Pencalonan dibatalkan?Tidak hormat orang solat!Kami mahu hak kami!Pengganas! Pecah pintu!Kami mahu penjelasan! Dah 15 jam kami menunggu! Berani kerana benar!Tak beradap! Gila kuasa!Banyak helah! Main media!
Raikan perbezaan pasti ade bezanya....
ORANG LAINTIDAK BOLEHJADI SAYA
PAGI tadi, saya nyaris merempuh sebuah kereta ketika hendak memasuki jalan utama. Pemandunya membunyikan hon marah. Saya pun membalas suara hon kenderaannya dengan mengajuk bunyinya. Kami saling bertukar-tukar cebikan. Saya mengagak, dia memarahi saya kerana hendak memotong laluannya. Saya pula memarahinya kerana terkejut.
Kemalangan itu hampir terjadi kerana dia tidak memasang lampu keretanya. Waktu itu sudah 7.00 pagi, tetapi keadaan masih gelap. Walaupun saya boleh nampak jalan raya tanpa memasang lampu, saya masih menyalakannya kerana mahu pemandu lain nampak akan kehadiran kereta saya. Orang lain kesemuanya memasang lampu kecuali kereta itu.
PAGI tadi, saya nyaris merempuh sebuah kereta ketika hendak memasuki jalan utama. Pemandunya membunyikan hon marah. Saya pun membalas suara hon kenderaannya dengan mengajuk bunyinya. Kami saling bertukar-tukar cebikan. Saya mengagak, dia memarahi saya kerana hendak memotong laluannya. Saya pula memarahinya kerana terkejut.
Kemalangan itu hampir terjadi kerana dia tidak memasang lampu keretanya. Waktu itu sudah 7.00 pagi, tetapi keadaan masih gelap. Walaupun saya boleh nampak jalan raya tanpa memasang lampu, saya masih menyalakannya kerana mahu pemandu lain nampak akan kehadiran kereta saya. Orang lain kesemuanya memasang lampu kecuali kereta itu.
Pemandunya berfikiran, lampu kenderaan hanyalah untuk menyuluh jalannya. Oleh kerana dia sudah nampak jalan, maka dia mula memadam lampu. Dia tidak sedar kalau dia masih memasang lampu, dia membantu orang lain melihat akan kehadiran kenderaannya. Justeru, kemalangan boleh dielakkan.
Bagaimana pun, itu hanyalah pendapat saya. Mungkin dia memadam lampu kerana sudah tidak memerlukannya. Saya pula masih memasang lampu kerana mahu orang lain nampak dan mengelak dari melanggar kereta saya. Masing-masing ada rasional yang tersendiri.
Namun, oleh kerana mahu orang lain berfikiran seperti kita, maka kita marah bila ia tidak berlaku. Padahal, kita tidak boleh marah jika orang lain tidak ikut apa yang kita inginkan kerana mereka tidak boleh menjadi kita. Biasanya, perselisihan faham beginilah yang seringkali terjadi di antara suami-isteri, ibu-bapa, atau di kalangan mereka yang sama setempat kerja.
Si isteri minta suami bangun pagi untuk menemankannya ke pasar. Baginya, barang basah lebih segar dan pilihan lebih banyak bila pergi awal. Si suami pula tidak mahu bangun cepat kerana pada pendapatnya, lagi sedikit pilihan, lagi cepat isterinya selesai membeli belah. Ia menjimatkan masa. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai pandangan masing-masing dan mahukan yang seorang lagi akur dengan caranya, maka akhirnya mereka bermasam muka.
Si ayah yang dahulunya mengambil peperiksaan STPM hingga 5 kali untuk memasuki universiti akan berasakan ketekunannya belajar siang dan malam selama bertahun-tahun adalah cara terbaik untuk layak masuk ke universiti. Kerana itu, si anak juga dipaksa belajar mengikut cara lamanya; siang dan malam, tanpa TV, muzik dan tanpa internet. Sedangkan bagi si anak, TV, muzik dan internet adalah santapan minda ketika belajar. Mana mungkin si anak mendengar nasihat si ayah kerana dia sudah terdedah dengan pelbagai bentuk kerehatan sejak kecil lagi?
Di tempat kerja, cara seseorang itu beribadah juga boleh menimbulkan tanggapan yang negatif bagi orang lain. Jika si A yang dapat melakukan banyak solat sunat, dia tidak boleh berasakan yang rakannya si B yang tidak langsung melakukan solat sunat sebagai orang yang kurang beribadah daripadanya. Mungkin bagi B, dia memilih untuk banyak bersedekah tanpa pengetahuan si A. Sudah tentu si B buat-buat tak dengar bila si A menyarankan agar dia memperbanyakkan solat sunat.
Soalnya, mengapakah kita mahu orang lain jadi seperti kita? Mungkin sekali kerana cara yang kita temui itu telah menghasilkan yang terbaik dan paling berjaya, kita beranggapan bahawa cara itu juga paling bagus untuk semua orang. Dalam keghairahan agar orang lain menuruti formula kejayaan diri, kita memaksa orang lain turut mengikutinya. Akhirnya, apabila orang lain tidak mahu peduli, kita pula yang marah. Sedangkan marah kita itu tidak berasas kerana dia bukan kita.
Ada juga di antara kita yang menggunakan kedudukan sebagai ketua atau yang lebih berkelayakan untuk memaksa orang lain mengikuti cara kita. Tidak dinafikan, cara paksaan boleh menghasilkan kejayaan. Tetapi, mereka yang mematuhinya mungkin hanya akur kerana minda dan hati mereka terpasung. Apabila kita tiada, maka masing-masing akan ikut cara sendiri-sendiri. Ini terjadi tidak kira di dalam negara, organisasi mahupun institusi keluarga.
Justeru itu, untuk apakah kita mahu orang lain menjadi seperti kita? Bukankah manusia itu diwujudkan dengan pelbagai perbezaannya? Alangkah bosannya kita jika kita semua berfikiran dan bertindak serupa. Kita bukannya robot. Sebaliknya kita adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Raikanlah perbezaan meskipun dalam pergeseran.
Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 15.12.2010.
sumber http://maafcakap.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan