11 November 2009

mereka ingin musnahkan kita...

Al-Qaeda dakwa Syiah lebih bahaya


DUBAI: Seorang komander sebuah kumpulan berkaitan al-Qaeda memberi amaran kepada masyarakat Islam Sunnah bahawa golongan Syiah dan Iran adalah lebih ‘berbahaya’ ’kepada agama daripada Yahudi atau Kristian.

“Kami menyeru kepada seluruh negara supaya mempertahankan Sunnah dengan cara apa sekali pun, daripada bahaya Iran dan mereka yang mengikuti fahaman Syiah di rantau ini,” kata Mohammed bin Abdul Rahman al-Rashid daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab, dalam rakaman suara yang disiarkan oleh kumpulan perisikan Amerika, SITE.


“Apakah anda tidak lihat dan dengar aspirasi puak Huthi di Yaman dan pencerobohan mereka terhadap Sunnah?”

Beliau merujuk kepada pemberontak Zaidi daripada golongan Syiah, yang setia kepada ketua mereka, Abdul-Malek al-Huthi, yang terjebak dalam peperangan dengan tentera Yaman yang diperintah Sunnah di utara negara berkenaan. - AFP

dpetik dari BERITA HARIAN ONLINE


pelik... kenapa perisik amerika menyebarkan rakaman suara...????
mereka sang kafir durjana????

mereka dahagakan darah kita.....
mereka intelligent animal yang kita tidak harus percayai...
mereka meletakkan kita dalam pengelasan haiwan...

sungguh mereka ingin menjadikan kita haiwan seperti mereka...

lupakah kita...
salahuddin al-ayubi....
perwira yang membawa kembali baitul maqdis kembali ke tangan yang Islam...
kejayaan beliau bukan lah atas nama sunnah... syiah... atau khawarij....
islam di satukan atas satu kalimah...

LAILAHAILALAH

orang islam tak kira sama ada syiah, sunnah, khawarij, parsi, arab...
bersatu atas satu kalimah ini....
keyakinan keatas kesaan Ilahi...

CARILAH PERSAMAAN,
FAHAMILAH PERBEZAAN,
LALU TERBUKALAH JALAN DAKWAH,

UNTUK KITA TEGAKKAN KEBENARAN.


-wallahualam-

Tiada ulasan: