09 April 2011

Mahasiswa Peduli Palestine : Mendoakan Penderitaan 63 tahun Rakyat Palestine Dibela


PAGI Jumaat 9 April 1948, di perkampungan Deir Yassin yang mempunyai 750 penduduk, berlaku tragedi membabitkan pembunuhan seramai 254 rakyat Palestin termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak oleh pengganas Yahudi.
Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan janin serta bayi hidup-hidup dari rahim ibunya.
Sementara 52 kanak-kanak disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan: “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.


“Tentera itu mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang sudah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu.”

Daripada 144 rumah di perkampungan Deir Yassin, 10 buah diletupkan. Perkuburan Deir Yassin disodok dan seperti beratus perkampungan Palestin lain, Deir Yassin dihapuskan dari peta muka bumi ini. 

Menjelang September, pendatang Yahudi Ortodoks dari Poland, Romania, dan Slovakia ditempatkan di situ, walaupun menerima bantahan daripada Martin Buber, Cecil Roth dan ketua Yahudi lain yang mahu kawasan pembunuhan beramai-ramai itu dikekalkan tandus.

Pusat perkampungan itu dinamakan Givat Shaul Bet. Apabila Baitulmaqdis berkembang, tanah Deir Yassin menjadi sebahagian dari bandar Baitulmaqdis dan sekarang ini dikenali sebagai kawasan di antara Givat Shaul penempatan Har Nof di lereng sebelah barat gunung.

Disebabkan itu, 9 April sentiasa dikenang dan penceritaan peristiwa berlaku terus diulang bukan kerana bilangan dibunuh atau kekejaman dilakukan tetapi itulah permulaan kepada penghapusan penduduk 400 perkampungan, bandar Arab dan pengusiran 700,000 penduduk Palestin sebagai ruang pendatang Yahudi di seluruh dunia.
kisah mereka yang selamat daripada peristiwa ini, membuktikan betapa zionis tidak layak menduduki bumi suci Palestine.
Oleh Hasliza Hassan

Mr.Fahami zeiden yang berusia 12 semasa peristiwa bercerita;

Beberapa yahudi mengarahkan keluarga kami agar berbaris menghadap dinding,mereka mula menembak kami ..tembakan itu kena di bahagian badan saya..kebanyakan kami kanak-kanak terselamat kerana bersembunyi di sebalik ibu bapa kami..peluru terkena Kadri adik perempuan saya [4 tahun] di kepala ,adik perempuan Sameh [8 tahun] di dada,adik lelaki saya muhammed [7] di dada.Tetapi mereka yang lain berdiri menghadap dinding terbunuh: ayah ibu,datuk, dan nenek,bapa saudara dan ibu saudara saya dan beberapa anak mereka……..

Ms. Haleem Eid:

…..seorang lelaki yahudi memembak di leher.kakak ku yang mengandung 9 bulan..kemudian perut nya di belah dengan pisau sembelihan….

Ms. Naaneh Khalil berusia 16 semasa kejadian :

mereka mengambil sebilah pedang dan memotong dari kepala hingga ke kaki….kemudian melakukan perkara yang sama dalam perjalanan ke rumah sepupu ku Fathi…

Ms Safiyeh Attiyah;

……saya menjerit tetapi wanita lain turut di rogol…sebahagian lelaki itu menjadi cemas menarik anting-anting dengan pantas sehingga merobek telinga kami..

Pengajaran untuk tidak bersekutu dengan Zionis


9-10 April 1948: Pembunuhan Beramai-ramai ini membuktikan kekejaman rejim Zionis Israel dan juga sifat dusta mereka.  Ketua kampung tersebut  telah berjanji dengan pihak Zionis untuk memberikan maklumat tentang pergerakan orang-orang luar di kawasan tersebut dan juga lain-lain maklumat strategik dengan syarat kampung mereka tidak diganggu oleh rejim tersebut.  Rejim Zionis Israel bagaimanapun tidak memegang janji mereka.  Di dalam operasi yang dikenali sebagai 'Operation Unity', pengganas-pengganas Haganah, Irgun dan Stern telah bekerjasama.  Pada jam 4:30 pagi, hari Jumaat, 9 April 1948, mereka telah mengepung kampung tersebut yang berhampiran dengan 2 penempatan Yahudi, Givat Shaul dan Montefiore.  Selama 2 hari, pengganas-pengganas Yahudi ini membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak, merogol para wanita dan menyamun barang-barang kemas mereka.
 
Seorang doktor dari Pertubuhan Palang Merah yang tiba di kampung tersebut pada hari kedua telah menceritakan apa yang dilihatnnya sendiri - sapu bersih - seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengganas tersebut. Menurut beliau 'sapu bersih' ini dilakukan dengan mesingan, kemudian bom tangan dan disudahi dengan pisau. 

Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih di tangan-tangan ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa.  Kira-kira 250 orang dibunuh sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang ditikam perut mereka dengan 'bayonet' ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak dikudungkan di hadapan ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala mereka di kerat putus.  Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British mengetahui tentang peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menghentikanya.
 
Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada mereka yang ingin bekerjasama dan berbaik-baik dengan puak Yahudi ini.

Tiada ulasan: