Semoga dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang yang tdk berbelah bahagi dari ALLAH S.W.T. Marilah kita sama-sama bersalawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W yang membawa cahaya dan mengeluarkan umat manuasia dari alam kegelapan.
Para pelajar UPM yang masih menuntut hampir ke penghujung semester ke-2 2009/2010. Jadi, suka untuk saya berkongsi tentang satu sifat yang nampaknya makin pudar dari hari kehari. Mesti kawan2 pernah dengar pasal sifat redha kan?? atau dalam bahasa pasar nye= pasrah.
Fasa untuk bertungkus lumus dalam gelanggang peperiksaan sudah dilewati. Fasa bermain-main dengan usaha dan pengorbanan juga sudah dilepasi. sekarang sudah tiba masanye untuk rakan-rakan semua memasuki fasa tawakkal dan memperbanyakkan doa supaya kita dapat memperolehi yang terbaik, iaitu setimpal dengan usaha, ataupun yang lebih baik daripada tu.
Namun demikian, tak semua yang kita rancangkan ini selari dengan kehendakNYA. kadang-kadang kita diuji atas faktor ALLAH tau kita mampu menanggungnya. Dan janganlah pula kerana ketetapan itu rakan-rakan bersedih hati dan kecewa lantas mengambil keputusan untuk berhenti berjuang di arena akademik ini. Masih jauh dan panjang lagi lebuhraya kehidupan yang perlu kita lalui dan kita tak tahu sampai bile minyak kereta yg dibekalkan oleh ALLAH S.W.T ini akan membenarkan kita terus bergerak.
Sebelum mengakhiri topik kali ni, suka untuk saya berkongsi tentang sedikit nota berkenaan REDHA. jangan biarkan diri kita surut dengan sifat ni. Bimbang lambat laun kita menjadi hamba yang tidak bersyukur.Sifat Redha
1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
sumber:www. al-azim.com
Akhir kalam, selamat bercuti dan selamat meredhakan diri untuk berbakti pada ibu, ayah dan masyarakat kita selagi kita berkesempatan. Dan jangan pernah redha jika diri kalian semakin jauh dari perintah ALLAH & Rasul tercinta.
:: Hidup Biar Berjasa::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan