28 April 2012

Buktikan Kita Bukan Munafik!

Salah satu perkara penting yang diremehkan saat ini oleh umat Islam masa kini adalah solat Subuh berjemaah di masjid. Permasalahan ini telah disentuh secara serius dalam Usrah Qiadah KBMUPM bertarikh 24 April 2012 yang lalu. Sungguh jelas, sejarah telah mencatatkan adanya kepincangan semangat beribadah antara umat Islam masa kini dan beberapa generasi awal Islam.

Sebagai contoh, Imam Malik dalam buku beliau yang terkenal, al-Muwathta’, ada menyebut kisah Umar bin Khatthab terkena tikaman pedang yang menjadi penyebab kematiannya. Beliau mengalami luka parah dan mengerang kesakitan. Namun, apabila beliau dikejutkan ketika masuk waktu Subuh, beliau dengan segera bangun dengan penuh bersemangat dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Subbahanallah! Padahal lukanya masih mengalir darah kesan dari tikaman tersebut.

Lihat pula keadaan Anas bin Malik. Dalam buku ’21 Tip Bagi yang Sukar Solat Subuh’ nukilan Shaikh Muhammad Shalih al-Munajjid dan Syaikh Murid al-Kullab, ada diceritakan bahawa Anas bin Malik akan menangis dengan penuh penyesalan setiap kali mengenangkan peristiwa penakhlukan kota Tustar. Tahukah anda, mengapa beliau menagis?


24 April 2012

Sahabat-sahabat 2P

Masih belum terlambat kiranya bagi saya mengucapkan 
"Selamat Kembali ke UPM buat sahabat-sahabat KBM sekalian. :)"


Entri yang saya nukilkan kali ini adalah satu karangan motivasi untuk memastikan kita sentiasa positif dan terus bersemangat bagi melaksanakan amanah-amanah yang ada.


Sahabat-sahabat penulis ketika masih belajar di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.


Saya menjadikan buku 'Minda Muslim Super' karya Dr. Danial Zainal Abidin sebagai rujukan utama bagi entri kali ini yang berkisar tentang analisis keperibadian sahabat-sahabat nabi.

Sahabat-sahabat nabi adalah golongan Muslim pertama yang sanggup beriman dan berjuang bersama-sama beliau semasa dunia menentang Islam. Pengorbanan mereka bukannya sedikit malah semasa itu nyawa menjadi cagaran. Namun mereka tetap bejuang bersama-sama nabi walaupun risikonya teramat tinggi. Justeru, golongan yang mengutuk sahabat-sahabat nabi merupakan golongan yang terkutuk. 


Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Abu Daud, nabi berkata, 
"Janganlah kamu mencaci sahabat-sahabatku. Sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu sedekah wang emas sebesar gunung Uhud sekalipun ia tidak menyamai pahala seorang (sahabat nabi) yang sedekah harta sebanyak satu mud (iaitu satu timbangan yang ringan) atau setengah daripada itu."

20 April 2012

Saat Marah. Anda?

Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) berperibadi sangat mulia.”
 (Surah al-Qalam:4)


Dalam ayat di atas, Allah telah menyifatkan Rasulullah dengan peribadi yang sangat mulia. Menurut     Al-Imam al-Ghazali, akhlak ditakrifkan sebagai suatu sikap yang mendalam di dalam diri manusia. 

Oleh itu, akhlak yang dipamerkan oleh seseorang individu itu sebenarnya mencerminkan dalaman individu itu sendiri.  Peribadi yang mulia di sini bermaksud kesimpulan kepada segala perbuatan yang baik. Perbuatan-perbuatan ini lahir dengan sendirinya dan bukan kepura-puraan di sebalik sesuatu yang bertentangan dengannya.

Di sini, kita akan menyentuh berkenaan satu peribadi yang mulia iaitu tidak pemarah. 

Marah ibarat percikan bunga api yang bersemadi di lipatan hati. Marah juga samalah seperti puntung bara api yang tersembunnyi di dalam abu, dan boleh dinyalakan oleh rasa angkuh yang tersemat dalam hati setiap mereka yang angkuh. 

marah satu kelemahan peribadi

Rasulullah menyifatkan marah sebagai satu kelemahan peribadi pada seseorang. Seseorang yang kuat adalah seseorang yang mampu mengawal perasaan marah mereka.

Marah apabila tidak dapat dikawal dengan baik akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. Justeru Islam mengajar kita untuk mengendali perasaan marah ini dengan sebaiknya. Antara langkah yang disarankan ialah:

11.) Mengubah posisi

 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)


Image Detail
sujud melegakan pernafasan, juga kemarahan.


 Apabila seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, ini akan memudahkannya untuk bertindak di luar batasan. Oleh itu, segeralah duduk dan tenangkan fikiran.


wudhu' menenangkan jiwa



 2.) Berwudhu’ dan minum air

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .



3.) Berdiam diri

Image Detail
ketika marah, ade kalanya kita tidak rasional


 Hendaklah orang yang sedang marah itu berdiam diri ketika merasakan perasaan marah itu semakin membuak-buak. Jika diturutkan perasaan dan amarahnya itu, dikhuatari akan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan akan menyebabkan pertelingkahan.


 Oleh itu, sama-sama lah kita memperbaiki tingkah laku kita dan bermuhasabah kembali setelah berasa tenang.Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat buat semua.



Disediakan oleh :




ingatan dari editor:
Image Detail
menahan marah bukanlah meletak benci
dan menyimpan dendam


Image Detail
kita harus mengakui setiap manusia, ada kelemahan, dan hadirnya kalian
adalah untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing.
berbincang secara rasional, carilah penyelesaian...
pastikan ketika itu anda tidak marah,
 sedarlah kemarahan bukan penyelesaian masalah.




02 April 2012

Tanzim Haraki



Melihat dan membaca tulisan sahabat-sahabat memanggil saya untuk turut menggarap perkataan, ayat dan perenggan. Banyak perkara yang ingin saya tuliskan namun masa adalah terhad, lantas saya berfikir, saya perlu menulis sesuatu yang ringkas, padat dan bermakna.

Penglibatan saya dalam gerakan hampir mencecah 4 tahun. Jika diukur dari sudut usia, 4 tahun adalah usia kanak-kanak yang baru mula belajar membaca, menulis dan mengira.Mereka mula menjejakkan kaki ke alam tadika untuk belajar tentang dunia luar selain ibu, bapa dan keluarga. Mula membina persahabatan dan membentuk komunikasi. Jujurnya, saya terasa seperti itu. Barangkali ada yang telah sebati dengan rencah dan gaya gerakan seawal setahun dua penglibatan. Tapi saya akui saya masih lembab merangkak untuk memahami dan menghayati makna sebenar hidup sebagai ahli gerakan.

Ringkasnya, banyak yang masih saya tidak tahu dan dungu tentang gerakan. Terkenang tentang bengkel kaderisasi yang disertai awal tahun ini saat saya ditanya mengenai tanzim haraki. Saya kelu dan buntu. Saya pernah mendengar istilah itu, tapi saya tidak menemui definisi muncul dalam kotak fikiran saya.

Maka, saya merasakan penting untuk saya memberikan sedikit pencerahan tentang TANZIM HARAKI berdasarkan ilmu saya yang cetek ini. Mohon sahabat-sahabat yang lebih faham untuk menambah dan membetulkan. Semoga ia dapat menambahkan kefahaman tentang gerakan kita ini.

Maksud Tanzim :

Dari segi bahasa membawa maksud mengumpulkan, menyusun dan menyelraskan sesuatu.

Manakala dari sudut istilah, tanzim haraki ialah sekumpulan manusia yang wujud secara tersusun dengan matlamat-matlamat tertentu, mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dan mempunyai qiyadah (pimpinan) yang melaksanakan urusan serta merancang gerak kerja untuk mencapai matlamat-matlamat mereka berdasarkan satu undang-undang yang berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli serta qiyadahnya.

Terdapat tiga komponen dalam Tanzim Haraki :
1. Qiyadah
2. Jundiyah
3. Qittah

Qiyadah adalah kepimpinan.
Jundiyah adalah kepengikutan.
Qittah adalah perencanaan.

Dalam setiap gerakan ketiga-tiga elemen ini adalah asas yang perlu ada. Saya sukar untuk memberi penerangan lanjut tentang setiap satu komponen ini, namun bagi memastikan gerakan itu dapat berfungsi 3 elemen ini adalah sesuatu yang perlu ada. Saya juga yakin, kita turut memiliki 3 elemen ini dalam gerakan kita di kampus. Walau ianya perlu lebih diperhalusi dan dipertingkatkan.