Assalamualaikum wbt...
Salam ceria salam ukhwah salam perjuangan...
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM akan menganjurkan satu perjumpaan diantara ahli KBM dan Mantan KBM . Butir-butir program adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 Mac 2009 / 25 Rabiul Awal 1430H ( Ahad )
Tempat : Bukit Ekspo, UPM
Program yang bertemakan konsep riadah dan santai ini bertujuan sebagai medan jalinan ukhwah khususnya kepada keluarga Kelab Bimbingan Mahasiswa yang terdiri daripada ahli KBM yang masih belajar dan juga yang sudah bergraduat serta bekerja.
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput sahabat KBM untuk bersama-sama menyertai program ini. Semoga pertemuan yang berkonsepkan riadah ini dapat menjadi tempat merehatkan fikiran dan juga mengeratkan lagi ukhwah antara ahli-ahli KBM dari pelbagai generasi.
Kehadiran hendaklah dimaklumkan sebelum 20 Mac 2009. Sebarang pertanyaan leh berhubung dengan :
Nor Farhana Nordin : 012-7269419 / 013-3721988
‘Atiqah Syairah : 013-3007506
Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
“ GENERASI DIHIMPUN UKHWAH DITAUT “
Nor Farhana bt. Nordin
Pengarah Program Tautan Hati ’09 ( TAHA )
Kelab Bimbingan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia
Tentatif Program
22 Mac 2009 ( Ahad ) / 25 Rabiulawal 1430H
8.00 – 8.30 pagi Ketibaan ahli-ahli Kelab Bimbingan Mahasiswa / Pendaftaran
8.30 – 9.00 pagi Majlis Perasmian/ Pembukaan
9.00 – 9.40 pagi Slot 1 : “ Tak Kenal Maka Tak Cinta “
9.40 – 10.00 pagi Minum Pagi
10.00 – 11.00 pagi Slot 2 : “ Cergas-cergas Santai “
11.00 – 12.00 tghari Slot 3 : “ Dari Mata Turun Ke Hati “
12.00 – 12.30 tghari Resolusi TAHA
12.30 – 1.00 petang Penyampaian Cenderahati dan Penutup
1.00 – 1.30 petang Makan tengahari dan bersurai
Gambar2 Sahabat sisters KBM =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan