30 November 2009

Pengorbanan??? Islam??? Aidiladha???

Erti pgrbnan pd diri anda?
Kenapa anda sanggup berkorban jiwa demi grk kerja islam?
Apa erti aidiladha pd anda?


Jawab presiden, rauf aka shbt saya…

Baik, bila sebut pasal pgrbnn, ia mesti r sesuatu yang dasyat, yangg teruk. Kalau x, kita xpanggil pengorbanan. Betul x? Merujuk surah at-taubah ayt 24, Allah sebut tentang nilai pengorbanan manusia dalam membina potensi ke arah pembangunan diri dan masyarakat seluruhnya. Dalam tafsir Muhammad Ali as-Syaibuni, disebut manusia mesti buat pilihan, nak hidup selesa je or tinggalkan sume itu seketika untuk berjihad di jalanNya. Kalau kita pilih nak duduk selesa , maka kata Allah, fatarabbasu hatta ta'tiallahu biamrih. Kamu tunggu lah keputusan Allah. Muhd Ali as-Syaibuni kata keputusan Allah itu bermaksud azab Allah. Azab dunia atau akhirat. Aidiladha perlu dihayati roh dan maknanya. Kita tidak boleh cakap ini raye utk orang yangg baru lepas tahlul awal sahaja. Diorang dah haji, raye r diorang. Kita yang tidak perga haji lagi ni xde benda r. Sepatutnya, kita hayati apa falsafah pengorbanan yang sebenarnya. Wallahu'alam.

Jawab setiausaha, amalina…

1.Pengorbanan adalah kesanggupan untuk memberikan sesuatu yang sangat kite sayang dan penting dlm diri kite,

2.dalam melaksanakan gerak kerja islam saya tidak merasakn sangat tentang pengorbanan, barangkali masih baharu, tapi bagi sy melaksanakan gerakan dakwah adalah keperluan dalam diri saya, di mana saya merasakan ada yang kurang jika ia tidak dilaksanakan



Jawab bendahari, sabariah...

everything, lillahitaala,try da best 4 da hard work...keredaan Allah yang dicari smata..share wif othrs pe yg Allah bg kt kte







jawab sahabat saya…..


Adib...(special )


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM……….

ASSALAMUALAIKUM… ……………….

1) Erti pengorbanan…….?

Pada kawe, pengorbanan ialah suatu bentuk penyerahan segala pemberian Allah tak kiralah samada dari segi apa pun,ikhlas semata-mata hanya untuk Allah berdasarkan dengan kemampuan yang ada pada kita. Dan seterusnya juga kepada sesama manusia tetapi kerana Allah swt. ( HABLUM MINALLAH,HABLUM MINANNAS)
2) Kenapa berkorban jiwa demi gerak kerja Islam?


Kawe berkorban apa yang mampu setakat kemampuan kawe kerana kawe berpendapat ianya merupakan satu tuntutan, satu kewajipan kepada setiap manusia yang bergelar Islam tak kiralah bagaimana cara atau kaedah yang digunakannya asalkan ianya tidak bercanggah dengan syara’.(merupakan tuntutan syahadah).

Tambahan pula terlalu besar faedahnya. Kawe yakin demo mesti pernah dengar tentang maksud ayat ni…….Firman Allah swt :-

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya(selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. (surah at-Taubah, 9:111)

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran serta hadis yang membahaskan tentang bab ini.

3) Erti Aidil Adha ?


Secara tersuratnya, AidilAdha ini ialah untuk kita mengingati kembali peristiwa tentang ketaatan nabi Allah, Ibrahim a.s. dan anaknya, nabi Ismail a.s. kepada perintah Allah swt sampai ke korban jiwa. Sesuai dengan firman Allah dalam surah as-Saf ayat 10-12. Demo boleh rujuk nanti dalam tafsir.


Tetapi cuba kita tengok secara tersiratnya. Betapa besarnya pengorbanan seorang hamba terhadap Tuhannya. Baginda yakin sepenuhnya dengan Allah swt. Apa yang kawe nampak kat sininya ialah kita ambillah iktibar yang tersiratnya. Yakin dengan janji Allah serta berkorban di jalannya.


Setakat ini yang dapat kawe simpulkan…minta maaf sekiranya ada yang tersilap kata atau bahasa. Semoga Allah merahmati kita semua….terima kasih..


fikri


Pengorbanan..Sanggup berkorban apa2 saja demi agama..Coz kewajipan kite sebagai muslim..Aidladha,bekorban untuk mnengembalikan islam pada tempatnye.. Iaitu yang paling tinggi dari yang lain..


Harizul


Erti pengorbanan ialah korban ape saje utk dpt cinta ALLAH.. Kerana tugass ajak kepada ALLAH adalah perintah ALLAH..erti aidil adha ialah pengorbanan sumber untuk dapatkan cinta ALLAH dan rasulNya..


Arif



erti pengorbanan bagi ana adalah mujahadah hambanya demi mendapat cinta dan redha Allah.x pernah keciwa berkorban dan mengharap pada kasihNYA


titipan tentang baitullah...

 

Allah menjadikan Kaabah, Rumah Yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan Ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan Yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada di langit dan apa Yang ada di bumi, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.






(ayat 97 Al- Maidah)






Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.Di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.






(Ali Imran Ayat 96-97)






1 ulasan:

abu berkata...

ASSALAMU'ALAIKUM WBT,

SALAM PENGORBANAN...SALAM PERJUANGAN...SALAM UKHWAH FILLAH.

ALHAMDULILLAH...'AIDIL ADHA KALI INI AMAT BEERTI DALAM DIRI SAYA.

BERCAKAP TENTANG PENGORBANAN, PADA DIRI...APAKAH YANG ANDA LAKUKAN PENGORBANAN PADA DIRI ANDA??? ADAKAH CUKUP DENGAN HANYA BERKATA DIBIBIR TETAPI TIDAK DIUSAHAKAN??? KEBANYAKAN UMMAT SEKARANG INI HANYA ITU YANG MAMPU DIKATAKAN...
BAGI ANA...BERKORBAN PADA DIRI SENDIRI, KITA BERKORBAN MASA,KEHIDUPAN DUNIAWI HANYA UNTUK MEMILIKI CINTA ALLAH YANG SEJATI KEPADA KITA...KITA BERUSAHA, BERKORBAN MASA, HARTA, TENAGA KE ARAH ITU...DAN MESTILAH DENGAN LILLAHI TA'ALA...SUDAH CUKUP BAGI KITA CINTA DAN REDHO ALLAH...
SEPERTI NABI IBRAHIM AS. SAYA MENANGIS APABILA MEMBACA KHUTBAH DIHADAPAN PENDUDUK KAMPUNG UNTUK RAYA KALI NI..KERANA MENYINGKAP KEMBALI PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM UNTUK MEMILIKI CINTA ALLAH BAGI DIRINYA, KELUARGANYA...KERANA SANGGUP MENINGGALKAN ISTERI TERCINTA YANG SARAT MENGANDUNG DI PADANG PASIR(MAKKAH) YANG KERING KONTANG DAN TIDAK BERPENGHUNI...NAMUN, KERANA PERINTAH DAN KEYAKIKANAN KEPADA ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA, CINYA ALLAH LEBIH DIDAMBAKAN DARIPADA CINTA MANUSIA...ALLAHU AKHBAR...ADAKAH KITA SANGGUP??? NAK SUSAH DI JALAN ALLAH SIKIT PUN KITA TAK MAMPU DAN MERUNGUT...KAN??? RENUNG-RENUNGKANLAH...

PADA GERAK KERJA DAKWAH ISLAM...
ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG PADA SAYA...SAYA DIBERI RUANG OLEHNYA UNTUK BERGERAK DALAM MEDAN DAKWAH SEJAK 3 TAHUN YANG LALU. INILAH DIKATAKAN KASIH ALLAH PADA HAMBANYA YANG SERAB KEKURANGAN DAN HINA INI. SAYA SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA, HARTA DEMI GERAK KERJA ISLAM ADALAH KERANA LILLAHI TA'ALA...CUKUP ALLAH BAGIKU, MUHAMMAD PETUNJUKKU...MENUJU SYAHID FISABILILLAH...

AIDIL ADHA ADALAH SUATU HARI KEMENANGAN YANG BESAR BAGI UMMAT ISLAM...DITUNJUKKAN OLEH NABI ALLAH IBRAHIM AS. BAGINDA TELAH MENANG DALAM MEMENUHI PERINTAH ALLAH...WALUPUN BERAT DAN SUKAR BAGI KITA MELAKSANAKAN...NAMUN, KITA ADAKAH MAMPU BERBUAT DEMIKIAN???

ANTUM SEMUA SUDAH MENGERTI UNTUK MENJAWAB PERSOALAN-PERSOALAN YANG ANA TIMBULKAN...SYUKRAN

JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHOIRIN...