PAGI Jumaat 9 April 1948, di perkampungan Deir Yassin yang mempunyai 750 penduduk, berlaku tragedi membabitkan pembunuhan seramai 254 rakyat Palestin termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak oleh pengganas Yahudi.
Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan janin serta bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. Sementara 52 kanak-kanak disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan: “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.
