08 April 2013

Ayuh Tegakkan Tiang Agama!


Solat. Satu perkataan yang mudah untuk disebut tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan oleh semua orang walaupun mengakui bahawa ianya adalah salah satu rukun Islam dan tanggungjawab  penting sebagai seorang Muslim. Mungkin kebanyakan manusia lupa bahawa perkara pertama yang akan disoal adalah solat. 

Setelah beberapa bulan merantau ke negara matahari terbit ini untuk mencari ilmu, saya berasa amat bersyukur kerana tinggal di Malaysia, sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk beribadat dan melaksanakan cara hidup sebagai seorang Muslim. 

Di sini ingin saya kongsikan serba sedikit pengetahuan dan pengalaman mengenai cara-cara menjaga solat ketika berada di luar negara. Siapa tahu mungkin pada masa akan datang anda pula yang berpeluang untuk bermusafir.
1)    Pastikan anda sentiasa membawa kompas dan kain untuk lapik ketika solat. Pakaian juga pastikan sentiasa menutup aurat supaya mudah untuk menunaikan solat di mana sahaja.
Kompas khas mengarah ke arah Kaabah

    2) Selidiki waktu solat tempat anda berada kerana waktu solat setiap kawasan adalah berlainan. Gunakan apa sahaja kaedah yang boleh untuk menentukan waktu solat seperti berdasarkan cahaya serta kedudukan matahari. Selain itu, kemudahan teknologi terkini seperti perisian Athan Basic memudahkan para musafir. Maklumat lanjut boleh didapati di sini:http://www.islamicfinder.org/prayerDetail.php?country=japan&city=Tokyo&state=40&id=44898&month=&year=&email=&home=2013-4-7&lang=&aversion=&athan=
     3) Carilah tempat solat yang bersesuaian. Solat boleh dilaksanakan di mana sahaja. Ketiadaan masjid atau surau bukan halangan kepada mereka yang bersungguh-sungguh hendak menunaikan perintah Allah ini.

                                    i-Bilik persalinan / fitting room


                                 ii-Solat atas salji pun boleh!
 
 
iii-Solat atas jambatan/jalan raya pun tak apa..
 

             Kesimpulannya, tunaikanlah solat walau di mana kita berada. Ayuh buktikanlah keimanan kita kepada Allah dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua..amin...