29 Mei 2012

Falsafah Telur

artikel ini diubah suai daripada karya dakwatuna.com

Situasi A
Sebiji telur ayam yang pecah kerana faktor luaran, seperti terhempap dan terjatuh pasti tidak akan menyebabkan lahirnya seekor anak ayam

Situasi B
Manakala sebiji telur yang pecah kerana faktor dalam iaitu kerana seekor anak ayam telah siap untuk ditetaskan pastinya menghasilkan anak ayam.

Situasi A ibarat seseorang yang mengalami keterpaksaan dalam melakukan pekerjaan. Pasti hasil kerjanya tidak berkualiti, kerana ia melakukannya secara sambil lewa sahaja

Situasi B pula, ibarat seseorang yang berilmu melakukan pekerjaan. Dia memahami faedah yang akan dinikmati bila melakukan pekerjaan itu. Dia juga berkemahiran dalam bidang yang dia kerjakan. Pasti hasil kerjanya berkualiti dan berfaedah pada orang lain


Kebaikan mungkin boleh lahir dari keterpaksaan, meskipun sebaiknya kebaikan itu hadir bersama kesedaran. Dari sebutir telur kita boleh mengambil falsafah untuk menterjemahkan kalimat di atas.
Di dalam telur tersimpan benih kehidupan, maka ia dilindungi cangkang yang keras. Jika sedikit saja kulit kerasnya retak atau pecah yang disebabkan faktor dari luar, akan membuat telur gagal menetas. Tidak ada kehidupan yang muncul. 
Sebaliknya jika cangkang itu pecah karena faktor dari dalam, karena memang waktunya menetas, akan melahirkan satu makhluk hidup baru yang siap berkembang.
Sahabat, begitu juga hal ini dengan diri kita. Jika nilai-nilai kebaikan universal seperti kejujuran, disiplin, kerja keras, cinta kebersihan dan lainnya kita lakukan karena keterpaksaan atau rasa takut dari pihak luar. Dari guru atau orang tua, misalnya. Maka kebaikan-kebaikan itu akan terasa berat untuk dilakukan, dan mudah terhenti bila tidak ada lagi kontrol dari orang lain. Tidak memberi kesan dalam diri.
Berbeza jika kebaikan itu lahir dari kesedaran diri. Mengingat manfaat-manfaat yang dapat kita peroleh. Besar kemungkinan, kebiasaan baik itu akan tetap terjaga secara konsisten. Akan melahirkan ‘kehidupan baru’ yang semakin mendekatkan diri kita kepada kesuksesan.
“Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Asy Syuura [42]: 23)
Memunculkan kesedaran dari dalam diri untuk melakukan kebaikan memang tidak mudah. Ia memerlukan ilmu, keyakinan dan ikhtiar secara terus-menerus. 
Ilmu yang membuat seorang tahu kemanfaatan dari amal yang dilakukan. 
Keyakinan akan membentuk jiwa yang percaya kepada diri sendiri. Tidak mudah tergerus oleh pergaulan yang mengajak kepada kerusakan.
Sedang ikhtiar yang konsisten akan mengubah kebiasaan menjadi akhlak. Sebab memang ada kalanya pembentukan akhlak harus dipaksa.
Duhai sahabat, hari ini kita telah belajar falsafah dari sebutir telur. Semoga membukakan hati kita untuk lebih bersemangat dalam melakukan kebaikan yang lahir dari kesadaran diri. Allah telah berjanji, setiap kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan.
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).” (Ar Rahmaan [55]: 60)


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/05/20718/falsafah-telur/#ixzz1wEMiNDRp

19 Mei 2012

10 KECEMERLANGAN HAMBA ALLAH

  1. Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat
  2. Memelihara penglihatan.
  3. Memelihara Lidah
  4. Bersifat Pemalu.
  5. Bersifat Lembut dan Sabar
  6. Bersifat Benar dan Jujur.
  7. Bersifat rendah diri
  8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
  9. Bersifat pemurah.
  10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)



Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : 

“Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” 
(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat

"Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Memelihara penglihatan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.”
 
(Hadis Riwayat At Tabrani)


Memelihara Lidah

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya”
(Hadis Riwayat Tarmizi)




Bersifat Pemalu.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. 
(Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Image Detail

Bersifat Lembut dan Sabar

Firman-Nya lagi yang bermaksud : 
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(Surah an-Nur ayat 22)

Image Detail

Bersifat Benar dan Jujur.

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaihi)


Bersifat rendah diri

Baginda bersabda maksudnya :

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Image Detail

Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud

Image Detail

Bersifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya  “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”.
(Surah al-Baqarah ayat 272)

Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: 
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " 

( Surah al-Ahzab Ayat 21

18 Mei 2012

TAUTAN UKHWAH BERSAMA ADIK-ADIK KKR


   Dalam mengharungi minggu-minggu akhir semester ini dengan timbunan pelbagai jenis assignment di kampus, Alhamdulillah Allah memberikan sedikit ruang dan peluang kepada kami untuk menziarahi adik-adik di kompleks kebajikan rukaiyah pada 13 Mei 2012 yang lalu. Berkat usaha saudara Illiyas B. Abdul Aziz , Exco Latihan dan Pembangunan telah menjadikan ziarah ini suatu kenyataan.


   Kunjungan kami pada kali ini adalah untuk mengeratkan kembali ukhwah antara kami dengan adik-adik di sana.
menurut salah seorang sahabat KBMUPM,
saat ini ada dalam kalangan adik-adik comel ini menitis air mata kesedaran
kenangan dicoret, andai perpisahan tiada pertemuan di dunia...
pasti ketemu di syurgawi

sesi muhasabah
sekelumit cetusan kesedaran, pencetus keredhaan Illahi

mengukir senyuman di wajah adik-adik yang murni lagi suci


sekilas pandangan,seribu harapan, moga ukhwah ini diredhai Illahi

   Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan dengan harapan dapat membuka hati adik-adik untuk menerima kami sebagai abang dan kakak yang bersedia untuk mendengar keluh kesah permasalahan yang dihadapi. Mudah-mudahan adik-adik yang kami sayangi tidak akan segan silu dengan kami selepas ini.

   Terdapat sebahagian daripada adik-adik ini yang kurang selesa sepanjang berada di kompleks ini. Namun begitu, apa yang kami harapkan dari pertemuan kami pada kali ini juga agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama adik-adik di sini. Mudah-mudahan dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan rasa seronok dan selesa di dalam diri adik-adik ini untuk tinggal di kompleks ini sebagai satu keluarga yang besar.

moga benih ukhwah ditanam membuahkan redha Illahi


   Secara jujurnya keadaan adik-adik di sini amat memerlukan perhatian dan bimbingan daripada abang dan kakak KBM semua. Terutamanya dari sudut tarbiah dalam diri adik-adik ini. Mungkin dari sudut akademiknya sudah ada pihak yang datang membantu, namun dari sudut tarbiahnya masih wujud kelompangan yang mungkin dapat ditampung oleh abang dan kakak KBM.

   Walaupun pertemuan kami pada hari ini agak singkat, namun begitu kami berharap agar pertemuan kami pada kali bukanlah pertemuan yang terakhir untuk tahun ini. Mudah-mudahan akan wujud lagi kesinambungan pertemuan bagi mengukuhkan lagi ukhwah yang mula terjalin ini.


Disediakan oleh:

Antara Berkuasa Dan Berjasa




Assalammualaikum.




Buah tangan pertama dari saya, memang berat jari jemari untuk menulis bukan tidak mahu tetapi mungkin kerana ilmu yang masih terlalu cetek untuk untuk dikongsikan, tapi tidak mengapa perjalanan masih panjang, 
semoga ini permulaannya ^^ usaha untuk memanjangkan dakwah Rasullullah s.a.w  walau dengan sepotong ayat cuma. 
Oleh itu, jangan risau tiada yang berat dalam nukilan ini, cuma untuk ingat-mengingatkan sesame kita ^^.

‘Jangan Tunggu Kuasa Untuk Berjasa’

Ini yang ingin saya bicarakan ^^ 
mengapa kita perlu tunggu kuasa untuk kita berjasa atau dalam erti lainnya untuk kita berbakti kepada manusia lain??

Sebelum kita ke sudut yang agak rumit, kita pergi ke sudut yg sesimple mungkin untuk kita faham erti kata ‘berjasa’ itu sendiri ^^

Sebagai contoh, mengajak rakan untuk melakukan kebaikan atau berkongsi ilmu.. adakah perlu untuk kita menjadi ustaz atau ustazah terlebih dahulu??

Untuk menegur anak-anak muda berpeleseran di jalanan adakah kita perlu kita menjadi polis berpangkat koperal terlebih dahulu??

Atau untuk menegur pemimpin yg khilaf adakah perlu untuk kita menjadi setiausaha sulitnya terlebih dahulu?? 

Isunya bukan kita perlukan kuasa semata-mata tapi niat yg murni untuk menjadi saluran Allah bagi menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang dan keadilan-NYA kepada manusia. 
Jadi dimudahkan bahasanya ‘Hanya orang yang hatinya benar-benar yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain’

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,

Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya."


Susah ka untuk paham??^^ xpa sikit lagi.

Sebagai contoh, kita adalah sebuah persatuan atau pertubuhan yang secara dasarnya adalah untuk menabur bakti kepada masyarakat, 
menolong yang miskin, 
menasihati yang mereka yg jauh tersasar .

Tetapi ingat! 
Di mana Allah dalam pertubuhan atau hati kita sendiri?? 
Jika tiada Allah dalam hati kita maka berhati-hatilah kemungkinan besar kita hanya berpura-pura atau hanya MENGEJAR KUASA.

Adakah salah memiliki kuasa??^^ 
Sudah tentu TIDAK...
ia medium yang sangat bagus untuk kamu sampaikan kebaikan..
tetapi jangan sesekali mendabik dada apabila kamu berkuasa,
 kerana ingat dengan kuasa yang kamu ada, ia akan menarik ramai orang  untuk menjatuhkan kamu semata-mata untuk memilik kuasa yang kamu ada, 
dan secara tidak lansungnya kamu akan lupa untuk siapa kamu perlu berjasa, pada manusia dan agama Allah atau hanya berjasa untuk mempertahankan ‘KUASA’. 

Dan jika kamu berkuasa jangan sesekali kamu  memandang enteng pada mereka yg tidak berkuasa tetapi berniat murni untuk menjadi saluran Allah.
Singkap semula sejarah para rasul,nabi,sahabat-sahabat dan ‘salafussoleh’ yang telah banyak menabur bakti kepada manusia. Bukan kuasa yang dikejar mereka tetapi kerana mereka yakin dan percaya akan janji-janji Allah iaitu balasan yang baik di akhirat kelak ^^
 ‘Mereka adalah insan  yang telah berjasa kepada manusia lalu Allah kurniakan mereka kuasa.’ Jadi  Kuasa bukanlah syarat semata-mata untuk menabur jasa.

 Sultan Muhammad Al-Fateh, Tokoh Sejarah Islam yg perlu dicontohi pimpinannya
'Dia sebaik-baik Sultan, dan tenteranya sebaik-baik tentera'



Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."(Riwayat Muslim)



                                                                                                                                               
 Nukilan ini adalah hasil dari bacaan dan pahaman saya dari sebuah artikel majalah GEN-Q  yang ditulis oleh Ustaz Pahrol mohammad Juoi.




Bendahari  KBMUPM
Fatin  Zahidah Abdul Aziz