08 Februari 2010
Bengkel Evolusi Potensi Mahasiswa : Modul Komunikasi Kunci Interaksi
Alhamdulilah dengan rahmat dan limpah kurnianNya, Bengkel Evolusi Potensi Mahasiswa Modul Komunikasi (EVO ’10 i) telah dijayakan dengan jayanya pada tanggal 31 januari 2010. Program yang diadakan di bilik a 1-04 Kompleks Akademik Pusat dihadiri oeh 12 peserta.
(berkaitan sila ikut link ini
Nukilan Amalina Ismail S/U KBM 09/10)
Fasilitator pada hari itu adalah seorang yang hebat dan dikenali ramai. Beliau adalah Sayed Munawar yang merupakan seorang moderator program Di Luar Lingkungan yang disiarkan di TV1. Beliau orang yang terbaik untuk mengendalikan EVO ’10 i yang bertajuk komunikasi kunci interaksi. Cara penyampaian beliau adalah santai dan mudah difahami.
Sepanjang bengkel ini peserta didedahkan apakah komunikasi dan kepentingannya, kaedah komunikasi yang sesuai dari aspek verbel dan posture,dan kaedah meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Peserta juga dianalisis personaliti mereka yang mempengaruhi cara mereka berinteraksi.Nukilan Amalina Ismail S/U KBM 09/10
Sebagai peserta, saya merasakan program ini sangat berguna bagi diri saya. Ia menyedarkan saya bahawa kaedah komunikasi sangat penting dalam kehidupan. Sekiranya aspek ini dipandang remeh oleh kita ia boleh menyebabkan salah faham orang lain terhadap kita, kehilangan kepercayaan oang lain terhadap kita. Dalam berpersatuan pula ia menyebabkan keuntuhan persatuan akan tergugat. Cara komunikasi kita menggambar wajah gerak kerja kita. Teratur atau tidak. Gagal atau berjaya. Teguh atau runtuh. Ke depan atau ke belakang.
Ia adakalanya bagaikan “Wake Up Call”, apa yang kita cuba sampaikan bukanlah apa yang akan diterima oleh target kita. Ini kerana antara kita sedar atau tidak terdapat, terdapat ruang dan ganguan yang akan mempengaruhi setiap interaksi. Kaedah komunikasi yang betul akan membantu kita berinteraksi dengan lebih baik.
Kaedah komunikasi yang betul juga melibatkan proses mendengar yang berkesan. Sebuah penyampaian yang baik memerlukan kita menerima dengan baik. Ia macam cinta, keperluan dua hala. Dalam mencintai perlu untuk dicintai, jika tidak ia sia-sia. Bak kata Sayed Munawar “Good leaders need good followers.” Beliau berceritakan bagaimana Saidina Ali bin Abi Talib menjawab apabila ditanya oleh seorang sahabat, mengapakah zamannya banyak perpecahan. Saidina Ali menjawab, “Ketika zaman khalifah sebelum ini akulah pengikut dan namun apabila tiba di zamanku orang seperti kamulah menjadi pengikut.” Kegagalan menerima menyebabkan penyampaian yang baik akan menjadi sia-sia. Walau bagaimana pun untuk menjadi penyampai yang baik , saya pendapat haruslah kita perlu peka dengan semua faktor yang mempengaruhi komunikasi dan menyesuaikan kaedah interaksi yang terbaik.
Penganjuran yang baik tidak akan bermakna tanpa kehadiran peserta yang baik, ahli KBM perlu berusaha keras lagi bagi memastikan penganjuran EVO ’10 siri seterusnya lebih memberi impak kepada warga universiti. Semua ahli KBM perlu sedar bahawa kaderisasi adalah tunjang kelansungan kelab. Program sebegini perlu dijadikan satu platform yang baik untuk kaderisasi dan ia harus diguna dengan optimum. Persiapan yang rapi dan tersusun penting dalam memastikan EVO ’10 siri seterusnya lebih memberi impak. Sama-samalah kita bekerja bersama-sama.
Terima kasih atas komitmen dan kerja keras untuk menjayakan EVO ’10 baru-baru ini. Moga setiap pengisian yang diperolehi baru-baru ini dapat diamalkan dan dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang tidak menghadirinya. Moga setiap apa yang dilakukan dengan niat untuk mendapat redha Allah S. W. T. ... insyaAllah...
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Nukilan Amalina Ismail S/U KBM 09/10
EVOLUSI SIRI SATU (modul komunikasi)
Bagai mimpi. Itulah yang saya rasakan. Program ini adalah program pertama yang diluluskan BHEP sejak saya menyertai KBM. Terasa segalannya berjalan lancar. Ya, seperti tidak percaya saya rasa.
Ia membuatkan saya terkenang kronologi bagaimana pelaksanaan program ini. Daripada permasalahan yang timbul, mencetuskan matlamat yang ingi dicapai. Menerusi perbincangan, musyawarah dan ‘brainstorming’, konsep program ini terilham. Ya, akhir semester lepas, kami bersama-sama penasihat-penasihat KBM berkampung di rumah Dr. Osman semata-mata untuk merangka strategi dan Alhamdulillah dengan pengalaman dan perkongsian pandangan dengan para penasihat yang lebih berpengalaman, kami bertemu konsep program yang begitu baik ini.
Program ini masih tidak bernama ketika kami berlima, anggota majlis tertinggi KBM mengadakan mesyuarat terakhir semester lepas sebelum cuti akhir semester bermula. Perancangan disusun dan tugas dibahagi. Sebagai setiausaha, seperti biasa, membuat kertas kerja menjadi tugas saya. Jujurnya, saya cuba membuat kertas kerja yang terbaik, namun menaruh harapan yang terlalu tinggi sama sekali tidak kerana belajar dari pengalaman, saya tidak mahu terlalu kecewa andai natijahnya tidak seperti yang diharapkan.
Kertas kerja ini dihantar sebelum semester baru dibuka lagi. Namun dikembalikan semula kerana masalah-masalah teknikal dalam kertas kerja dan dihantar semula dengan segera. Ya, kami menanti agak lama. Ada ura-ura mengatakan semua kertas kerja program ditahan di meja Ketua BHEP lantaran musim PRK yang berlangsung. Saya tidak pasti kebenaran itu. Namun, Alhamdulillah, lebih kurang seminggu sebelum program ini bermula, kertas kerja ini diluluskan. Ya, saya sudah hampir hilang harapan untuk melihat program ini dilaksanakan semester. Sungguh, tiada siapa yang menyangka kerja Tuhan.
Lebih sukar untuk percaya bila Abang Sayed Munawar bersetuju untuk hadir. Saya seakan mahu menangis saat Atiqah memaklumkan tentangnya. Dalam hati saya tersa sedikit gusar. Mengapa terasa begitu mudah perjalanan diatur Tuhan? Semoga Dia sentiasa di sisi.
Walaupun bilangan peserta tidak sampai pun 30 orang seperti sasaran awal. Namun saya cukup berpuas hati. Lebih-lebih lagi bila setiap peserta pulang dengan senyuman dan wajah yang puas.
Terima kasih BHEP kerana meluluskan program ini, Abang Sayed yang sudi hadir dalam kesibukan diri, Dr Zuriati dan Dr Along yang banyak membantu dan memberi sokongan, Dr Osman sebagai mastermind untuk konsep program ini, semua mantan dan penasihat KBM yang terlibat, sahabat-sahabat di dalam KBM yang sama-sama berjuang dalam susah dan senang. Kepada semua, terima kasih tidak terhingga dan semoga kita dapat lakukan yang lebih baik pada masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Catat Ulasan