Barisan jejaka tampan dari KBM dan PPIK |
Alhamdulillah pada tanggal 26 Januari 2011 yang lepas, rombongan dari Kelantan dan Terengganu telah sempat singgah di UPM kira-kira pada jam 3 petang selepas menghadiri Majlis Sambutan PKPIM 50 tahun di UM dan singgah di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya untuk solat Subuh pada paginya...
Program ini di anjurkan atas kesedaran PPIK akan pentingnya pembentukan jati diri generasi muda di peringkat kampus. oleh sebab hal yang demikian, PPIK mengambil inisiatif dengan menganjurkan program “KEMBARA IPT” bagi pelajar lepasan SPM, STAM & STPM.
Usaha kecil ini adalah antara usaha keprihatinan PPIK untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia IPT, dan yang lebih penting ia akan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru pada peserta yang mengambil manfaat melalui pengisian program yang disediakan.
Mengapa KBM?
KBM menyambut rombongan ini di UPM kerana timbalan presidan KBM iaitu saya sendiri adalah salah seorang aktivis PPIK. Tambahan pula, nama KBM dan PPIK tidak jauh berbeza... Pembimbing dan bimbingan berasal dari kata asas yang sama iaitu bimbing, ini menunjukkan dua organisasi ini memiliki misi dan visi yang selari.
Program tidak formal?
program ini tidak dapat dijalankan secara formal kerana kekurangan saya sebagai PIC bagi aktiviti di UPM kerana terlampau sibuk. InsyaAllah jika diberi kesempatan program ini singgah di UPM, ia akan dijalankan secara formal dengan kerjasama pihak pentadbiran UPM sendiri.
Sekitar Ziarah...
dua serikandi dari KBM memberi taklimat tentang UPM tercinta |
adik-adik yang setia mendengar. |
adik-adik perempuan pun ada |
kaku ber"candid" |
siapa lebih comel? |
kakak saba tekun memberi taklimat didalam bas membawa adik-adik rombongan bersiar-siar sekitar UPM |
Keindahan masjid UPM yang kekal di dalam memori adik-adik rombongan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan