20 Februari 2012

Jom Belajar Cara KBM



Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah memulakan setiap perbuatan kita dengan niat yang jelas dan ikhlas.

Kedua, ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah. Seelok-
eloknya malam sebelum kelas. Kenal pasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Ketiga, jangan lewat ke kelas. Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Keempat, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Kelima, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Keenam, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham di dalam kelas.

Ketujuh, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah. Jangansekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Kelapan, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kesembilan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar. Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan. Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesepuluh, elakkan tidur di dalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Namun, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Saya harap semoga 10 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

Tiada ulasan: