Assalamualaikum kepada semua saudara saudari yang masih sudi membuka blog KBMUPM, diharap saudaraku semua akan mendapat manfaat yang saudara semua inginkan dari blog ini. Diharap kalian semua tidak merasa perit untuk membaca blog ini, senantiasalah membuka blog ini dan sekiranya ada cadangan dan teguran boleh disampaikan melalui c-box yang berada di blog ini.
Sedar ataupun tidak, kita kini berada bulan februari tahun 2010. Bila kita bercerta tentang bulan februari, kita tidak boleh tidak bercerita tentang sambutan hari kekasih dan tahun baru cina. Sebagai seorang muslim, saya melihat semua sambutan ini tidak langsung membawa erti kegembiraan kepada saya. Ia hanya suatu perayaan bagi orang yang masih belum islam atau nereka bukan islam. Cukuplah kita menggunakan ayat-ayat dalam surah al- kafirun sebagai pegangan kita. Ayuh kita selami maksud ayat-ayat dari surah Al- kafirun dari awal hingga akhir.
1Katakanlah, “wahai orang kafir! 2Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah, 3dan engkau bukan penyembah apa yang aku sembah, 4dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, 5dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. 6Untukmu agamamu,dan untukkulah agamaku”
Apakah sebenarnya sambutan tahun baru cina? Apakah sebenarnya sambutan hari kekasih? Tahun baru cina adalah sambutan yang meraikan permulaan tahun mengikut kalander masyarakat cina. Pada tahun ini ialah tahun berzodiak harimau. Terdapat 12 zodiak di dalam kalender tahun cina, setiap zodiak membawa tuah dan nasib yang berbeza menurut kepercayaan masyarakat cina. Menurut kepercayaan masyarakat cina, susunan zodiak ditentukan melalui perlumbaan yang diadakan oleh gautama Budha yang disertai oleh tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, biri-biri, monyet, ayam , anjing dan babi. Pada pendapat anda, relevankah umat islam merayakan tahun baru cina?
Untuk mendapat jawapan tepat tanyalah pada ustaz-uztaz ataupun ulama’ yang lebih berilmu. Tetapi jika ditanya pendapat saya, adalah tidak salah mengahadiri majlis sambutan tahun baru cina jika kita ingin menjaga perhubungan kita dengan sahabat yang datang dari kaum cina. Tetapi sekiranya kita mengahdiri majlis sambutan semata-mata untuk bergembira, hingga menjejas ibadat kita kerana lalai. Saya mengkritik sekiranya muslim terkedepan dalam melaksanakan majlis sambutan sebegini berbending mereka yang menyambutnya sebagai tradisi dan agama ia adalah sesuatu yaag tidak sihat.
Bagaimana pula dengan hari kekasih atau Valentine’s Day? Menurut laman wikipedia versi bahasa melayu,
Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara. Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya. |
Ingatlah surah al-mukminun ayat 3
Allah telah berfirman: dan mereka (orang-orang yang beriman) menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
Dari Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa rasulullah telah bersabda : Keelokkan dan kesempurnaan keislaman seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)
Peristiwa yang berlaku pada Februari_14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan