18 Jun 2009

Sebuah Warkah yang Lahir dari Hati

Assalamualaikum, salam ceria, salam kecemerlangan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Kali ini saya ingin berkongsi satu warkah yang saya sifatkan cukup menusuk qalbu saya.
Ianya satu luahan hati seorang sahabat saya ketika kami masih di sekolah menengah. Semoga ia dapat memberi sesuatu kepada semua yang menghayatinya. SELAMAT MEMBACA ek.. ^_^

Hari ini , aku dapat peluk al-Quran. Al-Quran ini kalam Allah yang sangat mulia. Dalam al-Quran, segalanya dicatatkan. Betullah kata ustaz dan ustazah, al-Quran itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Sebuah kitab yang perfect, sehinggakan tidak ada sesiapapun yang bisa menandingi kehebatan dan keindahan gaya bahasa al-Quran. Subhanallah..

Aku rasa malu sangat tatkala mengenangkan bahawa aku ini hamba yang kerdil, lemah, daif dan jahil. Namun, Allah Maha Pemberi Kurnia.Allah izinkan aku memegang al-Quran ini walaupun tangan aku ini kotor dan telah banyak bergelumang dengan najis dosa. Ya Allah, malunya aku terhadapMu, memegang kitab yang mulia ini dengan tangan yang kotor. Ampunkan aku Ya Allah...


Aku dapat peluk al-Quran hari ini, tetapi aku tidak tahu adakah esok, lusa, bulan depan, tahun depan aku masih dapat memeluk kitab agungMu ini Ya Azim.. Aku tidak tahu adakah nanti aku sudah belajar tinggi-tinggi, bekerja dan melayari bahtera hidupku sendiri, masihkah ada waktu yang aku luangkan untuk menyelak helaina suci ini dan membacanya dengan penuh tawadhuk, Ya Allah..

Hari ini, aku dapat peluk al-Quaran. Namun, fenomena dunia hari ini begitu menyesakkan fikiran. Anak-anak muda hari ini seolah-olah hilang pedoman dan kewarasan akal fikiran. Kebiadaban menjadi suatu kebiasaan dan menghakis terus nilai kesantunan. Malah, apa yang lebih mengjengkelkan, hal-hal keagamaan tidak lagi dititikberatkan tetapi dipandang enteng oleh banyak pihak. Aku lelah dan tidak keruan, adakah aku dapat memperturunkan ilmu al-Quran yang aku pelajari ini kepada anak-anak dan cucu-cucuku. Tambahan cabaran terhadap anasir luar tentunya lebih hebat dan besar daripada sekarang.

Hari ini, aku dapat peluk kitab suci , al-Quran yang kudus, namun aku tidak pasti adakah aku mampu lagi untuk memeluk sebegini erat kitabMu ini, Ya Allah.

Aku cinta kepadaMu Ya Allah. Aku cinta kepada Rasulmu, Muhammad S.A.W. Aku juga cinta kepada kitab peninggalan kekasihMu, Ya Allah. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan jadikanlah kami hamba yang taat kepadaMu.

Ya Allah, jauhkanlah segala kerisauan dan ketidakpastianku. Berikanlah aku berita gembira dan izinkanlah aku memeluk kitabMu ini selalu seperti mana eratnya aku memeluk sekarang.

Kepada saudaraku sekalian,
Ingatlah bahawa Nabi kita, Muhammad S.A.W. pernah bersabda pada khutbah terakhir yang disampaikan baginda:

"Telah aku tinggalkan kepada kamu 2 prkara. Selama mana kamu berpegang kepada 2 perkara ini, kau tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah NabiNya."

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup kita dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. asaemoga hidup kita sentiasa berprestasi dalam reda Allah.

Nailofar 502

16 Jun 2009

Innalillah~~~

Dr. Fathi Yakan
Jun 14, 2009

fathi yakan

Belasungkawa untuk Dr. Fathi Yakan.

Pastinya ramai aktivis gerakan Islam seluruh dunia terkesan dengan berita kewafatan beliau semalam. Peranan dan sumbangannya dalam menyampaikan risalah Islam begitu bermakna sekali. Setiap tulisannya sentiasa menjadi rujukan buat para daie’ di era ini. Antara tulisannya yang termasyhur ialah ‘Maza Ya’ni Intiami Lil Islam’ (Mengapa saya berintima’ dengan Islam).

Semoga Allah merahmati beliau dan memberi kesabaran kepada kaum kerabatnya.

Air Mata Rasul




Air Mata Rasul S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang
yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam",
kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali
ini aku melihatnya," tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap
puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara,dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata
Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap diatas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?", tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu, " kata Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega,matanya
masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?
", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib
umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah mendengar Allah
berfirman
kepadaku:
"Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali
umat Muhammad telah berada
didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah
terpejam, Ali yang
disampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan
muka."Jijikkah
kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah
pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar
Rasulullah
mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja
semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak
lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat
aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-
orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling
berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan.
"Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku,
umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa
salim 'alaihi Betapa
cintanya
Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim
lainnya agar timbul
kesadaran
untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan
RasulNya, seperti Allah
dan
Rasulnya mencintai kita.

15 Jun 2009

Puisi Minggu Ini..





KEMATIAN

Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.

Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.

Kematian,
Sentiasa menyelubungi,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat jangkaannya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.

Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku dipembaringan,
Tiada apa yang dapat lakukan,
Tiada harta yang bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.

Kematian,
Pabila jasad dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.


Nukilan;FUAD(abu), kamar KTP,UPM.
16.02.08 / 09 Safar 1429H.

CERPEN MINGGU INI...



Taubat Menegurku… Mohd Fuad Hilmi Zakaria

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (Kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya” ( Jatsiyah:23),. Dan tiadalah di dunia ini, selain dari permainan belaka. Dan sungguh perkampungan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu mahu memahaminya? (Al-An’aam:32).
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu. Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun yang lepas…
“Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?” Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
“Hurrm…. Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ni,” dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!


“Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,”
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan.Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagian tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
“Cakaplah sayang, apa dia?”
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
“Adlina permata hatiku, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?”
Dia gamam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
“Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?”
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejakan yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...
‘ Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!”
“Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?”
Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!”
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
“ Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!”
“ Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!” Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunia dia gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
“Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat.”Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, “Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!‘
Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu di hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah sayangkan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
“Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi” ( Hadis)
“Adlina, akak nak tanya ni....,’
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
“Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?”
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawap persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
“ Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat” (An- Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
‘Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.’
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus –putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
‘Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun bukan.’
Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang. Namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
‘Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi. dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. ’
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu?bisik hatinya.
‘Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.’
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
‘ Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.’
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan
rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya’ (Al- Anfal: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
‘Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ’ begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
“ Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu. Ya Allah, kiranya tiada cinta insani untukku…cukupla cintaMu penyuluh hidupku…moga kelak ada CINTA untukku daripada insan yang mencintaiMu sepertimana cintaku terhadapMu…Amin…
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
‘Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,’ Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk
mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
‘Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.’
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu. Adlina memberitahu segala-galanya kepada Kak Ramlah dan Abang Hakim, mereka memahaminya. Adlina bersyukur kepada Allah, kerana Harman masih mencintainya dan bertanggunggjawab atas dosa yang mereka lakukan. Pintu taubat masih terbuka dan masih belum terlambat buat insan yang bergelar hamba yang hina…

ARAK HALAL???




Arak Halal?... Bangga Ke??


Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. esok2 bebudak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata tu arak halal..nak buat macam mana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...

Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan. com.my

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya. "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang
diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia" katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand dan Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

05 Jun 2009

Amanat Presiden KBM


Assalamu'alaikum wbt....

Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya jua dapat kita menghasilkan medan da'wah maya ini.segala puji-pujian ana panjatkan serta mohon kepada ALLAh swt, semoga medan da'wah ini dilakukan dan dijaga dengan baik. segala pujian juga dan selawat serta salam buat jungjungan Mulia kita Nabi Muhammad saw. kerana melauli kesinambungan da'wah Islam yang dijalankan oleh baginda dan para sahabat-sahabiah, tidak mungkin kita hari ini akan merasai ni'mat iman dan Islam itu sendiri.

oleh itu,sentiasalah kita sebagai ummatnya merasai dan muhasabah diri tentang perjuangan baginda dan kasih sayang ALLAh terhadap diri kita ummat ISlam dan ummat nabi muhammad saw.nabi yang utama,mulia,hebat dan sebaginya.

ana sangat2 berterima kasih kepada semua ahli2 KBM yang secara langsung @pun tidak langsung dalam menjayakan medan da'wah maya ini. ana suka mengatakan...bekerjalah bersama-sama ana, bukannya menurut apa sahaja yang ana katakan. bekerjasama lebih baik daripada menyalahkan sesiapa.

ana juga berharap,adik2 yang baharu sahaja hendak mengenali KBM, bersamalah dengan KBM. bukannya dengar daripada omongan orang lain...kerana apa??? ALLAh ada berfirman dalam Al-Quran : PERATURAN-PERATURAN TENTANG PERGAULAN UMAT ISLAM
Bagaimana menghadapi berita yang dibawa orang fasik.

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. Al-Hujuraat(6).

oleh itu, sahabat-sahabiah sekalian,adik2 dan juga saudara-saudari sekalian...marilah kita bersama-sama membawa kegemilangan dan kegungan Islam itu seperti yang ALLAh wa RASUL janjikan...

akhir kata,jazakallahu khoiran kathira.
"carilah dimana titik-titik persamaan,bukannya perbezaan"
"bekerjalah kerana ALLAh,nescaya kamu akan dapat merasai nakan ni'mat kemanisan iman itu"

Dosa - Cerpen pertamaku

.
DOSA
Mohd Fuad Hilmi Zakaria.







Aku malu Ya Allah…aku malu…aku malu pada diriku sendiri yang bukan milikku. Aku malu pada-Mu, pada Rasul-Mu yang akan memberi syafaat pada umatnya kelak dan yang terlalu mencintai umatnya lebih daripada dirinya. Aku malu Ya Allah…kerana aku terlalu jahil….aku tidak mencintai Rasul-Mu sebagaimana Baginda cintakan umatnya. Dengan perlahan air mata jatuh berjujuran dipipinya yang putih dan ayu.

Setelah Nora mendengar lagu nasyid daripada corong radio dendangan kumpulan Raihan “Damba Cinta Mu” dan “Pemergianmu” dari kumpulam In Team yang dimainkan stesen IKIM.FM ketika termenung di beranda rumahnya sewaktu senja menjelang malam. Sewaktu cahaya matahari yang memancar indah tapi lemah tak bermaya.

Dalam kelu, dalam sedu, dan suara tangisan yang tidak kedengaran. Dengan air mata jernih yang jatuh berjujuran, suasana yang sayu dan pilu itu menyelubungi dan mendakap diri Nora. Tidak dapat lagi Nora menahan sedih dan sebak didada. Hanyalah tangisan kekecewaan yang menghantui dirinya di ketika itu.




Terdetik dihatinya ketika itu tentang masa lampau yang pernah dilaluinya ketika muda-muda dahulu. Teringat dia pada segala dosa yang telah dilakukan ketika umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Nora bukanlah seorang anak gadis yang baik, dia seorang yang liar dan tak mahu dengar segala nasihat orang tuanya serta guru-guru.

Ketika dibangku sekolah menengah lagi dirinya telah menjadi rosak dan sukar untuk dibentuk lagi. Segala nasihat, tunjuk ajar dan teguran daripada orang tuanya sedikit pun Nora tidak mengendahkannya dan ambil pusing. Apa yang dia tahu hanyalah hidup untuk berseronok dan berpeleseran semata-mata bersama teman-temannya.

Kini, Nora telah berumah tangga dan hidup bahagia bersama suami tercinta Namun, dalam jiwanya tersemat beribu rasa kekecewaan yang teramat sangat. Pernah suatu ketika dahulu Nora menderhaka kepada orang tuanya dengan mengatakan perkataan yang tidak baik dan kesat.

Suatu pagi ketika Nora pulang dari kelab malam, ibu dan ayahnya telah menegur dan memarahinya “kamu dari mana Nora, pagi baru tahu balik rumah?” ayahnya bertanya.

Nora pada mulanya hanya diam seribu bahasa. Setelah disoal dan dimarahi ibu dan ayahnya berulang kali, dengan riak muka masam dan suara kasar Nora menjawab “suka hati aku la…apa kau orang tua nak peduli? Aku punya pasal la nak pergi mana-mana pun”.

Ibu dan ayahnya tergamam, anak gadisnya sanggup berkata sedemikian dan bersikap biadap sungguh. Ibunya menangis setelah mendengar kata-kata Nora. Ayahnya yang hilang sabar telah menampar pipinya dan menghalaunya keluar dari rumah. Nora dengan rasa tak puas hati terus keluar meninggalkan rumah tanpa menyesali atas perbuatanya yang kurang ajar itu.

Setelah keluar dari rumah, Nora hilang arah dan punca. Nora telah tinggal bersama teman lelakinya yang bukan muhrim. Nora tidak lagi bersekolah dan juga tidak bekerja, teman lelakinya tempat dia mengadu nasib. Termasuklah memberikannya makan dan pakai. Teman lelakinya seorang samseng dan kaki pukul. Setelah berbulan tinggal bersama, mereka telah melakukan hubungan seks iaitu berzina. Perkara seumpama itu sudah terbiasa bagi mereka dan rakan-rakan yang lain jika bertandang ke rumah teman lelakinya. Hidup mereka penuh bergelumang dosa dan maksiat semata-mata.

Tiap-tiap malam akan mabuk di kelab-kelab malam di ibu kota. Lebih teruk lagi, budaya hidup mereka telah terikut-ikut dengan budaya barat sepenuhnya. Budaya bertukar-tukar pasangan untuk melempiaskan nafsu serakah dan hasutan syaitan durjana sudah menjadi perkara biasa. Malah, teman lelaki Nora pun tidak memarahinya sebaliknya sama dengan Nora. Hal-hal dan hukum agama tidak lagi dipedulikan Nora. Solat lima waktu tidak lagi dikerjakan, puasa tidak lagi dihiraukan, apatah lagi hukum-hukum halal haram.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Hidup Nora masih lagi ditahap yang sama. Tidak pernah terdetik dihati kecilnya untuk insaf dan bertaubat kembali ke pangkal jalan. Pernah ibu dan ayahnya pergi mencari dan berjumpa dengan Nora, namun tidak dipedulikannya. Lebih teruk lagi, Nora menghalau orang tuanya dengan kasar dan herdikan yang menghinakan serta memalukan. Nora telah jauh terpesong daripada akidah Islam yang dibawa Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w..Nora tidak lagi mengenal Tuhan yang Maha Esa yang telah menciptakan umat manusia dan seluruh makluk di dunia serta alam maya yang bersifat bagaikan stesen persinggahan sementara semata-mata.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika Nora membonceng motosikal bersama teman lelakinya dan rakan-rakan yang lain dalan satu perlumbaan haram. Tanpa diduga dan kuasa Tuhan yang Maha Esa menentukan segala-galanya. Nora dan teman lelakinya telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di jalan raya. Motosikal yang ditunggang teman lelakinya telah terbabas dan melanggar sebuah lori kontena yang terlalu besar.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nora bernama Joe telah meninggal dunia dengan begitu dasyat. Tubuh badannya hancur berkecai dan bertaburan di jalan raya bagaikan kucing dilanggar kereta. Namun, Tuhan Maha Kaya dan Penyayang. Nora terselamat daripada tragedi yang dasyat itu, hanyalah cedera parah yang menimpanya.

Akibat kecelakaan yang menimpanya, Nora telah koma hampir tiga bulan di hospital. Semenjak Nora kemalangan dan dimasukkan ke hospital, tiada siapa yang datang melawatnya. Hanyalah ditemani katil dan tilam semata-mata. Tiada lagi teman-teman ketawa yang sentisa bersamanya suatu ketika dahulu. Tiada ibu bapa yang menemaninya, Nora rasakan begitu sengsara sekali. Kecederaan yang menimpanya, menyebabkan Nora tidak dapat berjalan lagi. Hanya terbaring kaku di katil dan bilik yang sepi. Sesekali dikunjungi Sang doktor dan jururawat peneman dikala sunyi.

Namun, jiwa Nora sentiasa dirundung hiba dan kesedihan yang tak terduga oleh sesiapa pun. Hanya dirinya dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Namun, disaat jiwanya kosong dan sengsara dikala hatinya pedih terluka disebabkan keangkuhan dan kejahilan dirinya semata-mata. Ada insan yang sanggup menemaninya dan mendengar segala rintihan hati Nora yang sudah hancur luluh bagaikan sudah tiada lagi. Sang doktor muda yang baik budi pekertinya, sopan santun gaya bahasanya, elok paras rupanya yang sudi menjadi peneman hidupnya.

Setelah lima bulan dalam rawatan di hospital, tiba masanya Nora sembuh dan dapat keluar untuk meneruskan kehidupannya. Namun, Nora tiada tempat untuk bergantung dan berteduh. Ditambah pula kakinya yang telah lumpuh kedua-duanya dan tidak lagi bermaya. Sang doktor muda yang menemaninya semasa di hospital telah membawa Nora pulang ke rumahnya dan dikenalkan kepada kedua orang tuanya. Hiduplah Nora menumpang teduh dan kasih di rumah doktor muda tersebut.

Setelah sekian lama, rasa kasih dan sayang mula bertaut dihati Sang doktor muda terhadap Nora. Rasa kasihan yang menebal bertukar menjadi cinta yang mekar tanpa Nora sedari. Suatu hari ketika berjalan-jalan di taman halaman rumah, Sang doktor muda telah melamar Nora menjadi suri dalam hidupnya. “sudikah kiranya Nora menjadi isteri saya?” Nora tergamam dan terkedu membisu seribu bahasa. Tiada ungkapan yang keluar dari bibir mungilnya. Hanyalah air mata tangisan yang mengalir jatuh membasahi bibirnya. Disaat jiwanya kosong dan dahagakan kasih sayang dan dirinya yang banyak melakukan dosa suatu ketika dahulu, masih ada insan yang sudi melamarnya. Sang doktor muda hanya memerhatikan tindak-tanduk Nora.

Sebentar kemudian, keluar kata-kata yang tersekat-sekat ddari bibir manis Nora. “mmmaafkan saya tuan doktor, saya tidak layak menjadi penyeri hidup doktor” .

Sang doktor bertanya, “mengapa tidak?”. Nora berkata “doktor sendiri telah mengetahui tentang diri saya yang kotor dan jijik ini, hidup penuh dengan dosa dan noda” Nora menangis lagi dan teresak-esak. Sang doktor hanya diam membiarkan Nora dengan esak tangisnya. Pabila reda, Nora bersuara lagi “saya tak seperti wanita lain, saya cacat dan serba kekurangan”. Sang doktor hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Nora.

Dia berkata, “Allah telah memilih kita Nora…Dia yang Maha Berkuasa dan Mengetahui akan segala-galanya. Dia juga telah mempertemukan kita di ketika ini, ketika dan saat masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Inilah qada’ dan qadarnya, kita sebagai hambanya wajib percaya segala-galanya”.

Sebulan kemudian, apabila Nora dan ibu bapa Doktor itu telah sepakat dan sebulat suara mengatakan persetujuan, perkahwinan Nora bersama doktor muda hendak dilansungkan. Timbul masalah dipihak Nora iaitu siapa yang akan mewalikannya nanti? Nora tidak tahu dimana ibu ayahnya berada dan masih hidup atau telah tiada. Malah rasa rindu dan bersalah dirinya suatu ketika dahulu tidak terduga lagi. Nora ingin mencari kedua orang tuanya walau dimana mereka berada.

Setelah berusaha mencari yang dibantu bakal suaminya dan keluarga bakal mentuanya, usaha Nora hanyalah tinggal sia-sia. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia ketika nenunaikan fardhu haji di Masjidilharam, Makkah. Hancur luluh hati Nora mendengar berita kematian ibu ayahnya. Tidak sempat Nora berjumpa dan memohon maaf disatas segala silap dan salahnya suatu ketika dahulu. Nora tiada siapa-siapa lagi didunia ini, hanya tinggal sebatang kara menjadi yatim paitu. Nora adalah anak tunggal dalam keluarga. Nora asyik menangis dan menyalahkan dirinya kerana tidak mendengar nasihat orang tuanya dahulu. Nora tidak sempat melihat jasad kedua orang tuanya, yang dilihat kali terakhir hanyalah ketika dia menghalau dengan kasar dan mengherdik kedua rang tuanya sewaktu memujuknya pulang ke pangkal jalan.

Dalam esak tangis yang sedu, Nora berkata “Ya Allah…aku hambaMu yang hina, dina, kerdil dan jahil disisiMu…maafkan aku Ya Allah…ampuni segala dosa-dosaku yang lampau, aku menyesal dan bertaubat padaMu Yang Maha Esa, ibu…ibu…ibu…ayah…maafkan Nora, ampuni dosa Nora, Nora Menyesal atsa segala dosa yang Nora lakukan selama ini dan terhadap ibu ayah…”


Nora hanya mampu menangis sepaus-puasnya. Suasana diruang tamu rumah doktor petang sebelum hari pernikahan mereka berdua menjadi sunyi sepi dan suram. Ibu bapa dan doktor muda itu turut sama mengalirkan air mata kesedihan mengenangkan nasib yang menimpa diri Nora.

Dalam suasana suram, Sang doktor muda bersuara memecahkan kesunyian “hebat sungguh kuasaMu Ya Allah…janjiMu adalah benar, janji RasulMu jua adalah benar…sungguh elok takdirMu, anak yang berdosa walaupun tidak dapat meratapi pemergian Ibu ayahnya..masih sempat bertaubat” dia memujuk hati Nora, “janganlah dikau bersedih lagi wahai penyeri hidupku, ibu dan ayahmu pergi menyambut dan mmenyahut seruan Ilahi dalam keadaan yang amat mulia, meninggal di Tanah Suci yang diidamkan setiap hamba-Nya.

Marilah berdoa agar roh mereka mendapat redha Allah s.w.t.. suatu masa nanti jika dizinkan kita pergi menziarahi pusara mereka, ini janji abang pada Nora”. Air mata Nora diseka dengan jarinya, Nora merasakan sungguh bahagia kerana mempunyai bakal suami yang sungguh baik hati, penyanyang dan beriman.

Keesokan harinya, majlis akad nikah dan persandingan Nora dengan doktor muda berlangsung dalam keadaan yang sederhana. Namun, amat beerti bagi diri Nora dan kebahagian yang bakal dikecapi dalam melayari bahtera rumah tangga. Malah, kedua mentuanya juga amat baik hati dan memahami tentang keadaan diri Nora.

Hal ini kerana kedua mentuanya juga amat warak dan beriman kepada Allah s.w.t.. Nora rasa amt bertuah sekali dengan nikmat dan kurnian Tuhan kapadanya. Walaupun seketika dahulu Nora terkandas dalam hidupnya didunia yang penuh pancaroba dan onak berduri. Tenyata Allah masih sayang dan memafkannya, karana tidak membiarkannya sesat selamanya dan mati dalam kekufuran serta berdosa. Nora mengucap syukur pada Allah s.w.t..dengan hati yang sedih dan bertaubat kepadanya.

Tiba-tiba Nora tersentak daripada lamunan di petang senja itu apabila bahunya dipegang oleh tangan yang lembut dan dia mengenali dengan baik sentuhan manja itu. Sentuhan itu datangnya dari tangan suami tercinta Sang doktor muda iaitu Azmi. Azmi memeluknya dan mereka menikmati matahari senja dengan bahagianya daripada kurnian Tuhan Yang Maha Esa. Nescya Allah amat mengasihani hamba-hamba-Nya, lagi-lagi hamba-Nya yang suka bertaubat.

remaja

Remaja.

Wahai remaja harapan bangsa,

Remaja pewaris Negara,

Remaja tunggak wawasan kita,

Remaja mencorak dunia,

Remaja adalah segala-galanya.

Namun, dek kerakusan nafsu semata-mata,

Kejahilan diri yang memaksa,

Keseronokan dan hiburan diutama,

Mata dan hati menjadi buta,

Yahudi menjajah minda.

Apakah remaja yang dinanti…

Bertangan kanankan Coca Cola dan pepsi, berkirikan ayam Mc D dan KFC?

Bert-shirtkan Black Metal, Trash dan artis-artis seksi?

Berseluar gengsi?

Bercukur keningnya?

Berambut dai perang, bercontact lenskan biru laut,

Berzikirkan West life, Madonna, KRU, Awie dan Erra Fazira?

Hollywood kiblatnya,

Hip-hop, punk, rap, metal, trash, liberalisme syariatnya?

Britney spears idolanya?

Disko, panggung wayang, shoping complex dan Gem masjidnya?

Seks bebas amalan hidupnya?

Pergaulan bebas ikutannya?

Alkohol zam-zamnya?

Superstar-superstar para anbiyanya?

Selebriti-selebriti para rasulnya?

FHM, URTV, mangga, ujang dan majalah-majalah hiburan Qurannya?

Mana mungkin ini remaja kita,

Mana mungkin ini harapan bangsa,

Mana mungkin ini pewaris Negara,

Mana mungkin ini tunggak wawasan kita,dan

Mana juga mungkin ini pencorak dunia.

Yang pastinya…kita kerja dan terus kerja,

Sehingga remaja kita kembali menjadi milik kita…

Janji Allah pasti benar,Janji Rasul juga benar,

Al-Quran, Al-Sunnah juga benar,

Allahukhbar 3X.

Nukilan;FUAD(abu),kamar KTP,UPM. 15.02.08

04 Jun 2009

Petua untuk ceria

Assalamualaikum wbt.. Salam ukhwah, salam pengenalan, salam perjuangan.. Pernah tak kita rasa down yang teramat sangat?? Gelisah dan gundah gulana?? Nah, cuba renungkan sedalam-dalamnya apa yang ana cuba sampaikan melalui poster yang ana sediakan di bawah.. ^_^




03 Jun 2009

Mentarbiyyah Atau Ditarbiyyah

Bgaimana khabar imanmu tika ini?
Bertambahkah imanmu? Atau masih sama tahap imanmu? Atau semakin jauh merudum imanmu?
Ya Allah.... Ku mohon pada Mu ketetapan hati dan bertambahlah ketaqwaan ku kepada Mu...
Tarbiyyah??
Apa maksud tarbiyyah ye?
Luas pendapat2 tentang maksud tarbiyyah ni....
Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah... emmmm, maksudnye Exco Dakwah dan Kepimpinan...
Jadi adakah tarbiyyah itu kepimpinan? Ya, ada benarnya... memimpin, mendidik dan menunjuk ajar...



Terkadang kita memikirkan...
" Ana perlukan pembimbing......"
" Ana perlukan seseorang/sahabat untuk selalu ingatkan diri ana..."
" Ana perlukan itu...... "
" Ana perlukan ini......."
Sekadar meluahkan dari mulut tanpa tindakan takkan mebawa apa2 makna...
Tawakal itu perlu dimulakan dengan usaha.. dan diiringi dengan doa.....
Setelah itu teruskan... teruskan... dan cube untuk teruskan dengan se'istiqomahnya'.....
Allah pasti akan membantu hambanya yang selalu meminta dan memerlukanNya....
Allah takkan biarkan hambanya sendirian....
Allah takkan mungkir akan janjiNya.....
Jika Allah lamabat memberi, husnuzonlah akan caturanNya....
Allah sediakan yang lebih baik untuk kita....
Jika tidak disini... pasti di'sana' ganjaran dan anugerahnya......
Bersabarlah.....


Mentarbiyyah atau Ditarbiyyah???
Mungkin pernah berlaku situasi.... Dimana sahabat2 dan ana juga...
Kita serase dirundung kesdihan... kesunyian... tertekan dan tersntap kecewa....
Tatkala kita masih mencari sinar2 terang utk mengubati hati kita....
Dan mencari2 tangan yang akan menghulurkan bantuan kepada kita.....
Tiba2 datang seseorang menghulurkan tangan meminta 'bantuan' dari kita.....
Bukan menghulurkan tangan untuk membantu....
Tika itu apa yang anda lakukan???
Insan ini meminta kita membantu dan meminta kita men'tarbiyyah' mereka... disaat kita memerlukan pen'tarbiyyah'an dari seseorang.....
Subhanallah... Kadang memikirkan mungkin ini kebetulan... tp pada hakikatnya ia mungkin bukan suatu kebetulan.. tetapi caturan yang telah Allah aturkan untuk diri kita....
Mentarbiyyah sambil ditarbiyyah.... agak compilcated bunyinya....
Namun, atas hakikat ini sebenarnyalah.. Dalam masa yang sama kita mentarbiyyah dan mendidik hati kita....
2 dalam 1.... mungkinkah??? kenapa tidak... Allah itu punya pelbagai cara untuk membantu dan mentarbiyyah hamba-hambaNya....
telinga orang yang menyampaikan lebih dekat dari telinga yang mendengar...
dan hati orang yang menyampaikan lebih hampir dari hati orang yang menerima....
subhanallah... jadi kenapa harus tunggu orang untuk mentarbiyyah kita tanpa sebarang usaha... seperti menunggu buah yang takkan gugur?
memang perlu untuk kita mendapat pentarbiyyah dari orang lain...
tapi sebaiknya usaha itu landaskan pada diri sendiri terlebih dahulu....
jangan tunggu2... jangan tangguh2.....
esok tak menunggu kita.....
aturan esok belum pasti lagi ada untuk kita....
jam seterusnya belum tentu untuk kita....
minit seterusnya belum pasti hak milik kita....
dan saat selanjutnya belum tentunya buat kita....

jadi selagi kita mampu... selagi ana mampu....
cubalah.... cubalah utk kita sama2 koreksi kita....
tarbiyyah dri kita dan bantu mentarbiyyah.....
menjadi daei kepada diri dan juga menjadi daei kepada yang lain....
menjadi tabligh kepada diri dan menjadi tabligh untuk yang lain......


Jari Kita Sebagai Renungan


Assalamualaikum wbt. Salam ceria sahabat-sahabat sekalian^_^

Syukur alhamdulillah, ini first time saya menulis dalam ruangan blog ni. Segala kekurangan saya harap dapat dimaafkan. Toyyib, elok rasanya kita go straight to the point.

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam... Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" dan kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia inilah kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah kita??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari kita yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang???

01 Jun 2009

HAKIKAT HIDUP


Pendakian hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sebulan program berlalu, barulah saya mendapat kekuatan untuk melampirkan apa yang kami perolehi sepanjang program Kem Jalinan Hati (KEJATI’09) anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa dengan kerjasama ABIM Serdang dan RBS Solution. Program yg dilaksanakan 3 hari 2 malam di Ulu Bendul, Negeri Sembilan memberi seribu satu makna buat saya. Kenapa??

Pertamanya, mungkin ini program yang kelab ini anjurkan seumpamanya dimana peserta-peserta sudahpun mengenali satu sama lain walaupun belum taaruf ^_^. Tahniah kepada urusetia. Cabarannya ialah, betulke kengkawan yang kita rase kita kenal die seratus peratus, kita mampu untuk faham dia? Maka, disinilah ruang ukhuwah yg kita buka untuk membina jalinan hati supaya ianya menjadi sulaman indah yang tidak akan terlerai walaupun sudah bercerai jasad dan nyawa! Hehe..

Tambah menarik, adalah aktiviti pendakian gunung angsi pada hari kedua perkhemahan kami di sana. Jujur saya maklumkan, disini saya mula mengerti hakikat hidup ini. Mulanya saya beranggapan, jika kita mendaki, maka jalannya adalah terus meninggi dan kami akan hanya perlu naik dari 1 tangga ke tangga yang seterusnya hingga ke puncak. Tapi, realitinya adalah berlainan sama sekali! Jalan yang kami perlu tempuhi penuh dengan akar dan batu serta kadang2 kami bukan hanya ke atas, ada jugak jalan rata, dan ada juga ke bawah dahulu, kemudian baru naik semula.

Letihnya, hanya tuhan yang tahu. Membara juga saya bila ditipu oleh rakan yg menyatakan “ cepat tikun, sikit lagi nak sampai” untuk menaikkan semangat saya. Termengah-mengah saya, niat di hati, nak je patah balik. Dan disini saya dapat kesan kelemahan saya, mudah bersemangat dan mudah juga luntur semangatnya. Maka, cara untuk saya mengelakkan ianya terus luntur adalah besama-sama dengan rakan2 yang sentiasa bersemangat supaya saya mampu istiqamah dalam tugas saya ^_^.

Terharu juga saya menyaksikan seorang rakan yang lebih mesra digelar Tom memberi semangat kepada Ras Izzati yang seperti saya juga, hampir putus asa. Penuh semangat dia nyanyikan lagu ‘kau boleh’. Dengan mulut penuh ngomelan, kami teruskan perjalanan. Sepanjang mendaki jua saya temui hikmah hidup ini. Lelaki dan wanita itu memang harus ada batasnya, tapi bukan dipisahkan dalam semua perkara. Contohnya ketika dalam perjalanan ke atas, beg2 yang berat disandang oleh perempuan akhirnya, dibantu oleh peserta lelaki yang masih ada sisa tenaga untuk membantu kami. Kami juga dapat solat berjemaah ketika sampai di puncak.Tambahan pula, keselamatan kaum hawa ini lebih terjamin bila bersama kaum adam. Yang penting, system yang cuba kami pelajari dalam proses pendakian ini adalah bekerjasama tanpa melangkaui batas syariat.

Setibanya di puncak, gumbiranya tak dapat digambarkan. Seperti memegang ijazah sarjana, atau menang juara liga bola dan macam2 lagi. Segala perasaan bercampur aduk. Ya, pendakian hidup ini memang letih. Dan perkataan DAKI itu tidak merujuk kepada naik sahaja, tetapi juga turun naik serta liku2 hidup untuk mencapai destinasi kita. Dan, apakah destinasi utama kita semua??? Mencapai REDHANYA walau dimana kita berpijak. .

Mungkin saya pulang awal dan banyak lagi pengisian yang saya ketinggalan. Tapi, percayalah, pengalaman ini tidak mungkin saya lupakan. Tahniah kepada pengarah program Mohd Faris Bin Abd Rashid dan pembantunya Amalina Bt Ismail. Semoga kalian tetap bersama-sama memperjuangkan ‘kemuliaan dan kecemerlangan mahasiswa’. Dugaan hidup ini ada di mana-mana. Saya faham banyak yang kalian telah tempuhi dalam melaksanakan program ini. Jangan sekali2 jemu dan lesu serta kecewa walau apa pun hasilnya. ALLAH S.W.T telah berfirman, yang membawa maksud : Aku tidak melihat akan hasil daripada pekerjaan kalian, tetapi bagaimana kalian melaksanakannya.

Akhir bicara, marilah kita sama2 menghayati hakikat pendakian hidup ini. Teruskanlah berusaha dan membina keyakinan diri kita walaupun agak sukar mungkin. Hadirkan diri kita terhadap yang Maha Esa walau dimana kita berada. Carilah rakan-rakan yang mampu bersam ngan kita time busuk ngan time wangi. Hehe... wallahualam.