31 Mac 2012

Ketika Sukar!

Kemudian dia bertanya kepada dirinya, apakah erti semua kesukaran ini berbanding kehidupan di Akhirat? Apakah erti kesukaran ini jika mahu dibandingkan dengan kesenangan di syurga di akhirat kelak?



Ketika sukar, seseorang mungkin boleh mengaku kalah dan melarikan diri daripada dugaan ataupun juga  boleh merungut dan menyalahkan orang disekelilingnya. Seterusnya, pasti dia akan dihantui dengan  tekanan, rasa sedih dengan situasi yang dihadapi. Mereka merungut, "kenapakah hal ini berlaku kepadaku? " @ "adakah dia patut diuji sebegitu?".

  
Walaubagaimanapun seorang muslim yang cemerlang, berfikir dengan cara yang berbeza.

  Apabila seorang musim cemerlang menghadapi kesukaran, dia pasti berfikir selangkah ke belakang daripada situasi sukar dan berfikir tentangnya daripada aras yang lebih tinggi. Dia berfikir daripada sudut pandang akhirat tanpa kerisauan dan kebimbangan terhadap masalah yang dihadapi.

  Kemudian dia bertanya kepada dirinya, apakah erti semua kesukaran ini berbanding kehidupan di Akhirat? Apakah erti kesukaran ini jika mahu dibandingkan dengan kesenangan di syurga di akhirat kelak?

  Satu daripada kesalahfahaman besar kita tentang kehidupan adalah, sekiranya kita melakukan kebaikan, kita seharusnya memperolehi kesenangan di dunia dan akhirat. Kenyataan ini adalah tidak tepat.

  Kehidupan ini bukanlah kehidupan yang kita akan mendapat keadilan sepenuhnya. Jika hal ini begitu, pasti tiada ertnya hari pengadilan di padang Mahsyar ataupun akhirat.

  Kehidupan ini adalah kehidupan berpasang; di sini ada kebaikan dan kejahatan, keadilan dan ketidakadilan, pertolongan dan penindasan, cinta dan kebencian, kebenaran dan kemungkaran..dll. Tanggungjawab kita di dalam kehidupan ini adalah untuk hidup mengikut perintah Allah S.W.T, mencari keredhaannya, dan menjauhi kemungkarannya. 

  Allah menjanjikan kita di dalam Al-Quran berulang-ulang kali, Dia akan memberikan kehidupan yang baik kepada kita. Allah berfirman dalam Al-Quran:

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
(Surat Al-Nahl, ayat 97)

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Surat Yusuf, ayat 90)

7 langkah ketika menghadapi kesukaran


  1. Solat. Pastikan kalian berpegang teguh pada tanggungjawab anda untuk solat lima waktu sehari. Jangan penah meninggalkan solat. dan pastikan setiap solat adalah solat yang terbaik dengan penuh ikhlas seperti ianya solat terakhir kalian di dunia ini
  2. Membaca Al-Quran. Al-Quran adalah sesuatu yang terindah walaubagaimana sukarpun kesukaran yang kamu hadapi, kerana kamu akan menemui ketenangan. Para Ulama' menyatakan tiada siapa yang dalam kesukaran dan membaca surah Yusuf kecuali dia memperolehi kemanisan dan ketenangan.
  3. Berdoa, Khususnya doa untuk menghapuskan kebimbangan.
  4. Bersedeqah. Melakukan kebajikan, sebanyak mana kamu mampu, menghindari kesukaran. Sekiranya tiada wang, berkatalah sesuatu yang baik atau melakukan sedeqah secara fizikal.
  5. Menetapkan Matlamat dan Memiliki Visi. Jangan biarkan syaitan mempermainkan kamu, dan membayangkan kesukaran di dalam minda kamu berkali-kali. Tetapkan matlamat baharu, perancangan baru, dan sentiasa mengingati bahawa Allah bersama kamu dan tiada siapa patut menghentikan kamu.
  6. Bangun Awal. Bangun lah sebelum subuh dan berusaha keatas idea dan perancangan kamu atau bacalah Al-Quran. Sibuk sebelum terbit matahari adalah cara terbaik untuk membebaskan diri daripada kesukaran dan mengatasi cabaran. Berusaha menyiapkan kerja dan idea pada awal hari, kerana ia adalah jam-jam yang diberkati.
  7. Kesukaran bukalah Kekalahan. Ingatlah, Allah tidak pernah melupakankan ketidakadilan/kesukaran yang kau hadapi, jangan bimbang tentang membalas dendam atau cuba mendapatkan keadilan.
  8. Akhir sekali, saya mendoakan pada Allah Subhanahu Wa’Tala membuang segala kesukaran, dan merahmati kalian dengan kehidupayang baik, dan membantu kamu mengingati Dia siang dan malam,  orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah

di terjemah dari pada http://www.productivemuslim.com/

2 ulasan:

suarazaman berkata...

Tazkiyatun nafs yg sgt kena pada masanya! Syukran.. :')

Amalina Ismail berkata...

Syukran atas tazkirah....=)