17 Disember 2010

PERKEMBANGAN KEKANDA'10


Tentatif KEKANDA `10....
Pusat Latihan dan Rekreasi PTS, Janda Baik

 *(sebarang prubahan tertakluk kepada pihak urusetia)
Rabu (29 Disember 2010)

Masa Aktiviti


12 pM Bertolak dar iKolej13, UPM ke Janda Baik
 2 pm Tiba di Janda Baik
-Solat Zohor
-Makan Tengahhari
 3 pm Taklimat Program
3.3 pm Pengurusan Diri
4.3 pm Solat Asar
5 pm Ice B...reaking

-Taaruf
-Pembahagian Kumpulan
7 pm Makan Malam
7.3 pm Solat Maghrib (Mathurat)
8 pm Kuliah Maghrib
8.3 pm Solat Isyak
9 pm LDK 1
-The Apprentice
10.3 pm Minum Malam dan Tidur

30 November 2010

Doakan perjalanan Akhi Fuad (Presiden KBM 2007-2009) ke Bumi Palestine

AhaD.. WaHiD...

Akhi fuad akan menyertai konvoi THE ASIA TO GAZA SOLIDARITY CARAVAN.

Jom Kenal Yusuf Islam

sebelum
selepas

Mengapa Saya Masuk Islam - Yusuf Islam
artikel iluvislam.com

*


Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam
**


 Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

baca artikel penuh di Mengapa Saya Masuk Islam - Yusuf Islam

21 Oktober 2010

Aisha Asrar : Ayatul Husna

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com

'Atiqah Syairah : Belajar dari Kura-kura

                           
Baru-baru ini saya tertanya-tanya apakah persamaan antara kura-kura dan batu. lalu atas faktor perasaan ingin tahu, saya pun menonton kartun Teenage Mutant Ninja Turtle. Selepas habis, saya masih tak dapat bayangkan apa yg menyebabkan kedua-dua objek ini boleh disamakan. Lalu saya terfikir, iye! kedua-duanya memiliki sifat yang sama. Sangat protektif. Batu itu sangat teguh dalam memelihara dirinya dan tidak mudah pecah apatah lagi rosak. Ianya juga tidak berkarat dan boleh dipijak-pijak sesuka hati oleh makhluk lain. Sama juga dengan kura-kura. Beliau ada cengkerang yang berfungsi untuk melindungi kulitnya yang lembut dan kerang itu sangat besar sehingga beliau boleh masuk secara keseluruhan di dalamnya.

Tapi! yang membezakan antara batu dan kura-kura adalah== Batu itu objek yang tidak bernyawa, manakala Kura-kura itu bernyawa. Hm.. Dua sifat yang sama tetapi ditakdirkan memiliki fungsi yang berbeza. Saya tidak tahu apa kalian rasa, tapi, suka untuk disinonimkan dengan kondisi hati. Ape bezanya hati yang hidup dengan hati yang mati?

Semua orang mahu memiliki jiwa yang besar dan hati yang kuat. Terkadang ramai juga yang tersalah memilih sama ada menjadikan hati kuat dengan berevolusi jadi batu, atau kura-kura? Hasilnya sama, kita sangat tabah dalam menjalani kehidupan harian. Tidak kira disakiti oleh cuaca, keadaan, mahupun manusia, kita tetap kuat. Bezanya, hati itu hidup ataupun mati?


"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyîr).
Jadinya, pentingkah sama ada ianya menjadi batu atau kura-kura? Bukankah jadi batu itu lebih selamat?? sekurang-kurangnya ia tak pernah luka. Dan bila dipecahkan berketul-ketul sekalipun, ia tak kan mati! huhu... owh.. Hidup ini sangat komplikated. Rupa-rupanya kita perlu memilih. Rupa- rupanya dengan menjadikan hati kita kuat tidak semestinya dengan jalan mematikan hati kita. Mungkin kita boleh berusaha menjadi seperti kura-kura.

Ya, mungkin kura-kura ini dikategorikan sangat lambat, kakinya kontot, kerangnya besar. Tapi ia stabil. Ia juga sangat protektif, dan yang paling penting, kura-kura itu HIDUP. kura-kura ini bergerak, mengawan dan bertebaran ke seluruh alam dengan penuh rasa rendah diri. Dia melindungi dirinya dengan bersungguh-sungguh, dan tatkala ia terluka sekalipun, ia masih teguh berjalan.

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya."
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi ninja turtle! mwahaha..(tak larat wat ayat skema). Ninja turtle ni pun ada kerang dan boleh melawan. hait2! kita semua kena ada hati yang kuat, lagi-lagi nak musim final ni. Masa-masa macam ni lagi banyak ujian. Jadi, nak pastikan ilmu tu senang meresap, kena jaga hati. Ilmu tu kan cahaya, jadi cahaya susah nak masuk kalau hati gelap. huhu..




kita ada satu je hati,jika gembira hati itulah,jika bertakwa hati itulah,jika beriman hati yang satu itulah, jika bercinta hati itulah, jika terluka sekalipun hati itu jualah. Terlalu SATU untuk banyak perkara. Maka jagalah hatimu dan hati orang-orang yang menyayangimu ^_^


 diceduk dari  ~~UnIVeRSaL SiGht~~

27 Ogos 2010

Andai Ini Ramadhan Terakhir



Salam sahabat-sahabat sekalian. Semoga kalian berada dalam rahmat dan redha Allah dalam bulan penuh barakah ini.

Sedar tak sedar ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan aidilfitri bakal menjelma. Hmm... apakah perasaan sahabat-sahabat sekalian? Gembira, teruja dengan hari lebaran yang bakal tiba atau sedih, berduka dengan ramadhan yang akan pergi?

Sebelum ramadhan ini berakhir, suka saya ingin sahabt-sahabat bertanya buat kesekian kalinya pada diri sendiri satu persoalan ini; andai ini ramadhan ku yang terakhir?

Andai ini merupakan kali terakhir kita berpeluang bertemu ramadhan, merebut setiap rahmat dan fadhilatnya. Andai ini kali terakhir kita bisa solat terawih dan memburu lailatul qadar. Andai ini ramadhan terakhir untuk kita korbankan masa dan waktu dalam melaksanakan amal ibadah.

Andai ini yang terakhir?

Saya mahu kita sama-sama muhasabah dalam kurang seminggu lagi kita menikmati malam-malam terakhir ramadhan kali ini. Andai kita tahu ini adalah yang terakhir, apakah yang akan kita laksanakan dan apakah yang pasti akan kita tinggalka?

Sekali lagi, tanya pada diri; andai ini ramadhan yang terakhir........

20 Ogos 2010

Program Iftar Perdana Kelab Bimbingan Mahasiswa bersama Anak-anak Yatim



Pada 19 Ogos 2010, Khamis, Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) telah mengadakan Program Iftar Perdana KBM bersama Anak-anak Yatim. Program ini turut disertai oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Sekretariat Kerohanian Kolej 12 selain pelajar-pelajar UPM. Sejumlah 13 orang anak yatim telah hadir dari Kompleks Kebajikan Darul Ruqayyah, Sungai Merab. Seramai lebih kurang 80 orang hadirin telah memenuhkan Sanggar 12 bagi menjayakan program ini. Pengasas Kelab Bimbingan Mahasiswa, Dr. Abdul Rahman Kuraish turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan lagi majlis.

Program bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para hadirin dari kalangan pelajar-pelajar UPM. Sesi taaruf atau perkenalan di antara pelajar diadakan sementara menunggu ketibaan semua hadirin. Pada jam 6.30 petang, diadakan pula sesi tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Saparudin Yusup dengan tajuk niat.

Apabila azan maghrib berkumandang, jamuan berbuka puasa bermula. Para hadirin makan beramai-ramai di dalam talam bersama-sama dengan anak-anak yatim. Aktiviti ini bukan saja mengeratkan hubungan di kalangan hadirin yang hadir tetapi juga melatih para pelajar untuk berkomunikasi dan melayan kerenah adik-adik yang kurang bernasib baik ini.

Program tamat dengan solat maghrib berjemaah di surau Kolej Serumpun. Para hadirin kemudiannya beramai-ramai menunaikan solat isya’ dan terawih di Dewan Putra 2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penglibatan dan kerjasama anda akan berterusan bagi program-program KBM akan datang.

17 Ogos 2010

PUASA lah dengan PUAS! ^_^


Kegembiraan Orang Berpuasa
Ditulis Oleh rizki al banna
Friday, 13 August 2010
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”“[1]
Betapa istimewanya hadits ini. Di dalamnya diterangkan amalan secara umum dan puasa secara khusus. Diuraikan pula tentang keutamaan, keistimewaan, pahala (sekarang atau kemudian hari), hikmah dan tujuan puasa. Inilah salah satu contoh betapa luas karunia dan kebaikan Allah ‘Azza wa Jalla kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.

18 Julai 2010

Ir Reformis Muda: Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
Oleh: Ir Reformis Muda

02 Julai 2010

Islamisasi: Selangkah ke Alam Mistik

“Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik.

“Huaa!!!”, bertaburan si anak melarikan diri kerana takutkan hantu.

Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu dan bapa mengawal anak, takutkan mereka dengan hantu. Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu, berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat, tidak pernah jumpa.

Jika hantu yang tidak pernah diketemui itu, boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak, soal TUHAN.

Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?

GHAIB

Sama ada hantu atau Tuhan, kedua-duanya adalah persoalan ghaib. Mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya.

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepada

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”
[Al-Baqarah 2: 55]

Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah SWT. Mereka hanya boleh mempercayai apa yang dapat dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan Tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam [Al-Maidah 5: 17]

Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama al-Masih bin Maryam. Telah kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa al-Masih itu Allah, atau anak Allah.

Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan mengimani perkara ghaib, sebagaimana sekalian Majusi, iaitu istilah Syara’ yang merujuk kepada sekalian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.

FITRAH

Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi S.A.W. tentang hakikat ini di dalam sepotong hadith yang sering dibaca:

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Ibu bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan sama ada secara Yahudi, Nasrani, Majusi, atau kekal di atas fitrah yang asal dan luhur.

Di sinilah timbulnya perbahasan popular semasa, iaitu bagaimana kita mahu memperkenalkan Allah kepada anak-anak? Seminar demi seminar diadakan, dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan Aqidah kepada Allah sebagai asas utama pendidikan, termasuklah kepada anak-anak. Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka memperkenalkan Tuhan?

TAUHID UNTUK SI ANAK

Apakah mahu disulitkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Sifat 20 kepada si anak kecil? Apakah mahu dipeningkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT kepada si anak?
Apabila Nabi SAW telah memperingatkan bahawa anak-anak itu lahir di atas fitrah, maka fahamlah kita bahawa sebenarnya keupayaan mengimani Allah SWT oleh anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada fitrah itu. Anak-anak sudah secara fitrahnya bersedia dan mampu mengimani Allah sebagai Tuhan. Itu fitrah mereka.

Maka ibu bapa tidak perlu memeningkan kepala mencari formula mahu menyedarkan si anak kecil tentang apa atau siapa itu Tuhan, kerana anak-anak dengan fitrah mereka, sudah pun mengimaninya tanpa kita sedar. Lantas tugas ibu bapa ialah memupuk dan memperkembangkannya, tetapi harus didahului dengan suatu peringatan, JANGAN DIROSAKKAN FITRAH ITU.

Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh si ibu dan si bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani TUHAN, digantikan dengan HANTU.

TIDAK TAHU SYAK DAN WAHAM

Anak-anak bukan makhluk yang ada upaya syak dan waham. Itu penyakit orang dewasa. Anak-anak itu berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Itu sahaja. Apa sahaja yang ditanam oleh ibu bapa, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jika mahu anak percayakan Tuhan dan terus mengimani-Nya, maka pupuklah kepercayaan itu dengan menyuburkan fitrah mereka kepada mempercayai Allah sebagai Tuhan, bukannya si anu si anu sebagai hantu.

“Kalau kita buat baik, Allah sayang. Allah suka anak yang buat baik kepada ibu bapa”, saya memberitahu Nik Abdul Syakur.

“Abi, Umi cakap, orang yang ingat Allah itu power. Syaitan tak dapat kalahkan dia”, balas Abduh.

Setiap kali saya bercakap tentang Allah dan tentang syaitan kepada anak-anak, dia menerima dan kemudian bercerita kembali dengan penuh yakin. Sama juga jika saya bercakap tentang hantu kepada dia. Yakin juga.

Maka, binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Mereka adalah makhluk yang yakin, maka peliharalah keyakinan anak-anak agar terdorong kepada yang Haq, hinggalah mereka mencecah dewasa. Ketika anak meningkat dewasa dan terdedah kepada pelbagai cabaran, maka haruslah kepercayaan itu diperkemaskan dengan reasoning dan soal jawab yang sesuai dengan tahap ketika itu.
Sesungguhnya, sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut HANTU berbanding TUHAN kepada anak-anak kecil mereka, adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada Yahudi, Nasrani juga Majusi.

HARRY PORTER

Di negara Barat, era semenjak tahun 2000 memperlihatkan bagaimana kemunculan filem-filem fantasi sama ada ala-ala Harry Potter, mahu pun filem seram berkenaan hantu dan syaitan semakin popular dan menjadi-jadi. Tentu sahaja di kaca mata kita, ia suatu perkembangan yang tidak sesuai dengan nilai kita sebagai Muslim. Tetapi pengamatan yang lebih teliti, akan memperlihatakan bahawa kemunculan filem fantasi seperti ini, sebenarnya adalah kesan daripada krisis dualisma yang membelenggu mereka sejak sekian lama.


Kehidupan yang sangat materialistik, telah begitu lama menjadikan jiwa masyarakat Barat ditimpa kemarau. Mereka hilang daya melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, lantas seiringan dengan itu, mereka gagal mengimani apa yang berada di luar capaian deria manusia. Mereka hilang upaya memahami Tuhan, kehidupan selepas kematian dan segala-gala yang ghaib sifatnya.

Tatkala Intellectual Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) sudah tidak lagi mampu berdiri sebagai sumber kekuatan dan kecemerlangan mereka, masyarakat Barat sedang bertatih untuk mencari panduan di dalam Spiritual Quotient (SQ) mereka. Kemunculan banyaknya filem hantu dan syaitan di Barat adalah eksplorasi mereka terhadap dunia Spiritual.

Jika Barat terbelenggu dengan hantu kerana mencari Tuhan, mahukah kita sekapal dengan mereka dalam mengelirukan anak di antara HANTU dan TUHAN? Di Barat, timbulnya filem-filem supernatural seperti ini adalah manifestasi kecenderungan masyarakat di sana yang cuba meneroka kembali alam spiritual selepas kecenderungan materialisma yang begitu kuat mendominasi dunia Barat pada dekad-dekad akhir kurun ke-20. Filem adalah hiburan.

Tetapi di Barat, filem diangkat lebih daripada sekadar hiburan. Ia adalah medan bereksperimen terhadap daya kreativiti dan imaginasi, malah kerana itu juga, industri filem turut menjadi medan propaganda terhadap idea tertentu yang mahu dicerapkan ke pemikiran rakyat. Untuk itu, filem adalah hasil kajian. Dan hasil kajian, berbaloi untuk dikaji.

Antara filem klasik yang menjadi minat saya ialah THE EXORCIST (1973). Saya menontonnya untuk melihat cara Barat menterjemahkan kejadian rasukan jin dan kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mendepaninya. Filem itu sangat perlahan, mempunyai dialog panjang lebar dan mencabar fikiran setiap yang menontonnya. Exorcism itu sendiri adalah konsep yang ada di dalam agama Kristian, berkaitan dengan usaha untuk melepaskan manusia daripada rasukan syaitan. Filem The Exorcist telah memaparkannya dengan cemerlang.

Lakonan yang berkesan, jalan cerita yang amat mencabar dan kesan khas yang melangkaui teknologi 1970′an, filem ini merupakan filem yang paling banyak mencatatkan keuntungan dengan pencapaian kutipan sebanyak $402,500,000!


Manakala filem-filem lain yang cuba melakukan imitasi kepada versi asalnya, tidak menjadi dan menyemakkan mata yang menonton. Misalnya filem Seytan (1974) iaitu The Exorcist versi Turki. Jika filem The Exorcist banyak membawa perspektif agama Kristian dalam menterjemahkan jalan ceritanya, filem THE OTHERS (2001) pula menjadi pilihan saya untuk filem pasca 2000 yang menimbulkan unsur seram tanpa membabitkan watak-watak hantu lakaran, sebaliknya menggunakan mainan psikologi untuk menterbalikkan jalan cerita yang biasa. The Others adalah terma yang sering diguna pakai untuk merujuk kepada spektrum kontras sangat berjaya menguji setiap penonton yang menyaksikannya.

Filem lakonan Nicole Kidman ini sangat ringkas tetapi memberikan impak yang berpanjangan kepada penonton yang berjaya menangkap jalan ceritanya. Filem ini mencatat kutipan mencecah $209,947,037.

Tidak dilupakan, sebuah filem seram Thai yang juga mempunyai banyak asas dan fakta serta boleh membawa penonton melangkau lebih daripada sekadar hiburan, adalah filem NANG NAK (1999). Filem yang berasaskan kepada lagenda Mae Nak Phra Khanong di Thailand itu berbaloi untuk ditonton bagi melihat unsur-unsur hubungan manusia dengan jin dari perspektif agama Buddha, sebagaimana The Exorcist membawakan tema yang sama di dalam spektrum agama Kristian.


PRODUK TEMPATAN

Berbalik kepada filem dan drama tempatan, cabaran besar yang berlaku ialah apabila genre seram dihasilkan tanpa unsur kajian yang teguh. Biar pun filem-filem seram yang berjaya kebelakangan ini didakwa sebagai hasil kajian, ia menampakkan nilai superficial yang lebih bersifat mengutip cerita tanpa analisa.

Justeru ia sukar mencapai kualiti, jauh sekali untuk membawa unsur yang boleh mendidik atau merangsang fikiran penontonnya.

Jika filem Barat boleh mendatangkan unsur seram tanpa perlu menunjukkan imej hantu, filem kita berhempas pulas menyolek pelakon-pelakonnya agar menjadi hantu yang menyeramkan. Hasilnya, bukan seram. Tetapi penghinaan kepada expectation penonton.

Namun kekhuatiran yang besar ialah apabila filem dan drama seram ini sering dihubungkan secara langsung dengan agama Islam. Sebagaimana masyarakat yang hidup jauh dari agama terhegeh-hegeh mencari orang agama bila berhajat untuk kahwin, kenduri Tahlil dan ada orang mati, begitu jugalah agama dan orang agama dipanggil menyelesaikan gangguan makhluk halus itu.

Malah untuk lebih mengukuhkan hubungkait agama dengan fenomena mistik ini, penyiaran di televisyen filem atau drama bergenre seram ini, dilonggokkan pada Khamis Malam Jumaat, waktu yang sepatutnya penuh keberkatan dengan amalan-amalan yang dianjurkan Sunnah, tetapi ditenggelamkan dengan ketahyulan konotasi ‘Khamis Malam Jumaat’ ada hantu!

Kekaburan definisi ROH, QARIN, JIN, SYAITAN, IBLIS menyebabkan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam diserapkan secara bebas ke dalam filem dan drama kita. Penulis skrip secara suka hati mencampur adukkan apa yang sepatutnya bernama Qarin, berserta dengan Jin, Syaitan dan Malaikat. Idea roh orang mati yang terperangkap di antara langit dan bumi kerana ada urusan yang tidak selesai, kita temui di dalam drama bersiri Ghost Whisperer tetapi kebelakangan ini, ia turut diserap masuk ke dalam drama-drama seram Melayu Muslim.

Apakah pendirian Islam terhadap ini?

Benarkah roh orang mati boleh berkeliaran? Boleh balik ke rumah dan berhubung dengan orang yang masih hidup? Boleh membalas dendam? Apabila urusannya selesai, ia berangkat meninggalkan dunia Bumi dengan memasuki cahaya yang muncul?

Hal-hal seperti ini, tidak pernah diberikan perhatian secara serius oleh penerbit dan penulis skrip, segalanya dihasilkan mengikut rasa dan kutipan cerita yang dinamakan sebagai ‘kajian’ itu tadi.

KESEDARAN KERANA UNSUR MISTIK


Lebih menyedihkan, banyak drama dan filem seram yang memaparkan jalan cerita yang sama; bagaimana setelah diuji dengan kejadian-kejadian supernatural ini, barulah seseorang itu insaf, ingatkan Allah dan mahu kembali kepada ajaran agama. Hal ini secara pra-sedar menanam suatu persepsi di dalam fikiran penonton tentang bentuk kesedaran beragama yang hanya bisa terhasil melalui kejadian sedemikian rupa.

Sedangkan, Islam adalah agama yang rasional dan mesejnya boleh digarap oleh pemikiran yang rasional dalam kehidupan seharian yang biasa-biasa ini.

Mempotretkan Islam sebagai agama yang mistik seperti itu, sebenarnya mengundang paradigma beragama Kristian ke dalam pemikiran masyarakat kerana segalanya dimuktamadkan sebagai misteri dan mistik apabila ada persoalan metafizik yang gagal diperjelaskan oleh hujah agama.

Kanak-kanak yang menjadi sebahagian daripada penonton drama dan filem ini, kekhuatiran kita ialah, mereka lebih kenal HANTU berbanding TUHAN.

Apakah masa depan agama dalam pemikiran yang seperti ini?

“Eee… abi takut Tuhan!”

Kan lebih sedap dan fitrah bunyinya!

PENUTUP

Allahuakbar! Inilah sebahagian senario yang wujud dan hampir sebati dalam jiwa masyarakat di negara kita. Artikel ini saya petik sebahagiannya daripada laman http://abusyakirin.wordpress.com/2009/04/. Kami di KBM akan sentiasa bersikap proaktif dalam membantu rakan-rakan siswa di UPM untuk menelusuri kehidupan di kampus hijau ini sehabis baik, insyaAllah. Buangkan jauh-jauh ISLAMOFOBIA yang ada dalam diri. Bina keyakinan akidah dan insyaAllah anda akan dapati kejayaanlah yang akan menjadi penyudah. Ayuh, jadikan ISLAMISASI satu realiti. Sekian, salam inspirasi daripada saya, suarazaman, pencetus inspirasi dan motivasi anda kali ini!

JELAJAH KELAB

Assalamua’laikum dan Selamat Datang Ke Blog

Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM)

Kami barisan pimpinan KBM berbesar hati untuk mengucapkan

Selamat Datang ke Universiti Putra Malaysia


Bagi adik-adik yang bakal mendaftar dan yang telah mendaftar sebagai warga UPM. Semoga perjuangan kalian di bumi UPM sentiasa segar untuk mencapai Mardhotillah insyaAllah..


Mungkin anda terfikir untuk mengikuti salah satu kelab untuk anda tonjolkan bakat pimpinan anda atau sekadar ingin meluangkan ruang-ruang kosong ketika anda berada di universiti. Jadi apakah antara kelab yang mendapat pengiktirafan di peringkat UPM? Untuk makluman salah satunya adalah

KELAB BIMBINGAN MAHASISWA

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai kami untuk sama-sama belajar membimbing,dibimbing,dan menjadi yang terbimbing bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi...




Jadi di sini terdapat sedikit pengenalan tentang KBM untuk anda menilai sejauh mana tahap kepuasan anda untuk menyertai kelab kami InsyaAllah


PENGENALAN

Sejarah kepemimpinan masyarakat dan negara pada hari ini adalah sebahagian besarnya didokongi oleh golongan bekas pelajar yang berwibawa sejak dari alam kampus lagi. Kewibawaan tersebut bukan sekadar dinilai daripada aspek kepimpinan semata-mata malahan juga didasari oleh faktor kecemerlangan akademik, pemikiran di samping tidak mengetepikan soal kemuliaan sahsiah individu tersebut. Fenomena seperti ini akan terus berlaku buat masa-masa akan datang. Pemimpin bukan sahaja akan bercirikan kepimpinan yang berkualiti malahan ia perlu merentasi intelektualisme, idealisme dan aktivisme.

Golongan mahasiswa seharusnya menyedari hakikat bahawa masa depan kepimpinan negara di tangan mereka kini. Hakikat bahawa pemimpin bahawa pemimpin itu lahir daripada mahasiswa yang berkualiti dari segi kepimpinan, kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah yang tinggi tidak perlu dipersoalkan lagi. Ketiga-tiga faktor tersebut saling berkaitan. Memahami dan meyakini bahawa setiap individu itu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, cemerlang akademiknya dan mulia sahsiahnya dan daya kepimpinan mereka perlu diterjemahkan melalui siri latihan dan bimbingan yang bersistematik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, maka KELAB BIMBINGAN MAHASISWA (KBM) ditubuhkan pada tahun 1990.

Tema ataupun motto yang dibawa oleh KBM sejak dari dahulu sehingga kini adalah " Kemuliaan dan Kecemerlangan Mahasiswa ". Tema atau motto ini telah menjadi dasar kepada siri aktiviti atau program yang dianjurkan oleh KBM selama ini sebagai menifestasi kepada usaha KBM untuk menggilap dan memperkembangkan potensi dan kemampuan diri ahli berteraskan kepercayaan kepada Tuhan. Kini, KBM telah pun bertapak di kampus hijau ini hampir 20 tahun lamanya di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM. Telah banyak pengalaman dan kenangan yang dicoretkan sepanjang tempoh tersebut. Namun apa yang lebih utama adalah harapan setinggi gunung untuk melihat KBM masih terus terpasak kukuh dan relevan dalam usaha untuk melahirkan generasi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


VISI KELAB

Menjana Generasi Rabbaniy Demi Membina Tamadun Khayra Ummah

MISI KELAB

Ke Arah Gerakan Pelajar Yang Dinamik dan Beriltizam Melahirkan Generasi Mahasiswa Yang Cemerlang Di Dunia dan Di Akhirat

MOTTO

“Kemuliaan dan Kecemerlangan Mahasiswa”

OBJEKTIF

Memberi penekanan kepada aspek penjanaan kecemerlangan akademik dan pembudayaan konsep kelimuan di kalangan setiap mahasiswa dan masyarakat sekitar
Memupuk dan membimbing mahasiswa ke arah menjadi pemimpin yang berhemah tinggi, kompeten, berdaya saing, yakin pada diri, bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang mulia
Memberi bimbingan dan panduan kepada mahasiswa agar dapat memahami dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni serta mempunyai pandangan dan nilai hidup yang positif
Memberi penerangan dan bimbingan kepada mahasiswa tentang kehidupan di alam kampus yang serba mencabar melalui aktiviti-aktiviti yang dapat memperkembangkan potensi dan bakat seseorang.



BUDAYA KERJA KBM

Memugar Budaya Ilmu dan Berakhlak Mulia
Bersedia Untuk Belajar, Diajar dan Mengajar
Penghayatan Amalan Kerohanian
Memperkasa dan Memperkukuhkan Perpaduan serta Ukhuwwah Di kalangan Seluruh Mahasiswa dan Masyarakat
Mengamalkan Konsep Musyawwarah (syura), Bekerjasama dan Kerja Terancang
Prihatin dan Iltizam Terhadap Isu-isu Tempatan dan Antarabangsa
Memperkukuhkan Amalan Kebajikan Berteraskan Kepada Kepercayaan Kepada Tuhan


Dengan segala maklumat yang dipaparkan,mudah-mudahan anda membuka sedikit ruang di hati anda untuk menyertai kelab kami.Semoga kita Ikhlas untuk Berilmu,Beramal dan Berbakti. Semuanya hanya kerana Rabbul Izzati..InsyaAllah..


Lawatilah gerai kami pada 10 Julai 2010
Di bazaar persatuan (minggu perkasa putra)
Bertempat di bukit ekspo
Dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari
Kami nantikan kehadiran anda!!!

29 Jun 2010

KELUARGA BAHAGIA MAHASISWA ( AKTIVITI SEM-2 09/10)


KELUARGA BAHAGIA MAHASISWA (KBM)


SKOP AKTIVITI KBM

  1. Menghadiri program-program latihan kepimpinan dan membekalkan segala bentuk kemahiran berorganisasi

· Program Induksi



ii. Mengadakan program-program bimbingan kepada mahasiswa lain sebagai usaha untuk membimbing agar menjadi yang terbimbing

  • Program Evolusi Potensi Mahasiswa ’10 (3 Slot)

Slot 1 : Komunikasi Kunci Interaksi

Siri 2 : Bijak Mengurus Wang

Siri 3 : Cermin Personaliti Pencetus Potensi





  • Kuliah Maghrib (2 Siri)


Siri 1:Islamisasi : Antara Retorik dan Realiti



Siri 2: Membentuk Jati Diri Insan yang Terbilang


  • Brothers Circle untuk muslimin berkumpul dan mengadakan sedikit pengisian rohani untuk saling ingat mengingati.

  • Sisters Circle untuk muslimat berkumpul dan mengadakan sedikit pengisian rohani untuk saling ingat mengingati


i. Mengadakan dan menghadiri program-program di luar kampus untuk turun kepada masyarakat seterusnya membimbing mereka.

· Program Ziarah ke rumah anak-anak yatim (2 minggu sekali )

# Komlpleks Kebajikan Ruqaiyah,Bangi





# Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil



Inilah keluarga bahagia kami yang bersama-sama menjalankan pelbagai usaha untuk membahagiakan diri kami,anda juga masyarakat. Marilah bersama kami untuk menjayakan misi kelab ini.

Sertailah kami agar kita bersama-sama merasai kebahagiaan sebagai sebuah keluarga Mahasiswa.

Semoga usaha kalian mendapat berkat dari Yang Maha Esa.