Assalamu'alaikum dan Salam 21 Rejab.
Apa khabar iman saudara saudari sekalian? sudah layukah dek kekenyangan rehat di ketika cuti yang panjang ini. Sudah kah keringat dimanfaatkan untuk Tuhanmu, Rasulmu, Ibu Bapa dan saudara maramu? Adakah keputusan akademik berpihak pada kehendakmu? Biar.. biar kalian sendiri menjawab soalan tersebut. Jika tiada satu pun yang terjawab, jangan bimbang, cuti ini masih berbakikan waktu =).
Suka untuk mengulas tentang isu-isu semasa yang dirujuk kini. Sahabat-sahabat maklum bukan tentang bakal kemunculan penyiaran Solehah(TV AlHijrah ) dan Ustazah Pilihan (Astro Oasis). Mulalah ada yang mempersoalkan tentang boleh atau tidak. Haram atau halal. Dan semua yang sama waktu dengannya.
Asyhadu-ann-laa-ila-ha-illa-allah wa-asyhadu-anna-muhammad-rasulullah. setiap ayat yang akan disusun berikutnya merupakan pendirian peribadi.Saya bukanlah jua ustazah yang layak untuk memberikan fatwa tentang apa-apa jua. Cuma seorang pelajar Bachelor Sains Kebinatangan yang mensyukuri nikmat akalnya.
Begini ya, sahabat sahabiah semua maklum tentang kaedah penyiaran akhbar dan multimedia di Malaysia bukan? Sudahkah cerita/drama/fiksyen yang disiarkan kini mampu membantu masyarakat kita untuk bergerak ke arah yang lebih baik? Tidak dinafikan wujud satu, dua atau kosong poin sembilan peratus yang wujud di sesetengah siaran. Namun, cukupkah itu yang diharapkan sebagai alternatif bagi zaman segalanya di hujung jari anak-anak muda kini?
Saya kira dengan kewujudan siaran-siaran alternatif seperti Imam muda, Ustazah Pilihan Mahupun Solehah, Cari Menantu, Akademi Nasyid dan semua yang sama waktu dengannya boleh dikategorikan sebagai alternatif. Masyarakat sekarang, tambahan anak-anak muda tidak gemar dikata 'Jangan' untuk menonton akademi fantasia, mentor atau semua yang memang sahih tiada manfaatnya. Tetapi, kita boleh menarik mereka dengan meletakkan alternatif yang sedemikian juga. Mungkin, atas landasan ini para penerbit memulakan idea realiti TV yang berunsur islamik ini.
TeTapi(tanda seru) sebagai antara pengakses kepada telivisyen di rumah, saya masih tidak dapat melihat atas kayu ukur apa mereka akan mengenal pasti pembangunan insan yang dapat dipupuk melalui kisah-kisah realiti yang meniru cara-cara dan konsep yang mengambil jalan pintas. Tiada salahnya dengan batu asas permulaan program ini, cuma kaedah pelaksanaan yang perlu dititik beratkan semula. Molekkah seorang gadis pergi mempamerkan kebaikan diri sendiri dan meminta untuk disiarkan di Televisyen? ( saya tak tahu saya yang kolot atau antik, tapi, saya rasa perbuatan tersebut adalah tidak comel sama sekali)
Mungkin penerbit dan penaja perlu lebih kreatif dalam melaksanakan dan merealisasikan alternatif program islamik yang sebegini. Janganlah malas untuk mencari realiti di luar sana. Menyuruh yang berbakat untuk datang uji bakat, entah apa bezanya dengan program- program berunsur hedonisme di luar sana. Bergeraklah sikit wahai krew-krew televisyen, iya mungkin sudut pencahayaan di studio itu lebih kacak dan memudahkan sistem bunyi. Namun, untuk melahirkan alternatif yang benar-benar tidak mengelirukan perlu gerak kerja yang innovatif dan tidak hanya menceduk di sana sini. Seharusnya, kalianlah yang bergerak mencari Ustazah atau Si Solehah di ceruk-ceruk kampung itu.
Sekian dahulu, sekali lagi ditekankan bahawasanya berikut merupakan pendapat peribadi. Semoga bermanfaat kepada kalian dan saya. Baik buruk datang dari ALLAH, tetapi diterjemahkan melalui ketempangan ilmu saya sendiri. [ mohon komen dan pandangan kalian juga]