APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
09 Mac 2013
04 Mac 2013
Ayuh, Sebarkan Nur Islam!
Tap,
tap, tap..
Kedengaran bunyi hujan di luar
bilik. Kubuka sedikit tingkap untuk menikmati suasana malam. Hmm..gelap. Angin
meniup sepoi-sepoi bahasa disertai hujan turun membasahi bumi. Kuhalakan tangan ke luar tingkap untuk menadah air hujan.
Kedinginan dan kejernihan yang telah lama aku lupakan. Kebiasaannya aku akan
mengelakkan diri dari keluar berjalan-jalan atau ‘shopping’ di waktu hujan
kerana risau pakaianku basah dek terkena air hujan. Tapi pada malam ini aku
rasa sangat nyaman dan teruja melihat fenomena alam ini.
Firman Allah: “Sesungguhnya pada
penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di
laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah
dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati
(kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran
angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh,
merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.” [Surah Al-Baqarah (2): ayat 64]
Aku mengangkat muka merenung ke
langit. Ya Allah, betapa hebatnya kuasa-Mu Ya Rabb.. Selama hidupku di atas
muka bumi ini, telah berbagai-bagai kekuasaan-Mu yang telah aku saksikan, hujan,
salji, angin, ribut, petir, kilat, ombak, hujan, panas, siang, dan malam serta
banyak lagi yang tidak tersenarai telah Engau jadikan sebagai bukti bahawa
Engkau mampu jadikan segala yang Engkau kehendaki. Teringat Firman Allah dalam
surah Al-Rahman "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?". Subhanallah..
Kesempatan tinggal seorang diri
di dalam bilik memberikan aku kesempatan untuk memuhasabah diri dan berfikir
tentang keadaan diriku sebelum ini, sekarang dan apakah takdirku pada masa akan
datang. Satu persatu wajah orang yang pernah berada di sampingku muncul di
benak. keluarga, guru-guru, rakan-rakan, dan suasana di Malaysia yang telah
hampir enam bulan kutinggalkan. Bagaimanakah
semuanya? Adakah baik-baik saja? Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati
mereka.. amin..
Peluang untuk berada di negara
matahari terbit yang telah menjadi cita-citaku sejak kecil ini ternyata banyak
mengajarku pengalaman baru dan erti kehidupan. Benarlah kata Saidina Ali bin Abu Talib (karramallahu wajhah) “Keluarlah dari negara
bagi mencari sesuatu yang berharga; Bermusafirlah kerana bagi musafir itu 5
kelebihan: Terlepas daripada kerumitan hidup, dapat meningkatkan kualiti hidup,
kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan luas tentang adab dan budaya, serta
mendapat ramai kenalan.”
Walaupun saiz negara Jepun hampir menyamai saiz Malaysia
namun masyarakat Islamnya kurang dari lima peratus. Kebanyakan dari mereka tidak mempercayai
bahawa adanya Tuhan Yang Esa. Ramai yang berpegangan Shinto, iaitu sebuah pegangan
yang belum mendapat pengiktirafan sebagai sebuah agama yang mempercayai
kewujudan sebanyak ratusan ribu tuhan. Selain itu, terdapat juga penganut agama lain seperti Buddha dan
Kristian. Hal ini menjadikan aku sangat bersyukur kerana terpilih menjadi salah
seorang yang berada di jalan kebenaran iaitu agama Islam. Alhamdulillah..
Firman Allah, “Dan barang siapa mencari agama selain
Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”
[Surah Ali ‘Imran (3):ayat 85]
Namun, jika difikirkan nikmat menjadi seorang Muslim
bukanlah sesuatu yang hanya umat Islam yang ada sekarang sahaja yang berhak
merasainya. Islam adalah agama untuk semua tidak kira warna kulit, bangsa
ataupun bahasa. Jadi, semua umat Islam sepatutnya menunaikan amanah sebagai
khalifah di atas muka bumi ini yang telah diberikan oleh Allah untuk berdakwah
dan menyeru orang lain supaya kembali kepada jalan yang lurus ini.
Di hatiku terdetik bagaimana kita hendak mengajak orang
lain percaya dan tertarik kepada agama Islam jika umat Islam itu sendiri tidak
dapat menjadi teladan yang baik. Masih ramai orang Islam yang berpecah-belah,
membuat sesuatu mengikut hawa nafsu dan hanya menjadikan perkataan Islam itu
sebagai identiti di atas kad pengenalan tetapi tidak mengamalkan apa yang
disuruh oleh Allah dan tetap melakukan larangan-Nya. Nauzubillah.
Sejak dari hari pertama aku tiba di sini, tidak pernah
terpadam niat di hati untuk berusaha memperjuangkan agama Allah dan menunjukkan imej Islam yang terbaik. Impianku
agar masyarakat bukan Islam di sini dapat mengenali Islam dengan sebaiknya dan
agar imej buruk Islam sebagai bangsa pengganas yang dipertontonkan di kaca
televisyen dan akhbar dapat dibersihkan. Doaku agar mereka terpilih untuk
menerima hidayah Allah dan bersama-sama bertemu di syurga nanti..amin..
Tetapi, dalam diam kusedari sukarnya dakwah itu dan betapa
hebatnya para nabi dan rasul terdahulu. Tambahan pula, jika terpaksa
melakukannya seorang diri. Aku bukanlah insan terbaik yang terlepas dari
melakukan dosa dan masih lagi belajar mendalami agama. Aku terkenang betapa
beruntungnya aku dahulu, punya keluarga yang berlatarbelakangkan Islam. Tidak
kurang pula, adanya teman-teman usrah dan tempat mempelajari agama ketika di
sekolah dan universiti. Kemudahan mengamalkan agama itu kadang-kadang
menjadikan diri ini liat untuk mengikuti majlis ilmu dan aktiviti berkonsepkan
dakwah. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mereka yang kembali kepada
Islam setelah mengkaji dan memahami Islam kadangkala boleh beramal dengan lebih
baik berbanding mereka yang Islam secara automatik kerana lahir dalam keluarga
yang beragama Islam. Alangkah ruginya..
Setelah kudalami apa yang dimaksudkan dengan dakwah,
akhirnya kufahami bahawa dalam erti kata yang sebenarnya dakwah bukan hanya
bermakna menyeru orang bukan Islam untuk kembali kepada Islam, tetapi turut
bererti mengajak dan menyeru orang lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah
dari kemungkaran. Justeru, tidak mungkin matlamat dakwah itu tercapai jika kita
hanya membuat sesuatu kebaikan dan mempelajari ilmu agama itu untuk kepentingan
diri sendiri. Sebaiknya ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling kita
perlu ditunjukkan contoh yang baik dan diajak bersama untuk turut merasa
indahnya hidup jika membuat sesuatu berdasarkan syariat Islam. Kita juga akan
berasa lebih kuat jika mempunyai teman seperjuangan yang mempunyai misi dan
matlamat hidup yang sama iaitu menaikkan martabat Islam dan mendapat keredhaan
Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan..InsyaAllah.
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari
yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah
itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan
mereka adalah orang-orang fasik.” [Surah Ali ‘Imran (3):ayat 110]
Hujan sudah berhenti, malam semakin pekat dan mata mulai
kabur. Tangan juga sudah berhenti menaip. Otak dan badan minta direhatkan. Semoga
aku diberi peluang untuk hidup lagi esok untuk beribadat dan boleh berkongsi
ilmu dan pengalaman dengan orang lain agar sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah..
Wassalam.
-Suhaila binti Rusni-
27 Februari 2013
Sekilas : Forum Wanita High Class
Alhamdulliah
syukur kepada Allah SWT atas nikmat pendengaran, penglihatan, kaki serta
nikmat-nikmat yang lain dapatlah sahabat-sahabat yang cintakan ilmu menghiasi
taman-taman syurga.
Walaupun jarak
agak jauh dari kolej tetapi sang pencinta masih berusaha untuk mengisi kotak
hati yang masih belum padat dengan ilmu agama. Tatkala itu, maka berduyun-duyun
sahabat meraikan “ Forum Wanita High Class ” yang diadakan di Auditorium
Fakulti Kejuruteraan UPM.
SubhannAllah ana
sendiri merasa kagum dengan tajuk yang dibawa oleh Kolej 11 untuk dikongsikan
dengan sahabat-sahabat yang mendambakan ilmu keagamaan dan dunia. Tajuknya sangat hebat untuk menjamah hati-hati
yang tertaut dengan sinar hidayah Islam. Terima kasih ya Allah dan terima kasih
pihak penganjur dan bakal para ilmuwan dan daie. Tahniah untuk semua yang
mendambakan high class.
High Class
merujuk kepada kelas yang tinggi ataupun martabat yang tinggi, dan ia merupakan
sesuatu fitrah manusia untuk menginginkan sesuatu yang tinggi nilainya.
Sesungguhnya manusia yang biasa seperti kita sememangnya inginkan kehidupan
yang lebih baik. Dari kecil lagi kita sebenarnya telah diajar untuk mengejar
makam yang lebih tinggi, dari kelas 1 D sebagai contoh, kita akan berusaha
untuk mendapatkan kelas yang lebih baik hinggalah kita menjejak kaki ke kelas
1A.
Begitulah kehidupan kita ini, sifat inginkan
High Class sentiasa ada untuk menyempurnakan sifat diri masing-masing seperti
mana kita semua faham, tidak kiralah dari segi dunia mahupun keakhiratan. Sifat
ini sentiasa ada dalam diri kita, semakin kita menafikan semakin kita
inginkannya.
Konteks Islam
tidak pernah melarang manusia untuk meninggikan martabatnya bahkan dianjurkan
dalam Islam. Akan tetapi biarlah selaras dengan anjuran Islam bukan mendapat
High Class tanpa ada pedoman.
Dari yang biasa ingin menjadi cantik, dari yang
cantik ingin menjadi sangat cantik dan dari sangat cantik ingin menjadi
sesangat cantik. Maka berlumba-lumbalah syarikat pengeluar barangan kecantikan.
Kenapa keinginan itu terjadi? Kerana ingin dikategorikan sebagai seorang yang
tinggi classnya. Itu penafsiran masing-masing. Dengan itu, Islam umpama “Orang
tengah” merungkai High class yang perlu
untuk mendapat jannah yang hakiki.
Maka lahirlah
forum wanita High Class. Hebat bukan tajuknya. InsyaAllah bukan sekadar
tajuknya hebat tetapi sang pencintanya pun mencapai high class. Tatkala itu
terdetik hati ini untuk memberi sedikit coretan kepada terhadap nasihat dan input
yang berguna dalam forum tersebut.
“Eh, Ramainya muslimat, camne nak masuk syeikh, kita silap tempat ke ni?”
“Betullah…!! Forum wanita kang!!”
“Habis tu.. kita?” binggung.
“Relax.. Anggap je kita muslimat, settle…” Senyum kucing.
“Boleh ke?”
“Entah…”
Kata-kata terputus di situ sahaja kerana majlis bermula.
“Lelaki itu kuat daripada wanita.” Panel berhujah gagah.
“Betul-betul…. Tak kuat camne ramai muslimat kat sini. Ko gano syeikh?”
“Betul-betul…!” Senyum biri-biri.
“Tapi wanita itu juga hebat kerana wanita telah mengandung anak lelaki dan perempuan selama 9 bulan”, panel cuba mengangkat wanita, takjub.
Di sini maka
lahirlah peranan wanita yang dikatakan hebat. Islam bukan sekadar anutan tetapi
mengangkat martabat wanita hingga ke tahap maksimum. Tahap yang diletakkan
bukan kepalang bahkan menjadi kekuatan seorang lelaki yang hebat.
Dengan itu,
Islam telah melengkapkan antara satu sama lain dengan ikatan yang sah. Maka
lahirlah wanita yang paling hebat ialah wanita yang taat kepada suami. Kalau
melihat mereka mengembirakan suami. Jadi dengan ikatan yang sah, dapat
melahirkan konsep tolong menolong antara wanita dan lelaki yang sangat
diperlukan kerana ia dapat membentuk
kekuatan.
Zaman Jihiliyyah yang kita pelajari
pula telah mempertontonkan kehinaan wanita tatkala masyarakatnya melihat wanita
seperti batu dan kayu bahkan orang Yahudi menyatakan wanita merupakan punca
segala kerosakan. Hatta Nabi Adam keluar ke syurga akibat daripada wanita.
Namun Allah itu
sangat sayang kepada wanita dengan membawa Islam yang telah memberi banyak
keistimewaan kepada wanita kerana kita dapat perhatikan bahawa wanita
diletakkan status yang paling tinggi. Oleh itu, pedoman-pedoman dari al-Quran
dan al-sunnah perlulah dijadikan teladan dalam mengangkat diri sendiri.
Jadi, untuk
membina ketinggian, semuanya bermula dengan Islam, kesimpulannya wanita mempunyai
kehebatan jika mendaulatkan Islam bahkan manusia seluruhnya.
“Jup Syeikh..! lelaki? Duk puji wanita dari takdi lagi ni..”
“Apa lagi, kita kena buat la forum brothers High Class plok,” Senyum.
“Jom!!!”
Mudahan setiap
perkara bertunjangkan Islam yang sejati bukannya Islam tiruan yang cuba menipu
manusia. Kemanisan itu datang daripada hati, jadi berhati-hati dengan hati,
biarkan ia subur tanpa henti.
“Ya Allah berilah kekuatan
kepada seluruh manusia untuk menjadi High Class disisi-Mu dan berilah kemudahan
dan ketenangan di setiap ujian yang menimpa ke atas Hamba-Mu agar Ia tidak
tergoda dengan bisikan syaitan dan tipu daya dunia.. Aamiin..”
Mohd ambo Zulkifli
al-Fikry
Presiden KBMUPM
Smart Solat Kuala Mu
“Lari-lari..!!!” aku memekik
ketakutan. Tercunggap-cunggap nafas yang sangat berdebar dikejar anjing.
“kenapa bang?” Tanya Hafiz, adik
aku.
“Anjing kejar la, penak kite lari,
ganah-ganah ye anjing sining…” keluhku.
“Eh.. anjing pun takut ke?” sindir
adikku. Merah dan berpeluh mukaku.
“Agakla..” jawabku sempoi.
Aku menoleh ke
belakang bukit yang penuh dengan hutan. Sangat cantik permandangannya. Aku cuba
mendekati hujung sungai, ada sebuah batu besar. Aku bersandar untuk melepaskan
kepenatan berlari marathon sebentar tadi. Hafiz hanya memandangku dari jauh.
Dia cuba memahami jiwaku. Aku juga cuba memahami jiwaku.
“Fuh penat!!! Tapi takpe aku menang
lari takdi, anjing yang kalah.” Aku tersenyum sendirian.
Lega aku dapat bersandar di batu besar itu. Aku
mengelamun seketika. Alam membawaku ke alam keindahan. Aku berkhayal jauh.
Angin pula meniup serunai pohon buluh di hadapanku, merdu bunyinya. Aku
terpegun. Aku memerhati fokus ke arahnya.
Daun-daun menari-nari mengikut rentak alunan muzik yang dimainkan oleh
angin. Deseran air menambahkan kesyahduannya mengalah lagu anak kampung bagiku.
Fatamorgana seperti mempersembahkan sesuatu kepadaku. Aku memandang langit yang
biru. Cantik sangat. Burung-burung menghiasi ukiran langit yang luas terbentang.
Aku tersenyum.
“Cantik bangat
kampung ni ye..” aku bermonolog keseorangan.
Tiba-tiba seekor
haiwan melompat ke arahku. Terkejut. Aku cepat-cepat melompat darinya. Dupp!!
Aku terjatuh ke dalam sungai. Ingatkan haiwan bisa yang cemburu terhadapku. Rupanya
sekadar ikan mungkin hendak bergurau denganku. Uji kononnya.
“Adoi…!!!
Sakitnya..” aku mengerang kesakitan.
“Hahaha… Tula
mengelamun lagi, kan da kena.” Hafiz gelakkan aku. Geram.
“Apa da ikan ni,
nak mengelamun sikit pun kalut..” Aku bermonolog tetapi didengari Hafiz.
“Eleh abang.. Dengan
ikan pun nak gaduh ke?” Dia tergelak melihat perlakuanku.
“Bukan nak
gaduh, tapi dia kacau kita nak jiwang ni, adoi…” Aku merungus.
“ Dah-dah, ikan
tu tak bagi abang mengelamun la tu, jum balik ke rumah tok batin. Orang da
menunggu kita tu.” Ajak Hafiz.
“Laa… Kacau la..
Hati rock nak jiwang pun tak boleh..” Aku mimikkan mukaku.
Hafiz menarik
tanganku lalu kami beredar dari situ. Penatku hilang diubati oleh persembahan
fatamorgana. Menarik sekali. Kami berjalan tergesa-gesa untuk menuju ke rumah
tok batin. Tempat yang aku diami selama aku berdakwah dan mengajar “smart
solat” di perkampungan Orang Asli di Kuala Mu ini. Kami wakil dari Kelab
Bimbingan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia telah diberi amanah untuk memberi
perkongsian agama dengan anak-anak dan penduduk kampung. Penduduk kampung
meraikan kami dengan meriah. Sangat mesra. Aku juga meramah mesra dengan
penduduk kampung sebaik tiba dari pagi tadi. Kami seramai 20 orang pendakwah
datang ke kampung ini demi menjayakan misi untuk mendaulatkan agama Islam.
Aku, Hafiz,
Fatin, Farid dan Norizan dari KBMUPM meneruskan misi untuk menjalankan dakwah
di sini. Selebihnya grup dari al-Qayyim dan UITM. Aku amat berbangga kerana
dapat hadir ke sini untuk mendakwahkan diriku dan berkongsi suka duka dengan
adik-adik di sini. Mereka sentiasa menonjolkan sifat yang ramah. Aku sangat
selesa berada di sini. Aku punyai sahabat baru dan adik-adik baru yang sentiasa
memberi senyuman positif terhadap kami. Kami dianggap seperti sebuah keluarga
bagi mereka. Sungguh ceria sekali. Suasana tenang. Masyarakat yang mendamaikan.
Alam meraikan. Sukar untuk aku menyungkapnya.
“Syeikh..!! Jum p ke kampung sebelah”, ajak
sahabat baruku yang belajar di UITM Penang. Amirul namanya.
“Buat pe?” Aku
cuba meminta penjelasan.
“Jum la kita
jumpa adik-adik kat sana sambil tengok suasana kampung” Amirul cuma mengarahkan
jarinya ke arah hulu kampung.
“Hafiz…! Jum
ikut sekali!” aku mengajak hafiz menemani aku dan Amirul sedangkan yang lain
menyiapkan tugasan masing-masing. Ada yang membersihkan kawasan. Ada yang
memasak untuk makan malam nanti. Ada yang beramah mesra dengan penduduk
sekitar. Ada yang berehat kepenatan. Kami melakukan aktiviti bebas pada hari
pertama di Kuala Mu.
“Syeikh…
bola..!!” Amirul menunjuk lagi.
“Bola?” Aku
pening.
“kat sana ada
orang main bola, jum p tengok, kot-kot kita pun dapat join sekali”, tegas
Amirul.
Aku mengiyakan
sedangkan hafiz membisu dari tadi lagi. Bukan kerana dia sombong. Tetapi memang
sifatnya seorang yang pendiam. Jika bercakap bernas hujahnya. Aku senyum
kepadanya. Dia membalas. Aku tergelak. Amirul turut serta. Kami semakin erat.
“Gol…!!!” Aku
melaung diri jauh.
“Eh syeikh, malu
kuk rang”, Amirul menegur.
Aku buat blur
sahaja tanpa menghiraukan teguran sahabatku itu. Sekumpulan kanak-kanak cuba mendekati kami
dan menarik tangan kami. Ajak main bola katanya. Kami meraikannya. Penat kami
dibuli di atas padang. Gelecek sini, gelecek situ. Bukan kepalang skill kanak-kanak
di sini. Aku mengalah. Mengeluh di tepi padang. Berpeluh.
Hari pertamaku
di sini semakin senja. Matahari mengarahkan kami pulang ke penginapan.
Penginapan yang berdindingkan buluh usang. Tetapi cantik dipandang. Kukuh untuk
kami tidur bermalam.
“Bang…!! Esok
datang lagi ye.. kita main bola, seronok dapat bermain dengan abang-abang ni”,
ajakan mesra adik-adik kepada kami.
“InsyaAllah..
Abang datang lagi esok, tapi dengan lebih Power taw”, aku menguji mereka.
Mereka tergelak ramai-ramai.
Lambaian mesra
mereka mengiringi langkah berat kami. Mesra suasananya. Aku tahu itu lambaian
kasih sayang. Hati telah bertaut kepada ukhwah yang abadi. Kami berjalan
menghiasi jalan merah yang berdebu. Kadang-kadang debunya naik ke muka. Kadang-kadang
naik ke udara. Tapi kami semakin selesa.
Malam itu,
sesudah makan. kami berkumpul untuk perbincangan grup untuk seketika.
Perbincangan untuk penjelasan pergerakan pada hari esoknya. Cuaca pula semakin
sejuk di sini. Aku macam dalam peti sejuk. Ketar. Yang lain memakai baju tebal
untuk mengelakkan sejuk. Setelah selesai perbincangan antara kami. Ketua
memberi kebenaran untuk kami berehat awal pada malam ini. Mungkin dirasanya
kami sangat penat berjalan agak jauh. 6 jam perjalanannya dari kaki bukit ke
sini.
“Jum tido!!” Aku
mengajak sahabatku.
“Pondan tido
awal”, mereka tergelak. Aku turut gelak sama. Kucing pun senyum juga.
“Hairan… kucing
pun senyum…hahhaha”, aku meneruskan ketawaku.
“Dah-dah, tido,
esok nak bangun awal, kita turun kelapangan pagi-pagi lagi, p tido,” ketua
bersuara menghentikan ketawa kami.
Aku mengeluarkan
handphone dalam poket lalu meletakkan di sudut kepalaku. Kunci jam. Yang lain
ada yang sudah berselimut lingkup. Sejuk agaknya. Tetapi agak pun semakin
berasa sejuk dengan cuaca pada malam itu. Tambahan akan tidak membawa selimut.
Aku tersengeh sendirian. Memandang ke atas.
“Ya Allah
ampuni dosaku padaku, ibu bapaku, guru-gruku, sahabat-sahabtku, dan jadikan aku
seorang daie yang baik. Labuhkan cintaMu kepada masyarakat di sini moga-moga
bersemi cahaya Islam. Maha peyayang, Engkaulah jadikan hari esok kami lebih
baik dari hari ini… aamiin..”
Aku lelapkan
mata perlahan-lahan. Nyaman tidur. Bulan
tersenyum melihat kami lena dibuaian mimpi. Aku meneruskan pelayaran
kembara musafir daie di bumi bergelar Kuala Mu. Indah namanya. Indah tempatnya.
Aku mengembara roh di sini seketika.
“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”
“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”
“DRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!”, Handphoneku berbunyi.
“Aik…..”Aku tergamam. Pelik.
Bersambung………
Mohd ambo Zulkifli
al-Fikry
Presiden KBMUPM
Langgan:
Catatan (Atom)

