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan
menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua
perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan
untuk memuliakan atau menghormati ibu pada Hari Ibu.
Melalui hujah 2 orang tokoh kita ini, jadi kita ambillah yang mana
terbaik untuk diri kita, segala-galanya di tangan kita. Tetapi bagi saya kita
jangan lupa. Perumpamaan paling dekat,
walaupun anjing tidak diharamkan
untuk disentuh, tetapi takut-takutlah nanti anjing itu akan menggigit
kita.
Lebih baik kita merenung pengorbanan ibu daripada memikirkan Hari Ibu, kerana sesungguhnya hari ibu biarlah sentiasa terpahat dalam jiwa kita. Jadikan ia lebih manis daripada itu. Pengorbanan ibu sangat besar untuk kita balas. Tidak cukup untuk Hari Ibu semata-mata.
Biarlah kita sentiasa dalam kalangan yang taat kepada ibu jika tuntutannya menuju kebenaran. Janganlah kita angkuh seperti Wail, Qomah dan Tanggang. Saya bawa sejarah Islam untuk tatapan kita sebagai anak.. jasa ibu tiada balas tiada tandingannya.

Wail yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia sering mengutuk dan
mencaci ibunya kerana terlalu cinta kepada isterinya. Segala apa yang
diceritakan oleh isterinya, Wail akan mempercayai secara bulat-bulat tanpa ada
soal selidik ibaratkan tempayan menganga mulut
untuk menerima air hujan. Ini menyebabkan kasih sayangnya semakin jauh
terhadap ibunya.
Kehidupannya ibaratkan “ kasih sayang ibu semakin tersekat, kasih sayang isteri semakin terpahat” akibat dibius prasangka oleh isteri sendiri. Semakin hari semakin parah hinggakan telah menjadi barah.
Masa berlalu dengan keadaan sebegitu, badan pula terus dimakan bubuk senja. Wail jatuh sakit, tenat menunggu ‘malaikat maut’. Kesakitan bukan kepalang, sungguh mengerikan. Ibaratkan kubur memanggilnya, bumi pula tidak mahu melepaskannya. Semakin menderitalah dirinya.

Ketika Wail bin
Khattab sedang berjuang menghadapi maut di atas ‘tilamnya’, dia menggelepar
mengeluarkan keringat dingin yang membasahi tubuhnya. Tidak tertanggung dia
merasai, tidak termampu juga orang sekeliling membantunya.
Tatkala itu kubur pula semakin berkecamuk memanggilnya, semakin terasa bahang penderitaan yang perlu dia tanggung. Matanya meliar kesakitan hingga terkadang mengeluarkan air mata parah. Mulutnya membuka lebar, bibirnya bergerak seperti mulut ikan. Kerongkongnya pula tersumbat sehingga jeritannya tidak kedengaran. Kekadang suara meraung seperti bunyi kerbau dan angsa. Tangan dan kakinya merenggang tegang menghadapi sakaratul maut.

Para sahabat pula
bertungkus-lumus membantu Wail yang sedang nazak, bergilir-gilir mereka
mengajar kalimah syahadat kepada Wail. Berkerumun para sahabat di sisi Wail,
setia menunggu sahabat.
Namun usaha itu ternyata sia-sia. Wail tidak dapat melafazkan
kalimah syahadah walaupun jenuh para sahabat mengajarnya...
Si wail cuba untuk menyebutnya, tetapi hanya kedengaran suara ah…. Ih…. Aduh… sahaja yang meniti di bibir Wail yang menggeletar. Usahanya sia-sia. Bagaikan orang sedang lemas. Wajahnya semakin pucat. Matanya terpejam,. Mulutnya terkacip dan kadang-kadang seakan-akan berteriak. Situasi ini telah merisaukan para sahabat yang menemaninya.

Perkara ini telah
diketahui oleh Rasulullah SAW dan Baginda SAW memerintahkan sayidina Ali bin
Abi Talib supaya mengajar Si wail kalimah syahadat tetapi tetap menemui jalan
yang buntu. Dengan itu, Sayidina Ali telah melaporkan perkara ini kepada
Rasulullah.
Maka Rasulullah SAW bertanya “ Adakah Wail mempunyai orang tua?
Jawab sahabat para sahabat: “Tinggal ibunya ya Rasulallah!"
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “ Suruh datang ke mari ibunya Wail itu!”
Maka Rasulullah SAW bertanya “ Adakah Wail mempunyai orang tua?
Jawab sahabat para sahabat: “Tinggal ibunya ya Rasulallah!"
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “ Suruh datang ke mari ibunya Wail itu!”
Setelah ibu Wail
menemui Rasulullah SAW, Baginda SAW bertanya kepada ibu Wail. “ Bagaimanakah
keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia mempunyai perbuatan atau
melakukan dosa-dosa besar yang ibu lihat?”
“ Dia derhaka
kepada saya, wahai Rasulallah! Dia sering mencaci saya kerana isterinya. Dia
sangat cintakan kepada isterinya bila dibandingkan cinta kepada saya, dia
selalu mempercayai kata-kata isterinya daripada mempercayai kata-kata saya ya
Rasulallah.
“ Tidak! Tidak! Ya Rasulallah, air
mataku belum kering kerana dia.”
“ Namun Wail adalah anak ibu, kasihanilah dia.”
“ Tidak, ya Rasulallah! Dia sering menyakiti hati saya.” Jawab ibu
Wail dengan hati yang keras dan tiada tanda untuk mengalah.
Rasulullah SAW termenung memikirkan jalan yang terbaik. Kemudiannya
Rasulullah SAW memerintahkan kepada sahabat supaya mengumpulkan kayu untuk
dinyalakan, dan membakar Wail hidup-hidup.
Dengan terbatuk dan tersekat-sekat orang tua itu menjerit: “ wahai
rasulallah! Jangan dibakar anakku…. Jangan dibakar anakku.. sekarang telah
kuampuni dia, dan kesalahan dia telah ku maafkan.”
Setelah itu’ wajah Wail beransur-ansur berubah menjadi ceria. Akhirnya dia dapat mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dengan diiringi keredaan ibunya.
Rentetan kisah kita rasai bahawa keberkatan daripada ibu sentiasa kita dambakan untuk menuju syurga. Itu zaman Rasulullah, sekarang zaman alaf baru yang kita banggakan, Tetapi kita terlupa, anak derhaka yang bernasib baik seperti Wail dan Qomah sudah kesukaran untuk kita temui. Yang ada anak seperti Tanggang merata-rata meninggal dunia tanpa keampunan ibunya. Jadi berfikirlah dengan hati kita, dimanakah kita? Bahagia ataupun sengsara?
Hadis daripada Mu’awiyah bin Haidah Al- Qusyairi bahawa rasulullah bersabda:
“ aku bertanya kepada rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW: : Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW: : Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab bapamu kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
Maka jelaslah kepada kita, Lahirnya ibu kerana kita, hidupnya kita
kerana ibu, bahagianya kita kerana ibu, sempurnanya ibu kerana kita, semuanya
berkongsi rasa, jadi janganlah kita derhaka kepada ibu. Kenanglah saat manis
bersamanya dan hayatilah kebersamaan, usahlah kita berusaha menyelamatkan
Hari ibu, tetapi yang penting “ Selamatkanlah ibu” dari terjatuh air matanya ke
bumi.
Sesungguhnya Hari Ibu sentiasa ada bersama dengan kita. Kita harapkan kasih sayang sentiasa bersemi tiada lagi tragis yang menguasai hingga menyebabkan tragedi 13 Mei yang banyak meragut nyawa ibu, anak-anak kerana pemikiran sempit.
Pasaklah rukun Islam, teguhkan Rukun Iman, tinggikan rukun Negara. Biarlah hati kita sentiasa bertaut dengan roh kerinduan menuju jannah kerana ianya terletak di bawah telapak kaki ibu.

Mohd zulkifli alfikry
Presiden
KBMUPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan