01 Mei 2012

SAHABAT VS JALAN DAKWAH

Sesungguhnya seorang muslim itu,
Apabila berjalan di jalan dakwah,
tetapi dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,


Bahkan,
Dibawa bersamanya,
hati saudaranya.


Justeru itu, Setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya.... 
 Pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya.

"Sahabat yang baik
 ibarat mentari yang menyinar,
 Sahabat yang setia 
 ibarat pewangi yang mengharumkan,
 Sahabat sejati 
 menjadi pendorong impian, 
Sahabat yang berhati mulia 
membawa kita ke jalan Allah."




“Aku mencintai sahabat-sahabat ku 
dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik 
adalah yang sering sejalan denganku 
dan yang menjaga nama baikku 
ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan
sahabat sejati yang tak luntur 
baik dalam keadaan suka 
ataupun duka.
Jika itu aku dapatkan,
aku berjanjiakan selalu setiap adanya.
 Kuhulurkan tangan

kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan,
 kerana aku akan merasa senang.
 Semakin banyak 
aku perolehi sahabat,
 aku semakin percaya diri”

.-Imam Syafie-


Bersama kita menggalas amanah ini, 

Berjuang hingga ke akhirnya!



disediakan oleh:


Sekilas : Berwuduk dan Rukhsahnya

Wahai orang-orang Yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang...

padahal kamu berhadas kecil...
maka berwuduklah...
Iaitu :
basuhlah muka kamu,
dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,
dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,
dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

dan

jika kamu Junub (berhadas besar)
maka bersucilah Dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam pelayaran,
atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air,
atau kamu sentuh perempuan,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),

maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih,
iaitu:
sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu
dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu,
supaya kamu bersyukur.


@Al Maidah ayat 6

air yang menyapu pada anggota wuduk boleh membuang hama
 dan bakteria pada anggota wuduk

wuduk mengembalikan keseimbangan badan.
keseimbangan ini dapat diukur dengan alat yang dipanggil sebagai bioresonances




Wuduklah dengan sempurna
"Siapa yang berwuduk, dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan
hingga ada yang terkeluar dari bawah kukunya"
sabda Rasulullah s.a.w.

28 April 2012

Buktikan Kita Bukan Munafik!

Salah satu perkara penting yang diremehkan saat ini oleh umat Islam masa kini adalah solat Subuh berjemaah di masjid. Permasalahan ini telah disentuh secara serius dalam Usrah Qiadah KBMUPM bertarikh 24 April 2012 yang lalu. Sungguh jelas, sejarah telah mencatatkan adanya kepincangan semangat beribadah antara umat Islam masa kini dan beberapa generasi awal Islam.

Sebagai contoh, Imam Malik dalam buku beliau yang terkenal, al-Muwathta’, ada menyebut kisah Umar bin Khatthab terkena tikaman pedang yang menjadi penyebab kematiannya. Beliau mengalami luka parah dan mengerang kesakitan. Namun, apabila beliau dikejutkan ketika masuk waktu Subuh, beliau dengan segera bangun dengan penuh bersemangat dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Subbahanallah! Padahal lukanya masih mengalir darah kesan dari tikaman tersebut.

Lihat pula keadaan Anas bin Malik. Dalam buku ’21 Tip Bagi yang Sukar Solat Subuh’ nukilan Shaikh Muhammad Shalih al-Munajjid dan Syaikh Murid al-Kullab, ada diceritakan bahawa Anas bin Malik akan menangis dengan penuh penyesalan setiap kali mengenangkan peristiwa penakhlukan kota Tustar. Tahukah anda, mengapa beliau menagis?


24 April 2012

Sahabat-sahabat 2P

Masih belum terlambat kiranya bagi saya mengucapkan 
"Selamat Kembali ke UPM buat sahabat-sahabat KBM sekalian. :)"


Entri yang saya nukilkan kali ini adalah satu karangan motivasi untuk memastikan kita sentiasa positif dan terus bersemangat bagi melaksanakan amanah-amanah yang ada.


Sahabat-sahabat penulis ketika masih belajar di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.


Saya menjadikan buku 'Minda Muslim Super' karya Dr. Danial Zainal Abidin sebagai rujukan utama bagi entri kali ini yang berkisar tentang analisis keperibadian sahabat-sahabat nabi.

Sahabat-sahabat nabi adalah golongan Muslim pertama yang sanggup beriman dan berjuang bersama-sama beliau semasa dunia menentang Islam. Pengorbanan mereka bukannya sedikit malah semasa itu nyawa menjadi cagaran. Namun mereka tetap bejuang bersama-sama nabi walaupun risikonya teramat tinggi. Justeru, golongan yang mengutuk sahabat-sahabat nabi merupakan golongan yang terkutuk. 


Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Abu Daud, nabi berkata, 
"Janganlah kamu mencaci sahabat-sahabatku. Sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu sedekah wang emas sebesar gunung Uhud sekalipun ia tidak menyamai pahala seorang (sahabat nabi) yang sedekah harta sebanyak satu mud (iaitu satu timbangan yang ringan) atau setengah daripada itu."