27 Februari 2013

Smart Solat Kuala Mu




“Lari-lari..!!!” aku memekik ketakutan. Tercunggap-cunggap nafas yang sangat berdebar dikejar anjing.

“kenapa bang?” Tanya Hafiz, adik aku.

“Anjing kejar la, penak kite lari, ganah-ganah ye anjing sining…” keluhku.

“Eh.. anjing pun takut ke?” sindir adikku. Merah dan berpeluh mukaku.

“Agakla..” jawabku sempoi.

Aku menoleh ke belakang bukit yang penuh dengan hutan. Sangat cantik permandangannya. Aku cuba mendekati hujung sungai, ada sebuah batu besar. Aku bersandar untuk melepaskan kepenatan berlari marathon sebentar tadi. Hafiz hanya memandangku dari jauh. Dia cuba memahami jiwaku. Aku juga cuba memahami jiwaku.

“Fuh penat!!! Tapi takpe aku menang lari takdi, anjing yang kalah.” Aku tersenyum sendirian.

Lega  aku dapat bersandar di batu besar itu. Aku mengelamun seketika. Alam membawaku ke alam keindahan. Aku berkhayal jauh. Angin pula meniup serunai pohon buluh di hadapanku, merdu bunyinya. Aku terpegun. Aku memerhati fokus ke arahnya.  Daun-daun menari-nari mengikut rentak alunan muzik yang dimainkan oleh angin. Deseran air menambahkan kesyahduannya mengalah lagu anak kampung bagiku. Fatamorgana seperti mempersembahkan sesuatu kepadaku. Aku memandang langit yang biru. Cantik sangat. Burung-burung menghiasi ukiran langit yang luas terbentang. Aku tersenyum.

“Cantik bangat kampung ni ye..” aku bermonolog keseorangan.

Tiba-tiba seekor haiwan melompat ke arahku. Terkejut. Aku cepat-cepat melompat darinya. Dupp!! Aku terjatuh ke dalam sungai. Ingatkan haiwan bisa yang cemburu terhadapku. Rupanya sekadar ikan mungkin hendak bergurau denganku. Uji kononnya.

“Adoi…!!! Sakitnya..” aku mengerang kesakitan.

“Hahaha… Tula mengelamun lagi, kan da kena.” Hafiz gelakkan aku. Geram.

“Apa da ikan ni, nak mengelamun sikit pun kalut..” Aku bermonolog tetapi didengari Hafiz.

“Eleh abang.. Dengan ikan pun nak gaduh ke?” Dia tergelak melihat perlakuanku.

“Bukan nak gaduh, tapi dia kacau kita nak jiwang ni, adoi…” Aku merungus.

“ Dah-dah, ikan tu tak bagi abang mengelamun la tu, jum balik ke rumah tok batin. Orang da menunggu kita tu.” Ajak Hafiz.

“Laa… Kacau la.. Hati rock nak jiwang pun tak boleh..” Aku mimikkan mukaku.

Hafiz menarik tanganku lalu kami beredar dari situ. Penatku hilang diubati oleh persembahan fatamorgana. Menarik sekali. Kami berjalan tergesa-gesa untuk menuju ke rumah tok batin. Tempat yang aku diami selama aku berdakwah dan mengajar “smart solat” di perkampungan Orang Asli di Kuala Mu ini. Kami wakil dari Kelab Bimbingan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia telah diberi amanah untuk memberi perkongsian agama dengan anak-anak dan penduduk kampung. Penduduk kampung meraikan kami dengan meriah. Sangat mesra. Aku juga meramah mesra dengan penduduk kampung sebaik tiba dari pagi tadi. Kami seramai 20 orang pendakwah datang ke kampung ini demi menjayakan misi untuk mendaulatkan agama Islam.

Aku, Hafiz, Fatin, Farid dan Norizan dari KBMUPM meneruskan misi untuk menjalankan dakwah di sini. Selebihnya grup dari al-Qayyim dan UITM. Aku amat berbangga kerana dapat hadir ke sini untuk mendakwahkan diriku dan berkongsi suka duka dengan adik-adik di sini. Mereka sentiasa menonjolkan sifat yang ramah. Aku sangat selesa berada di sini. Aku punyai sahabat baru dan adik-adik baru yang sentiasa memberi senyuman positif terhadap kami. Kami dianggap seperti sebuah keluarga bagi mereka. Sungguh ceria sekali. Suasana tenang. Masyarakat yang mendamaikan. Alam meraikan. Sukar untuk aku menyungkapnya.

 “Syeikh..!! Jum p ke kampung sebelah”, ajak sahabat baruku yang belajar di UITM Penang. Amirul namanya.

“Buat pe?” Aku cuba meminta penjelasan.

“Jum la kita jumpa adik-adik kat sana sambil tengok suasana kampung” Amirul cuma mengarahkan jarinya ke arah hulu kampung.

“Hafiz…! Jum ikut sekali!” aku mengajak hafiz menemani aku dan Amirul sedangkan yang lain menyiapkan tugasan masing-masing. Ada yang membersihkan kawasan. Ada yang memasak untuk makan malam nanti. Ada yang beramah mesra dengan penduduk sekitar. Ada yang berehat kepenatan. Kami melakukan aktiviti bebas pada hari pertama di Kuala Mu.
“Syeikh… bola..!!” Amirul menunjuk lagi.

“Bola?” Aku pening.

“kat sana ada orang main bola, jum p tengok, kot-kot kita pun dapat join sekali”, tegas Amirul.

Aku mengiyakan sedangkan hafiz membisu dari tadi lagi. Bukan kerana dia sombong. Tetapi memang sifatnya seorang yang pendiam. Jika bercakap bernas hujahnya. Aku senyum kepadanya. Dia membalas. Aku tergelak. Amirul turut serta. Kami semakin erat.

“Gol…!!!” Aku melaung diri jauh.

“Eh syeikh, malu kuk rang”, Amirul menegur.

Aku buat blur sahaja tanpa menghiraukan teguran sahabatku itu.  Sekumpulan kanak-kanak cuba mendekati kami dan menarik tangan kami. Ajak main bola katanya. Kami meraikannya. Penat kami dibuli di atas padang. Gelecek sini, gelecek situ. Bukan kepalang skill kanak-kanak di sini. Aku mengalah. Mengeluh di tepi padang. Berpeluh.

Hari pertamaku di sini semakin senja. Matahari mengarahkan kami pulang ke penginapan. Penginapan yang berdindingkan buluh usang. Tetapi cantik dipandang. Kukuh untuk kami tidur bermalam.

“Bang…!! Esok datang lagi ye.. kita main bola, seronok dapat bermain dengan abang-abang ni”, ajakan mesra adik-adik kepada kami.

“InsyaAllah.. Abang datang lagi esok, tapi dengan lebih Power taw”, aku menguji mereka. Mereka tergelak ramai-ramai.

Lambaian mesra mereka mengiringi langkah berat kami. Mesra suasananya. Aku tahu itu lambaian kasih sayang. Hati telah bertaut kepada ukhwah yang abadi. Kami berjalan menghiasi jalan merah yang berdebu. Kadang-kadang debunya naik ke muka. Kadang-kadang naik ke udara. Tapi kami semakin selesa.

Malam itu, sesudah makan. kami berkumpul untuk perbincangan grup untuk seketika. Perbincangan untuk penjelasan pergerakan pada hari esoknya. Cuaca pula semakin sejuk di sini. Aku macam dalam peti sejuk. Ketar. Yang lain memakai baju tebal untuk mengelakkan sejuk. Setelah selesai perbincangan antara kami. Ketua memberi kebenaran untuk kami berehat awal pada malam ini. Mungkin dirasanya kami sangat penat berjalan agak jauh. 6 jam perjalanannya dari kaki bukit ke sini.

“Jum tido!!” Aku mengajak sahabatku.
“Pondan tido awal”, mereka tergelak. Aku turut gelak sama. Kucing pun senyum juga.

“Hairan… kucing pun senyum…hahhaha”, aku meneruskan ketawaku.

“Dah-dah, tido, esok nak bangun awal, kita turun kelapangan pagi-pagi lagi, p tido,” ketua bersuara menghentikan ketawa kami.

Aku mengeluarkan handphone dalam poket lalu meletakkan di sudut kepalaku. Kunci jam. Yang lain ada yang sudah berselimut lingkup. Sejuk agaknya. Tetapi agak pun semakin berasa sejuk dengan cuaca pada malam itu. Tambahan akan tidak membawa selimut. Aku tersengeh sendirian. Memandang ke atas.

“Ya Allah ampuni dosaku padaku, ibu bapaku, guru-gruku, sahabat-sahabtku, dan jadikan aku seorang daie yang baik. Labuhkan cintaMu kepada masyarakat di sini moga-moga bersemi cahaya Islam. Maha peyayang, Engkaulah jadikan hari esok kami lebih baik dari hari ini… aamiin..”

Aku lelapkan mata perlahan-lahan. Nyaman tidur. Bulan  tersenyum melihat kami lena dibuaian mimpi. Aku meneruskan pelayaran kembara musafir daie di bumi bergelar Kuala Mu. Indah namanya. Indah tempatnya. Aku mengembara roh di sini seketika.

“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”

“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”

“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”, Handphoneku berbunyi.

“Aik…..”Aku tergamam. Pelik.

Bersambung………



Mohd ambo Zulkifli al-Fikry
Presiden KBMUPM  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.....