11 April 2011

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi PeperiksaaN

Bismillahirrahmanirrahim…
Mari cemerlang bersama KBMUPM
Gambar sekadar hiasan J
Assalamulaikum pemanis bicara, kembali bersua di laman tercinta Blog KBMUPM.
Pejam celik, pejam celik…tiba kita di Minggu Ke-14. Pastinya ramai di antara kita dilanda kesibukan menghantar tugasan dan menghabiskan perbentangan. Ingat, walau sesibuk mana kita sekalipun, carilah keikhlasan disebaliknya! InsyaAllah, hasilnya lebih manis J
Sekadar mukadimah, now straight to the point. Di sini terdapat beberapa tips untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya buat warga UPM yang bakal menyahut cabaran tersebut bermula seawal 25 April hingga 8 Mei 2011 nanti.
Berikut dilampirkan beberapa tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma beberapa beberapa hari lagi. Antaranya ialah :-

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. Jangan lupa rujuk di laman e-smp masing-masing ya!
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut kita membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, jangan sesekali jemu untuk terus membuat ulang kaji. Langkah itu akan membiasakan kita dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Utamakan sesuatu yang penting daripada perkara yang penting-penting.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Istiqamah.
Sentiasa mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu kita mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup ini...namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke tempat peperiksaan.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Tips untuk soalan berbentuk objektif
Baca Surah AL-ANFAL ayat 17,
"Wama romaita iz romaita walakinnallaharama..."
Maksudnya : 'Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.'

Ayat ini merupakan alternatif yang boleh digunakan jika menghadapi kekeliruan tika menjawab soalan aneka pilihan jawapan ini. Menurut rentetan sirah, ayat ini dulu digunakan oleh Rasullullah SAW ketika perang. Memang serangan yang dilempar terhadap kaum kafir tepat sasarannya.
Segalanya pasti dengan izin Allah! Wallahua'lam
dan lazimi Surah An-Nur ayat 35 sebelum belajar. InsyaAllah, banyak keberkatannya :)

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Tip ini diambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama.http://ibnismail.wordpress.com

******
Dalam mendepani peperiksaan akhir semester 2 sesi 2010/2011 ini, cubalah untuk membahagikan masa sebaik mungkin. 3 perkara kita perlu ingat :

1. Keberuntungan iaitu orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada hari ini.
2. Kerugian iaitu orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Tidak ada peningkatan..
3. Kecelakaan iaitu hari ini lebih teruk daripada hari kemalrin.

So, muhasabahlah kita tergolong di dalam kategori yang mana…..
J
Suka diakhiri dengan 2 rangkap pantun
Angin bertiup kembangkan layar,
( Dipetik dari Kumpulan Pantun Melayu, KL DBP )
Haluan menuju ke Tangjung Dahan,
Hendaklah hidup berikhtiar,
Kemudian serahkan kepada Tuhan.

Menuntut ilmu banyak cabaran,
Hadapilah ia dengan kecekalan,
Kuatkan semangat teguhkan keazaman,
Kejayaan pasti dalam genggaman.

KBM - Better than the best! InsyaAllah J

disediakan oleh:Nur Hazlina Mohd Fisol
(exco Multimedia dan Dokumentasi KBMUPM)

 

Tiada ulasan: