20 April 2012

Saat Marah. Anda?

Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) berperibadi sangat mulia.”
 (Surah al-Qalam:4)


Dalam ayat di atas, Allah telah menyifatkan Rasulullah dengan peribadi yang sangat mulia. Menurut     Al-Imam al-Ghazali, akhlak ditakrifkan sebagai suatu sikap yang mendalam di dalam diri manusia. 

Oleh itu, akhlak yang dipamerkan oleh seseorang individu itu sebenarnya mencerminkan dalaman individu itu sendiri.  Peribadi yang mulia di sini bermaksud kesimpulan kepada segala perbuatan yang baik. Perbuatan-perbuatan ini lahir dengan sendirinya dan bukan kepura-puraan di sebalik sesuatu yang bertentangan dengannya.

Di sini, kita akan menyentuh berkenaan satu peribadi yang mulia iaitu tidak pemarah. 

Marah ibarat percikan bunga api yang bersemadi di lipatan hati. Marah juga samalah seperti puntung bara api yang tersembunnyi di dalam abu, dan boleh dinyalakan oleh rasa angkuh yang tersemat dalam hati setiap mereka yang angkuh. 

marah satu kelemahan peribadi

Rasulullah menyifatkan marah sebagai satu kelemahan peribadi pada seseorang. Seseorang yang kuat adalah seseorang yang mampu mengawal perasaan marah mereka.

Marah apabila tidak dapat dikawal dengan baik akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. Justeru Islam mengajar kita untuk mengendali perasaan marah ini dengan sebaiknya. Antara langkah yang disarankan ialah:

11.) Mengubah posisi

 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)


Image Detail
sujud melegakan pernafasan, juga kemarahan.


 Apabila seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, ini akan memudahkannya untuk bertindak di luar batasan. Oleh itu, segeralah duduk dan tenangkan fikiran.


wudhu' menenangkan jiwa



 2.) Berwudhu’ dan minum air

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .



3.) Berdiam diri

Image Detail
ketika marah, ade kalanya kita tidak rasional


 Hendaklah orang yang sedang marah itu berdiam diri ketika merasakan perasaan marah itu semakin membuak-buak. Jika diturutkan perasaan dan amarahnya itu, dikhuatari akan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan akan menyebabkan pertelingkahan.


 Oleh itu, sama-sama lah kita memperbaiki tingkah laku kita dan bermuhasabah kembali setelah berasa tenang.Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat buat semua.



Disediakan oleh :




ingatan dari editor:
Image Detail
menahan marah bukanlah meletak benci
dan menyimpan dendam


Image Detail
kita harus mengakui setiap manusia, ada kelemahan, dan hadirnya kalian
adalah untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing.
berbincang secara rasional, carilah penyelesaian...
pastikan ketika itu anda tidak marah,
 sedarlah kemarahan bukan penyelesaian masalah.




Tiada ulasan: