23 April 2011

Sekitar Kembara IPT daripada KPIJ & KEPITAR



  KEMBARA IPT (KIPT)
Alhamdulillah pada tanggal 22 April 2011 yang lepas , seawal jam lapan setengah pagi KBMUPM telah menerima lawatan daripada KIPT sebanyak 6 buah bas, iaitu 5 bas daripada Johor dan sebuah bas daripada Terenggganu.

Dianjur bersama-sama oleh Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia IPT, dan yang lebih penting ia akan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru pada peserta yang mengambil manfaat melalui pengisian program yang disediakan.


 KIPT kali ini juga sempena program Perkampungan Menara Gading peringkat kebangsaan(PMGK) yang berlangsung pada 22-24 April 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .

Rata-rata peserta KIPT ini pernah menyertai program Perkampungan Menara Gading di negeri masing-masing. Oleh itu kahadiran mareka ke PMGK di UIAM adalah kemuncak kepada ukhwah yang sudah sedia terjalin yang telah terjalin antara mereka. 

Selain UPM, KIPT kali ini juga melawat Universiti Malaysia di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada seusai solat Jumaat pada hari berkenaan.


Mengapa KBM?
KBM dipilih sebagai tuan rumah kepada KIPT di UPM kerana terdapat ahli aktif KPIJ dan KEPITAR yang turut aktif di dalam KBM.

Sekalung ucapan terima kasih kepada :

Pusat Asasi Sains Pertanian UPM
Menjadi tempat lawatan KIPT dan mnyediakan jamuan ringan kepada peserta kembar

Presiden MPPUPM dan sahabat MPPnya 
Kerana sudi menerima jemputan KBMUPM untuk bersama-sama menyambut ziarah KIPT
Iqbal Ismat


Bahagian Komunikasi Koparat UPM
Kerana menyediakan cederamata untuk pserta KIPT dan memberi taklimat.

_____________________________________________________________________________________

Menyediakan cederamata untuk peserta KIPT


setiba di UPM

akak-akak ajk sempat posing

"kampus walk"

ceria sepanjang "kampus walk"


abg razi memberi taklimat

keletihan selepas "kampus walk"


masih sempat posing

warga PASP ceria menerima kedatangan peserta KIPT

Teruja dengan fasiliti di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM

Bergambar sebelum berpisah
 

1 ulasan:

Safuhah Yusoff berkata...

hermmm...thanx pd sume u yg sudi time jmputan dr kpij n kepitar..