Memaparkan catatan dengan label KPIJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPIJ. Papar semua catatan

23 April 2011

Sekitar Kembara IPT daripada KPIJ & KEPITAR



  KEMBARA IPT (KIPT)
Alhamdulillah pada tanggal 22 April 2011 yang lepas , seawal jam lapan setengah pagi KBMUPM telah menerima lawatan daripada KIPT sebanyak 6 buah bas, iaitu 5 bas daripada Johor dan sebuah bas daripada Terenggganu.

Dianjur bersama-sama oleh Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia IPT, dan yang lebih penting ia akan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru pada peserta yang mengambil manfaat melalui pengisian program yang disediakan.