Assalamualaikum wbt.....
Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang tempoh pembelajaran.....
Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....
Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...
Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya... Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji... Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....
Dikala inilah kita mohon padaNya agar Ia berikan pertolongan dikala kita membutuhkan Dia...
[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,
Berapa ramai yang sedar akan ini.... ( menyedarkan diri yang sering terlupa ni gak )
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Surah Al-Ankaabut : Ayat 2)
Allah sendiri berfirman bahawa Ia pasti akan menguji setiap dari makhluk yang Ia cipta. Siapa makhluk itu? Kitalah, manusia... Yang Allah ciptakan memiliki akal yang boleh berfikir. Berbeza dari makhluk yang lain..
Peperiksaan besar yang kita akan hadapi ini tidak akan berakhir selagi hayat kita masih ada... Selagi semampunya kita menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma ini... Selagi kita mampu menggerakkan anggota tubuh kita tanpa perlu kita ganti 'baterinya'... Selagi kita mampu melihat tanpa perlu kita pasang ganti 'kanta' yang ada.... Subhanallah... Walhamdulillah.... Terlalu banyak yang Allah berikan nikmat pada kita... Namun, masih lagi kita kufurkan...
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? ( Surah Ibrahim : 28 )
[789 ] Yang dimaksud dengan nikmat Allah di sini ialah perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah.
Yang telah pergi ujian Allah pada mereka telah tamat... Keputusan dan 'markah' mereka akan diperhitung bersama kita nanti tatkala semua manusia dipanggil berhimpun bersama di mahsyar sana....Sejauh mana 'markah' dan 'keputusan' kita tu bergantung pada amal dan ibadah kita di dewan peperiksaan besar ini....
'jawapan' kita pada 'persoalan' yang Allah telah aturkan.....
‘jawapan’ yang tepat pasti 'markah' baik ganjarannya.....
‘jawapan’ yang bukan dari apa yang Ia minta ada juga ganjarannya....
Makna kata, setiap 'jawapan' kita hanya Dia sahaja yang berhak menilai....
Analoginya pensyarah yang mengajar dan menguji peperiksaan kita, ialah org yang selayaknya memberi markah pada kita... Masakan boleh pensyarah Matematik yang kepakarannya Matematik sahaja mampu menilai kertas peperiksaan dari pensyarah Perubatan.... Pastinya tidak, jika mungkin terjadi pun atas kekuasaan Allah yang mengizinkannya menguasai lebih dari 1 bidang.....
Jadinya, disamping kita bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan diuji nanti... jangan lah diabai dilupa untuk sentiasa bersedia menghadapi dan mendepani ujian2 Allah.... Kerana apa pun jua kepada Dialah tempat sebaik2nya untuk kta kembali dan menanti keputusan dari apa yang telah diuji...
Ya Allah hanya kepada Engkau ku bermohon dan meminta....
Jadikanlah dunia itu didalam genggamanku dalam pencarianku kepada redhaMu... Janganlah Engkau letakkan dunia didalam hatiku, dan membuat aku lalai dari mengejar cintaMU..
ps* Sahabat2 jom letak dunia dalam genggaman kita untuk ke 'sana’....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan