27 Februari 2013

Sekilas : Forum Wanita High Class

Alhamdulliah syukur kepada Allah SWT atas nikmat pendengaran, penglihatan, kaki serta nikmat-nikmat yang lain dapatlah sahabat-sahabat yang cintakan ilmu menghiasi taman-taman syurga.

Walaupun jarak agak jauh dari kolej tetapi sang pencinta masih berusaha untuk mengisi kotak hati yang masih belum padat dengan ilmu agama. Tatkala itu, maka berduyun-duyun sahabat meraikan “ Forum Wanita High Class ” yang diadakan di Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM.  


SubhannAllah ana sendiri merasa kagum dengan tajuk yang dibawa oleh Kolej 11 untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang mendambakan ilmu keagamaan dan dunia.  Tajuknya sangat hebat untuk menjamah hati-hati yang tertaut dengan sinar hidayah Islam. Terima kasih ya Allah dan terima kasih pihak penganjur dan bakal para ilmuwan dan daie. Tahniah untuk semua yang mendambakan high class.

High Class merujuk kepada kelas yang tinggi ataupun martabat yang tinggi, dan ia merupakan sesuatu fitrah manusia untuk menginginkan sesuatu yang tinggi nilainya. Sesungguhnya manusia yang biasa seperti kita sememangnya inginkan kehidupan yang lebih baik. Dari kecil lagi kita sebenarnya telah diajar untuk mengejar makam yang lebih tinggi, dari kelas 1 D sebagai contoh, kita akan berusaha untuk mendapatkan kelas yang lebih baik hinggalah kita menjejak kaki ke kelas 1A.

 Begitulah kehidupan kita ini, sifat inginkan High Class sentiasa ada untuk menyempurnakan sifat diri masing-masing seperti mana kita semua faham, tidak kiralah dari segi dunia mahupun keakhiratan. Sifat ini sentiasa ada dalam diri kita, semakin kita menafikan semakin kita inginkannya.

Konteks Islam tidak pernah melarang manusia untuk meninggikan martabatnya bahkan dianjurkan dalam Islam. Akan tetapi biarlah selaras dengan anjuran Islam bukan mendapat High Class tanpa ada pedoman.

 Dari yang biasa ingin menjadi cantik, dari yang cantik ingin menjadi sangat cantik dan dari sangat cantik ingin menjadi sesangat cantik. Maka berlumba-lumbalah syarikat pengeluar barangan kecantikan. Kenapa keinginan itu terjadi? Kerana ingin dikategorikan sebagai seorang yang tinggi classnya. Itu penafsiran masing-masing. Dengan itu, Islam umpama “Orang tengah”  merungkai High class yang perlu untuk mendapat jannah yang hakiki.

Maka lahirlah forum wanita High Class. Hebat bukan tajuknya. InsyaAllah bukan sekadar tajuknya hebat tetapi sang pencintanya pun mencapai high class. Tatkala itu terdetik hati ini untuk memberi sedikit coretan kepada terhadap nasihat dan input yang berguna dalam forum tersebut.

“Eh, Ramainya muslimat, camne nak masuk syeikh, kita silap tempat ke ni?”
“Betullah…!! Forum wanita kang!!”
“Habis tu.. kita?” binggung.
“Relax.. Anggap je kita muslimat, settle…” Senyum kucing.
“Boleh ke?”
“Entah…”

Kata-kata terputus di situ sahaja kerana majlis bermula.
“Lelaki itu kuat daripada wanita.” Panel berhujah gagah.
“Betul-betul…. Tak kuat camne ramai muslimat kat sini. Ko gano syeikh?”
“Betul-betul…!” Senyum biri-biri.
“Tapi wanita itu juga hebat kerana wanita telah mengandung anak lelaki dan perempuan selama 9 bulan”, panel cuba mengangkat wanita, takjub.

Di sini maka lahirlah peranan wanita yang dikatakan hebat. Islam bukan sekadar anutan tetapi mengangkat martabat wanita hingga ke tahap maksimum. Tahap yang diletakkan bukan kepalang bahkan menjadi kekuatan seorang lelaki yang hebat.

Dengan itu, Islam telah melengkapkan antara satu sama lain dengan ikatan yang sah. Maka lahirlah wanita yang paling hebat ialah wanita yang taat kepada suami. Kalau melihat mereka mengembirakan suami. Jadi dengan ikatan yang sah, dapat melahirkan konsep tolong menolong antara wanita dan lelaki yang sangat diperlukan kerana ia dapat membentuk  kekuatan.

Zaman Jihiliyyah yang kita pelajari pula telah mempertontonkan kehinaan wanita tatkala masyarakatnya melihat wanita seperti batu dan kayu bahkan orang Yahudi menyatakan wanita merupakan punca segala kerosakan. Hatta Nabi Adam keluar ke syurga akibat daripada wanita.

Namun Allah itu sangat sayang kepada wanita dengan membawa Islam yang telah memberi banyak keistimewaan kepada wanita kerana kita dapat perhatikan bahawa wanita diletakkan status yang paling tinggi. Oleh itu, pedoman-pedoman dari al-Quran dan al-sunnah perlulah dijadikan teladan dalam mengangkat diri sendiri.

Jadi, untuk membina ketinggian, semuanya bermula dengan Islam, kesimpulannya wanita mempunyai kehebatan jika mendaulatkan Islam bahkan manusia seluruhnya.

“Jup Syeikh..! lelaki? Duk puji wanita dari takdi lagi ni..”
“Apa lagi, kita kena buat la forum brothers High Class plok,” Senyum.
“Jom!!!”

Mudahan setiap perkara bertunjangkan Islam yang sejati bukannya Islam tiruan yang cuba menipu manusia. Kemanisan itu datang daripada hati, jadi berhati-hati dengan hati, biarkan ia subur tanpa henti.

“Ya Allah berilah kekuatan kepada seluruh manusia untuk menjadi High Class disisi-Mu dan berilah kemudahan dan ketenangan di setiap ujian yang menimpa ke atas Hamba-Mu agar Ia tidak tergoda dengan bisikan syaitan dan tipu daya dunia.. Aamiin..”




Mohd ambo Zulkifli al-Fikry
Presiden KBMUPM

Tiada ulasan: