05 Jun 2009

Dosa - Cerpen pertamaku

.
DOSA
Mohd Fuad Hilmi Zakaria.







Aku malu Ya Allah…aku malu…aku malu pada diriku sendiri yang bukan milikku. Aku malu pada-Mu, pada Rasul-Mu yang akan memberi syafaat pada umatnya kelak dan yang terlalu mencintai umatnya lebih daripada dirinya. Aku malu Ya Allah…kerana aku terlalu jahil….aku tidak mencintai Rasul-Mu sebagaimana Baginda cintakan umatnya. Dengan perlahan air mata jatuh berjujuran dipipinya yang putih dan ayu.

Setelah Nora mendengar lagu nasyid daripada corong radio dendangan kumpulan Raihan “Damba Cinta Mu” dan “Pemergianmu” dari kumpulam In Team yang dimainkan stesen IKIM.FM ketika termenung di beranda rumahnya sewaktu senja menjelang malam. Sewaktu cahaya matahari yang memancar indah tapi lemah tak bermaya.

Dalam kelu, dalam sedu, dan suara tangisan yang tidak kedengaran. Dengan air mata jernih yang jatuh berjujuran, suasana yang sayu dan pilu itu menyelubungi dan mendakap diri Nora. Tidak dapat lagi Nora menahan sedih dan sebak didada. Hanyalah tangisan kekecewaan yang menghantui dirinya di ketika itu.




Terdetik dihatinya ketika itu tentang masa lampau yang pernah dilaluinya ketika muda-muda dahulu. Teringat dia pada segala dosa yang telah dilakukan ketika umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Nora bukanlah seorang anak gadis yang baik, dia seorang yang liar dan tak mahu dengar segala nasihat orang tuanya serta guru-guru.

Ketika dibangku sekolah menengah lagi dirinya telah menjadi rosak dan sukar untuk dibentuk lagi. Segala nasihat, tunjuk ajar dan teguran daripada orang tuanya sedikit pun Nora tidak mengendahkannya dan ambil pusing. Apa yang dia tahu hanyalah hidup untuk berseronok dan berpeleseran semata-mata bersama teman-temannya.

Kini, Nora telah berumah tangga dan hidup bahagia bersama suami tercinta Namun, dalam jiwanya tersemat beribu rasa kekecewaan yang teramat sangat. Pernah suatu ketika dahulu Nora menderhaka kepada orang tuanya dengan mengatakan perkataan yang tidak baik dan kesat.

Suatu pagi ketika Nora pulang dari kelab malam, ibu dan ayahnya telah menegur dan memarahinya “kamu dari mana Nora, pagi baru tahu balik rumah?” ayahnya bertanya.

Nora pada mulanya hanya diam seribu bahasa. Setelah disoal dan dimarahi ibu dan ayahnya berulang kali, dengan riak muka masam dan suara kasar Nora menjawab “suka hati aku la…apa kau orang tua nak peduli? Aku punya pasal la nak pergi mana-mana pun”.

Ibu dan ayahnya tergamam, anak gadisnya sanggup berkata sedemikian dan bersikap biadap sungguh. Ibunya menangis setelah mendengar kata-kata Nora. Ayahnya yang hilang sabar telah menampar pipinya dan menghalaunya keluar dari rumah. Nora dengan rasa tak puas hati terus keluar meninggalkan rumah tanpa menyesali atas perbuatanya yang kurang ajar itu.

Setelah keluar dari rumah, Nora hilang arah dan punca. Nora telah tinggal bersama teman lelakinya yang bukan muhrim. Nora tidak lagi bersekolah dan juga tidak bekerja, teman lelakinya tempat dia mengadu nasib. Termasuklah memberikannya makan dan pakai. Teman lelakinya seorang samseng dan kaki pukul. Setelah berbulan tinggal bersama, mereka telah melakukan hubungan seks iaitu berzina. Perkara seumpama itu sudah terbiasa bagi mereka dan rakan-rakan yang lain jika bertandang ke rumah teman lelakinya. Hidup mereka penuh bergelumang dosa dan maksiat semata-mata.

Tiap-tiap malam akan mabuk di kelab-kelab malam di ibu kota. Lebih teruk lagi, budaya hidup mereka telah terikut-ikut dengan budaya barat sepenuhnya. Budaya bertukar-tukar pasangan untuk melempiaskan nafsu serakah dan hasutan syaitan durjana sudah menjadi perkara biasa. Malah, teman lelaki Nora pun tidak memarahinya sebaliknya sama dengan Nora. Hal-hal dan hukum agama tidak lagi dipedulikan Nora. Solat lima waktu tidak lagi dikerjakan, puasa tidak lagi dihiraukan, apatah lagi hukum-hukum halal haram.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Hidup Nora masih lagi ditahap yang sama. Tidak pernah terdetik dihati kecilnya untuk insaf dan bertaubat kembali ke pangkal jalan. Pernah ibu dan ayahnya pergi mencari dan berjumpa dengan Nora, namun tidak dipedulikannya. Lebih teruk lagi, Nora menghalau orang tuanya dengan kasar dan herdikan yang menghinakan serta memalukan. Nora telah jauh terpesong daripada akidah Islam yang dibawa Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w..Nora tidak lagi mengenal Tuhan yang Maha Esa yang telah menciptakan umat manusia dan seluruh makluk di dunia serta alam maya yang bersifat bagaikan stesen persinggahan sementara semata-mata.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika Nora membonceng motosikal bersama teman lelakinya dan rakan-rakan yang lain dalan satu perlumbaan haram. Tanpa diduga dan kuasa Tuhan yang Maha Esa menentukan segala-galanya. Nora dan teman lelakinya telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di jalan raya. Motosikal yang ditunggang teman lelakinya telah terbabas dan melanggar sebuah lori kontena yang terlalu besar.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nora bernama Joe telah meninggal dunia dengan begitu dasyat. Tubuh badannya hancur berkecai dan bertaburan di jalan raya bagaikan kucing dilanggar kereta. Namun, Tuhan Maha Kaya dan Penyayang. Nora terselamat daripada tragedi yang dasyat itu, hanyalah cedera parah yang menimpanya.

Akibat kecelakaan yang menimpanya, Nora telah koma hampir tiga bulan di hospital. Semenjak Nora kemalangan dan dimasukkan ke hospital, tiada siapa yang datang melawatnya. Hanyalah ditemani katil dan tilam semata-mata. Tiada lagi teman-teman ketawa yang sentisa bersamanya suatu ketika dahulu. Tiada ibu bapa yang menemaninya, Nora rasakan begitu sengsara sekali. Kecederaan yang menimpanya, menyebabkan Nora tidak dapat berjalan lagi. Hanya terbaring kaku di katil dan bilik yang sepi. Sesekali dikunjungi Sang doktor dan jururawat peneman dikala sunyi.

Namun, jiwa Nora sentiasa dirundung hiba dan kesedihan yang tak terduga oleh sesiapa pun. Hanya dirinya dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Namun, disaat jiwanya kosong dan sengsara dikala hatinya pedih terluka disebabkan keangkuhan dan kejahilan dirinya semata-mata. Ada insan yang sanggup menemaninya dan mendengar segala rintihan hati Nora yang sudah hancur luluh bagaikan sudah tiada lagi. Sang doktor muda yang baik budi pekertinya, sopan santun gaya bahasanya, elok paras rupanya yang sudi menjadi peneman hidupnya.

Setelah lima bulan dalam rawatan di hospital, tiba masanya Nora sembuh dan dapat keluar untuk meneruskan kehidupannya. Namun, Nora tiada tempat untuk bergantung dan berteduh. Ditambah pula kakinya yang telah lumpuh kedua-duanya dan tidak lagi bermaya. Sang doktor muda yang menemaninya semasa di hospital telah membawa Nora pulang ke rumahnya dan dikenalkan kepada kedua orang tuanya. Hiduplah Nora menumpang teduh dan kasih di rumah doktor muda tersebut.

Setelah sekian lama, rasa kasih dan sayang mula bertaut dihati Sang doktor muda terhadap Nora. Rasa kasihan yang menebal bertukar menjadi cinta yang mekar tanpa Nora sedari. Suatu hari ketika berjalan-jalan di taman halaman rumah, Sang doktor muda telah melamar Nora menjadi suri dalam hidupnya. “sudikah kiranya Nora menjadi isteri saya?” Nora tergamam dan terkedu membisu seribu bahasa. Tiada ungkapan yang keluar dari bibir mungilnya. Hanyalah air mata tangisan yang mengalir jatuh membasahi bibirnya. Disaat jiwanya kosong dan dahagakan kasih sayang dan dirinya yang banyak melakukan dosa suatu ketika dahulu, masih ada insan yang sudi melamarnya. Sang doktor muda hanya memerhatikan tindak-tanduk Nora.

Sebentar kemudian, keluar kata-kata yang tersekat-sekat ddari bibir manis Nora. “mmmaafkan saya tuan doktor, saya tidak layak menjadi penyeri hidup doktor” .

Sang doktor bertanya, “mengapa tidak?”. Nora berkata “doktor sendiri telah mengetahui tentang diri saya yang kotor dan jijik ini, hidup penuh dengan dosa dan noda” Nora menangis lagi dan teresak-esak. Sang doktor hanya diam membiarkan Nora dengan esak tangisnya. Pabila reda, Nora bersuara lagi “saya tak seperti wanita lain, saya cacat dan serba kekurangan”. Sang doktor hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Nora.

Dia berkata, “Allah telah memilih kita Nora…Dia yang Maha Berkuasa dan Mengetahui akan segala-galanya. Dia juga telah mempertemukan kita di ketika ini, ketika dan saat masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Inilah qada’ dan qadarnya, kita sebagai hambanya wajib percaya segala-galanya”.

Sebulan kemudian, apabila Nora dan ibu bapa Doktor itu telah sepakat dan sebulat suara mengatakan persetujuan, perkahwinan Nora bersama doktor muda hendak dilansungkan. Timbul masalah dipihak Nora iaitu siapa yang akan mewalikannya nanti? Nora tidak tahu dimana ibu ayahnya berada dan masih hidup atau telah tiada. Malah rasa rindu dan bersalah dirinya suatu ketika dahulu tidak terduga lagi. Nora ingin mencari kedua orang tuanya walau dimana mereka berada.

Setelah berusaha mencari yang dibantu bakal suaminya dan keluarga bakal mentuanya, usaha Nora hanyalah tinggal sia-sia. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia ketika nenunaikan fardhu haji di Masjidilharam, Makkah. Hancur luluh hati Nora mendengar berita kematian ibu ayahnya. Tidak sempat Nora berjumpa dan memohon maaf disatas segala silap dan salahnya suatu ketika dahulu. Nora tiada siapa-siapa lagi didunia ini, hanya tinggal sebatang kara menjadi yatim paitu. Nora adalah anak tunggal dalam keluarga. Nora asyik menangis dan menyalahkan dirinya kerana tidak mendengar nasihat orang tuanya dahulu. Nora tidak sempat melihat jasad kedua orang tuanya, yang dilihat kali terakhir hanyalah ketika dia menghalau dengan kasar dan mengherdik kedua rang tuanya sewaktu memujuknya pulang ke pangkal jalan.

Dalam esak tangis yang sedu, Nora berkata “Ya Allah…aku hambaMu yang hina, dina, kerdil dan jahil disisiMu…maafkan aku Ya Allah…ampuni segala dosa-dosaku yang lampau, aku menyesal dan bertaubat padaMu Yang Maha Esa, ibu…ibu…ibu…ayah…maafkan Nora, ampuni dosa Nora, Nora Menyesal atsa segala dosa yang Nora lakukan selama ini dan terhadap ibu ayah…”


Nora hanya mampu menangis sepaus-puasnya. Suasana diruang tamu rumah doktor petang sebelum hari pernikahan mereka berdua menjadi sunyi sepi dan suram. Ibu bapa dan doktor muda itu turut sama mengalirkan air mata kesedihan mengenangkan nasib yang menimpa diri Nora.

Dalam suasana suram, Sang doktor muda bersuara memecahkan kesunyian “hebat sungguh kuasaMu Ya Allah…janjiMu adalah benar, janji RasulMu jua adalah benar…sungguh elok takdirMu, anak yang berdosa walaupun tidak dapat meratapi pemergian Ibu ayahnya..masih sempat bertaubat” dia memujuk hati Nora, “janganlah dikau bersedih lagi wahai penyeri hidupku, ibu dan ayahmu pergi menyambut dan mmenyahut seruan Ilahi dalam keadaan yang amat mulia, meninggal di Tanah Suci yang diidamkan setiap hamba-Nya.

Marilah berdoa agar roh mereka mendapat redha Allah s.w.t.. suatu masa nanti jika dizinkan kita pergi menziarahi pusara mereka, ini janji abang pada Nora”. Air mata Nora diseka dengan jarinya, Nora merasakan sungguh bahagia kerana mempunyai bakal suami yang sungguh baik hati, penyanyang dan beriman.

Keesokan harinya, majlis akad nikah dan persandingan Nora dengan doktor muda berlangsung dalam keadaan yang sederhana. Namun, amat beerti bagi diri Nora dan kebahagian yang bakal dikecapi dalam melayari bahtera rumah tangga. Malah, kedua mentuanya juga amat baik hati dan memahami tentang keadaan diri Nora.

Hal ini kerana kedua mentuanya juga amat warak dan beriman kepada Allah s.w.t.. Nora rasa amt bertuah sekali dengan nikmat dan kurnian Tuhan kapadanya. Walaupun seketika dahulu Nora terkandas dalam hidupnya didunia yang penuh pancaroba dan onak berduri. Tenyata Allah masih sayang dan memafkannya, karana tidak membiarkannya sesat selamanya dan mati dalam kekufuran serta berdosa. Nora mengucap syukur pada Allah s.w.t..dengan hati yang sedih dan bertaubat kepadanya.

Tiba-tiba Nora tersentak daripada lamunan di petang senja itu apabila bahunya dipegang oleh tangan yang lembut dan dia mengenali dengan baik sentuhan manja itu. Sentuhan itu datangnya dari tangan suami tercinta Sang doktor muda iaitu Azmi. Azmi memeluknya dan mereka menikmati matahari senja dengan bahagianya daripada kurnian Tuhan Yang Maha Esa. Nescya Allah amat mengasihani hamba-hamba-Nya, lagi-lagi hamba-Nya yang suka bertaubat.

Tiada ulasan: