13 Februari 2010

Salam Februari dari Moderator




Assalamualaikum kepada semua saudara saudari  yang masih sudi membuka blog KBMUPM, diharap saudaraku semua akan mendapat manfaat yang saudara semua inginkan dari blog ini. Diharap kalian semua tidak merasa perit untuk membaca blog ini, senantiasalah membuka blog ini dan sekiranya ada cadangan dan teguran boleh disampaikan melalui c-box yang berada di blog ini.

08 Februari 2010

Bengkel Evolusi Potensi Mahasiswa : Modul Komunikasi Kunci Interaksi


Alhamdulilah dengan rahmat dan limpah kurnianNya, Bengkel Evolusi Potensi Mahasiswa Modul Komunikasi (EVO ’10 i) telah dijayakan dengan jayanya pada tanggal 31 januari 2010. Program yang diadakan di bilik a 1-04 Kompleks Akademik Pusat dihadiri oeh 12 peserta.

(berkaitan sila  ikut link ini
Nukilan Amalina Ismail S/U KBM 09/10)

Fasilitator pada hari itu adalah seorang yang hebat dan dikenali ramai. Beliau adalah Sayed Munawar yang merupakan seorang moderator program Di Luar Lingkungan yang disiarkan di TV1. Beliau orang yang terbaik untuk mengendalikan EVO ’10 i yang bertajuk komunikasi kunci interaksi. Cara penyampaian beliau adalah santai dan mudah difahami.

Sepanjang bengkel ini peserta didedahkan apakah komunikasi dan kepentingannya, kaedah komunikasi yang sesuai dari aspek verbel dan posture,dan kaedah meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Peserta juga dianalisis personaliti mereka yang mempengaruhi cara mereka berinteraksi.
Nukilan Amalina Ismail S/U KBM 09/10