04 Julai 2011

Testimoni Adik-adik BERJAYA'11

http://fidoodidooo.blogspot.com

banyak lagi aktivti yg tidak disertakan , tapi cukuplah itu sekadar bukti
bahawa sri pergi kesana . di kesempatan ini . sri mengucapkan berbanyak-banyak
terime kasih untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
program ini . terima kasih dan mohon maaf kepada abang dan kakak fasi andai kate
perlakuan kami mengusik hati kamu semua . mohon maaf dari hujung kepala
hingga hujung kaki . terima kasih atas segala jasa kamu semua .
dan mungkin ade jodoh kite bersua kembali di program akan datang , harap mereka
kamu semua sudi2 kan lah diri menerima adik2 yang masih mentah ini
untuk diberi tunjuk ajar dgn lebih mndalam lagi .insyaAllah .





Inilah sebahagian wajah wajah kegembiraan pelajar SDBL ketika berada didalam wilayah Universiti Putra Malaysia, tidak terkira sedih kami, bahagia kami, penat kami, seronok kami di sini, kami disni mencari sesuatu yang baru bersama abang dan kakak yang menjaga kami, memang susah untuk menggambarkan apa yang kami dapat disini, tetapi yang penting adalah semangat yang diberi dan ilmu yang diturunkan kepada kami. memang benar kami semua bukanlah pelajar yang cemerlang dan hebat belaka, tetapi disini kami dilayan seperti seorang juara dan seorang yang bakal menduduki tangga teratas dalam carta kegemilangan hidup. 

Bukan mudah untuk berjaya, sehingga kami dapat melihat apa yang tersirat mahupun tersurat di dalam Kem Bengkel Motivasi ini, Rupa rupanya, banyak yang kami masih perlu belajar. Disini, Kami bukan dilayan seperti pelajar SDBL, tetapi, seperti adik adik sendiri abang dan kakak UPM ini, kami terharu, pada mulanya, kami marah kerana diberikan kumpulan yang tidak sama GILA dengan fikiran kami, tetapi ternyata, tujuan ianya dibuat mempunyai 1001 sifat murni yang dapat dimiliki, selepas itu, Peralatan kami dirampas, Sangat marah! namun, ia benar benar menjadi tindakan yang betul kerana merampas peralatan kami, kami diasak dengan aktiviti yang memenatkan dan menyeronokkan, disitu lah bermulanya sayangnya kami dengan UPM dan penghuninya, bermulalah semangat kami untuk menjadikan mereka ICON atau MODEL kami. kami hormat dan tabik mereka, disebalik wajah mahasiswa dan mahasiswi itu, terdapat kisah kisah yang perit mereka perlu hadapi, kami belajar dan kami korek pengalaman dari situ. Bermula lah perjalanan kami untuk temui kejayaan yang sebenar benarnya.

*kamu semua jaga saya, saya jaga kamu*

*kalau kamu mahu orang hormat kamu, kamu mesti hormat orang*

Ayat ayat di atas ini jadi ayat yang sangat bermakna, Kami lakukan *ayat* diatas itu kepada abang abang dan kakak kakak kami, ternyata mereka membalasnya dengan baik seperti kami lakukakn kepada mereka.

akhir kata, pada hari terakhir, wajah wajah penat kami, wajah wajah gembira kami, wajah wajah sedih kami untuk meniggalkan UPM ini di serikan oleh sesi pengambaran(diatas). kami teruja dan gembira dengan kejayaan Kem Bengkel Motivasi ini, ternyata, MEREKA YANG MENYATAKAN KEM INI MENGAHBISKAN DUIT, mereka KURANG CERDIK. kem ini adalah bermulanya sifat sifat kesedaran siri seseorang. 


ikhlas dari Amierul Haqiemdad dan kawan kawan, kami sangat rindukan kakak dan abang abang, sangat rindu, kami harap kakak dan abang abang anjurkan lah kem ini lagi untuk pelajar tingkatan 5 tahun hadapan, insyaallah kami ikut sama sertai kalian. 

wabillahhitaufiqwalhidayah, assalamualaikum warahmatullah, hiwabarakatuh.

Tiada ulasan: