20 Ogos 2010

Program Iftar Perdana Kelab Bimbingan Mahasiswa bersama Anak-anak Yatim



Pada 19 Ogos 2010, Khamis, Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) telah mengadakan Program Iftar Perdana KBM bersama Anak-anak Yatim. Program ini turut disertai oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Sekretariat Kerohanian Kolej 12 selain pelajar-pelajar UPM. Sejumlah 13 orang anak yatim telah hadir dari Kompleks Kebajikan Darul Ruqayyah, Sungai Merab. Seramai lebih kurang 80 orang hadirin telah memenuhkan Sanggar 12 bagi menjayakan program ini. Pengasas Kelab Bimbingan Mahasiswa, Dr. Abdul Rahman Kuraish turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan lagi majlis.

Program bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para hadirin dari kalangan pelajar-pelajar UPM. Sesi taaruf atau perkenalan di antara pelajar diadakan sementara menunggu ketibaan semua hadirin. Pada jam 6.30 petang, diadakan pula sesi tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Saparudin Yusup dengan tajuk niat.

Apabila azan maghrib berkumandang, jamuan berbuka puasa bermula. Para hadirin makan beramai-ramai di dalam talam bersama-sama dengan anak-anak yatim. Aktiviti ini bukan saja mengeratkan hubungan di kalangan hadirin yang hadir tetapi juga melatih para pelajar untuk berkomunikasi dan melayan kerenah adik-adik yang kurang bernasib baik ini.

Program tamat dengan solat maghrib berjemaah di surau Kolej Serumpun. Para hadirin kemudiannya beramai-ramai menunaikan solat isya’ dan terawih di Dewan Putra 2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penglibatan dan kerjasama anda akan berterusan bagi program-program KBM akan datang.

Tiada ulasan: