06 Mac 2012

Sekilas KEKANDA '12

      Kem Aspirasi Kecemerlangan Minda sekali lagi telah berjaya menadi salah satu mekanisme untuk menarikmahasiswa untuk bergiat aktif di dalam KBMUPM dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli. KEKANDA 12 yang diadakan pada 24-26 April berlangsung di Resort Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong .

      KEKANDA 12 adalah sangat istimewa kerana ia telah berjaya menarik para peserta dari kalangan pelajar pelbagai jurusan, yang berminat menyertai KBMUPM. Mereka juga bertuah kerana berpeluang menerima pencerahan dari Saudara Jufitri Joha yang merupakan Pengerusi Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD). 
Saudara Jufitri Joha
      Saudara Jufitri Joha merupakan seorang yang memiliki pengalaman luas dalam perkembangan belia di seluruh dunia kerana sering terlibat dengan konvensyen dan bengkel pembangunan belia di peringkat antarabangsa.


      Selain itu, KEKANDA 12 menjadi satu program yang dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah dan melestarikan budaya organisasi prestasi tinggi dalam kalangan mahasiswa. Aktiviti sepanjang KEKANDA 12 melatih para peserta untuk berkomunikasi secara berkesan dan proaktif. Ia juga membentuk keyakinan diri dalam setiap peserta kerana mereka dibantu oleh para fasilitator yang banyak terlibat dengan pelbagai NGO dan aktif di peringkat universiti dan kolej.

      Bantuan daripada mantan ahli KBMUPM juga telah melancarkan lagi perjalan program KEKANDA kali ini. Tanpa bantuan mereka, pasti KEKANDA 12 tidak dapat berjalan lancar.


    


      Diharapkan para peserta KEKANDA 12 dapat mempraktikkan ilmu dan kemahiran di perolehi semasa program ini berlangsung. Lebih penting, ukhwah yang terjalin kukuh dapat diteruskan hingga syurga...

Tiada ulasan: